.

Ustz Nasaruddin..Dimanakah anda?

>> 07 Julai 2009

Nasharuddin tiada dalam senarai ceramah


Di Manakah Nasharuddin?


KUALA KRAI – Ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai terus menjadi tanda tanya apabila Nasharuddin tidak diletakkan sebagai penceramah dalam mana-mana ceramah mereka.

Ketua Pengarah Operasi Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden tersebut disebabkan Kelantan adalah ‘istimewa’ dan tidak sama dengan kawasan-kawasan lain.

“Beliau mungkin ‘segan’ nak datang sini sebab Manek Urai lain daripada yang lain, jadi beliau tidak disenaraikan dalam ceramah kita disini.

“Pengundi-pengundi di Manek Urai kebanyakkannya kuat beragama, jadi kita fokuskan kepada pemimpin agama kita,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas disini hari ini.

Pada hari kedua kempen pilihan raya, Pas meletakkan barisan penceramah seperti ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Husam Musa.

Pada pilihan raya kecil sebelum ini, Nasharuddin sentiasa berada di barisan hadapan penceramah tetapi di Manek Urai beliau masih belum kelihatan semenjak Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih ingin meneruskan cadangan kerajaan perpaduan baru-baru ini.

Ditanya kenapa hanya poster Muryidul Am Pas sahaja yang kelihatan di Manek Urai, Fatah menjawab jentera pilihan raya Pas tidak meletakkan sebarang gambar Timbalan Presiden tetapi hanya meletakkan gambar Presiden dalam kawasan kampung dan bukan dijalan besar Manek Urai.

“Kita tidak meletakkan gambar pemimpin lain sebab dalam konteks Manek Urai, Tok Guru Nik Aziz ‘lebih’ berbanding dengan pemimpin lain dalam Pas,” katanya.

Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku Kelantan turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan calon Barisan Nasional (BN) lebih bermutu dari calon Pas.

“Ia hanya helah BN, kerana sejak dahulu lagi Pas meletakkan calon mengikut kesesuaian kawasan yang dipertandingkan.

“Ada tempat kita meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan ada kawasan tidak, kita buat begitu mengikut kehendak penduduk disitu,” katanya. <--Pelik ni, orang manek urai tak perlukan yang berpendidikan ke?

Sementara itu, calon Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah pula menjelaskan kempen pilihan raya Pas berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Menurutnya, pengundi dikawasan ini amat menyanjungi wakil rakyat Pas sebelum ini, Ismail Yaacob kerana berjaya menarik hati penduduk Manek Urai.

“YB (Yang Berhormat) dahulu amat baik dan mesra dengan rakyat setempat, jadi walaupun tidak serupa, saya harap dapat dekat menjadi macam beliau.

“Saya juga berharap penyokong YB dahulu akan menyokong saya juga pada kali ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian



Ulas ;

1. Dia kata nk hantar tokoh agama berceramah...tapi Husam tu lebih hebat dari Nasha ke?

2. Ada sumber mengatakan, Nasha di 'cuci', TGHH juga sepatutnya di 'cuci', tapi sebab dia Presiden & kalau dia juga di 'cuci', rakyat akan nampak kepincangan dalam Pas.

3. Yang di hantar berceramah nampaknya banyak dari Team Erdogan (kumpulan anwar-Pas).

4. Adalah mustahil pemimpin tertinggi Pas jadi 'segan' untuk berjumpa rakyat...

5. Tidakkah anda berasa pelik?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP