.

Keadilan apa yang hendak di tuntut?

>> 18 Julai 2009

Beberapa perkara menarik membabitkan kematian Teoh:

1. Teoh adalah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.

2. Teoh ditemui mati selepas kira-kira lapan jam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.

3. Teoh dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang semula keesokan harinya bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.

4. Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati. Apa berlaku antara 6 pagi dan 1.30 petang? Kenapa beliau tidak pulang?

5. Teoh memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan dan hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan. Apakah ada tekanan terhadap Teoh? Dan

6. Paling penting, komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dirampas adalah milik atau dalam kawalan Teoh yang bersedia menjadi saksi.

Persoalan ini bermain di kepala orang biasa tetapi polis mungkin mempunyai banyak lagi persoalan lain.

Apa jawapan mereka yang disiasat? Apapula yang ada dalam komputer riba dan CPU?

Kenapa DAP dan PKR menjadikan isu kematian ini sebagai yang paling utama sehingga tidak menyatakan langsung isu rasuah atau penyalahgunaan peruntukan yang menyebabkan Teoh turut disiasat?

Bolehkah DAP dan PKR Selangor mengalih isu siasatan oleh SPRM dengan kematian Teoh?

Juga, mungkinkah Teoh yang mempunyai ‘banyak maklumat’ menerima padah kerana sebelum ini mendiang dikatakan mempunyai ramai musuh dalam DAP?

Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, kita serahkanlah perkara ini kepada pihak berkuasa kerana sebagai orang biasa, telahan dan andaian kita tidak sampai ke mana-mana.

Namun satu lagi yang pelik ialah Kerajaan Selangor mahu mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh .

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

Persoalannya apakah ada milage untuk PKR dan DAP dalam isu kematian Teoh? Wajarkah perhimpunan diadakan pada ketika bukti sedang dikumpul dan siasatan sedang dijalankan.

Kerajaan Selangor tidak payah memberitahu SPRM atau mana-mana pihak bahawa proses penyiasatan penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

Yang penting ialah kenapa Teoh ‘membunuh diri’ atau ‘kenapa dia dibunuh”?

Apakah ia ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan peruntukan dan ada pula pihak yang berusaha menutupnya?

Ini kerana jika benar ada kes, SPRM tidak akan melepaskan mereka ini dan kesannya besar kepada kedudukan kuasa politik di Selangor.

Kes ini jika dikaitkan dengan isu ‘underworld’ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada rantaiannya.

Wee membuat dakwaan wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

Cuma masa akan menentukan apakah apa yang cuba diselakkan oleh Wee akan berjaya atau sebaliknya.


Cerita selanjutnya klik sini!...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP