.

Dilema dalam PAS : Kita dipermainkan.

>> 15 Januari 2009

Betul..PAS semakin senang ditunggang jika PAS tidak berkeras mahu keluar dari PR



Tak kan pemimpin di peringkat atasan tidak dapat berfikir lagi pasal kenyataan Pengerusi DAP (PAP), yang akan meninggalkan PR jika PAS & PKR mahu laksanakan HUDUD?

1. DAP seolah-olah memusuhi Islam dan Melayu. Masa PRU, bukan main lagi sokong kesepakatan dalam PR, bila tiba 'time' nk agih cadangan, dia dah tentang. (dan bagi amaran lagi)

2. Anwar memang akan menyokong HUDUD (walaupun dulu dia pernah kata HUDUD bukan agenda PR), berkemungkinan mahu menarik sokongan ahli2 PAS di KT P036, sebab tu dia berani 'sound' DAP dari jauh. Ala..bagi anwar, berapa la sangat undi pengundi Cina & India jika dibandingkan dengan ramainya pengundi melayu.

3. HUDUD adalah hak Islam.. jika ada yang menentang pelaksanaannya, ia seumpama menentang Islam, tapi pemimpin PAS camtu aje, tadah telinga.. dan angguk..ya..ya.. (atau yes boss)

Mereka mahukan kita semasa kita kuat,
Bila mereka dah dapat kita, kita di permainkan,

PAS.. Bila nk keluar dari PR.

916 : Sape tak marah.. masa PRU kite la yang panjat pokok keriat sampai digigit kerenga gara-gara nk tinggikan lagi bendera PAS, perabis duit membeli tali rapia dengan duit sendiri semata-mata nk gantung poster dan ikat buluh buat pintu gerban. Semua semata-mata nk berjuang dalam PAS.. alih-alih, PAS terikut ideologi PR. Hancurrr... ikut pulak telunjuk anwar (kaki temberang) dan DAP. Islam entah kemana, PAS entah kemana.
Dato Pa pulak keluarkan idea pasal pengundi hantu dalam BAS dan di 'eskot' dengan kenderaan polis. Dato lupa kot, puak mana yang sekat bas & rampas IC penumpang serta bagi pakej maki hamun kat penumpang. Puak mana yang menyamar sebagai orang UMNO, sekat bas dan bagitau kat penumpang yang mereka akan dapat RM 30 dari UMNO bila sampai di perhentian KB nanti, sampai aje kat KB, xda pula orang yang bagi.. marah la mereka kepada kerajaan. Mungkin sebab itulah bas-bas rasmi di eskot polis, lebih-lebih lagi time panas camni. Bab bas di eskot polis ni idea dan modal lama.. sejak PRU 12 lagi.

Ust Nasaruddin pula kata kerajaan kasi rasuah masa RPK P036 ni, yang mana kerajaan memberi kemudahan, infrastruktur serta mempercepatkan projek (bukan rasuah dari segi wang). Silap usatz ialah ustaz tak 'sound' pemimpin kita dulu, lorat nk sound orang lain. Kalu bab 'rasuah barang' camni, ADUN Che Lah Ore Kito tu pergi bagi 'sedekah' batu kotor (batu kelikir) tiga hari sebelum ngundi PRU12 ari tu camna? rasuah jgk ke? atau berkhidmat untuk rakyat? Kalau berkhidmat, kenapa tak bagi batu kotor lagi..jalan tar dah macam kubang kerbau sejak hujan & banjir sebulan lepas. Muka YB lansung tak nampak.. YB Zaki pun sama.. Jalan tar di kawasan dia dah macam di serang bom Israel..lubang sana-lubang sini, jengok pun idak.. tak kan dah 'tinggi' sejak jadi penolong Speker dewan ni? Nk suruh kitaorang kambus lubang tu dengan bendera bulan dan PKR ke?

916 : Marahkan PAS yang lemah dengan DAP, sampai terkeluar habis yang disimpan..

Read more...

Dilema dalam PAS (Edisi ke-dua)

>> 14 Januari 2009

KUALA LUMPUR 14 Jan. — DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

“Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Dis lepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. — Bernama


Berani tak pemimpin kita buat keputusan yang sama jika ada pihak menentang pelaksanaan HUDUD?

Read more...

Dilema dalam PAS


TERIMA : KESEPAKATAN
TOLAK : HUDUD & ISLAM SECARA AM NYA

Perangai diaorang ni macam nk kahwin, tapi hanya mahu tubuh sahaja.

Tak kan pemimpin PAS tak sedar lagi, yang kita sedang dipergunakan aje. Mereka hanya mahu undi kita, kemudian bila dah dapat, mereka tendang dan buat kita macam bola.

Read more...

PAS oh PAS

>> 13 Januari 2009


DAP & PKR hanya mahu pergunakan kita. Mengunakan kita untuk kebaikan mereka. Sampai bila kita mahu ikut telunjuk mereka. Harap, kedudukan PAS dalam PR dapat di kaji semula

Read more...

P036 : Dua orang ahli nujum dalam PAS

>> 12 Januari 2009

Kadang kadang tu kita sebagai penyokong akar umbi, kena cubit gak pemimpin2 kita kat atas.

Ada dua orang ahlul (ahli) nujum dalam PAS yang pandai dalam bab tilik menilik & menghuraikan firasat serta ramalan..

1. Ahlil Nujum Ust Mat Sabu (Abe Mat).











Mengatahui yang derma Tabung Palastin oleh UMNO dan kaki-kakinya tidak didermakan kepada tabung Palestin, sebaliknya digunakan oleh parti dan individu yang tidak bertanggungjawab dalam pertubuhan itu (UMNO). Macam mana Abe Mat tahu, jangan pertikaikan, dia dah tilik dalam geluk atau mangkuk tanah tilikansabu. Abe Mat pula mengatakan kalau nak derma, kena derma melalui tabung yang di tubuhkan oleh PAS (aik..cam jual ubat pula Abe Mat ni)

2. Ahlil Nujum Dato' Pa (Dato Mustafa Ali)

Dia awal-awal lagi mendedahkan yang ada sabotaj dalam PRK P036 Kuala Terengganu. Dalam sidang medianya, dia berkata puak-puak BN telah membeli (sewa untuk buat mengundi) IC-Kad Pengenalan dari penduduk Kuala Terengganu (yang boleh mengundi di KT) dengan harga RM 500.00 setiap satu. WOW..

Tapi, bila banyak pihak yang menyuruh dia menyatakan bukti untuk di ambil tindakan. Dato' Pa pula mengatakan yang orang yang mahu menjual IC dan pembelinya takut untuk melakukannya (buat jual beli atau sewa) kerana komplot tersebut sudah dikatahuinya. Maknanya; Dato' Pa sudah awal-awal mengatahui walaupun berkemungkinan 'komplot' tersebut sebenarnya tidak ada atau tak wujud. (Menda tak de tapi da tau riok risik). Cam ISA lak Dato Pa ni..

916 : Ambo pandai tilik cermin jah

Read more...

UNDI POS : Kenapa BN Yang selalu menang?

>> 10 Januari 2009

Pada firasat ambo.. undi pos selalu memenangkan calon2 BN adalah :

1. Kebanyakan mereka (yang mengundi pos) adalah kakitangan kerajaan, jadi mereka ini seolah-olah terhutang budi kepada kerajaan. Pendek kata.. dimana bumi di pijak..disitu langit dijunjung.

2. Ramai dikalangan pengundi pos adalah anggota polis. Jadi.. umum mengatahui, ketua PR iaitu Janeral Temberang Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin senada dengannya selalu menyamakan yang Polis ini adalah 'anjing kerajaan'. Ada kemungkinan polis-polis (termasuk FRU) memberontak dan mengurangkan undi pengikut2 Jeneral Temberang ini.

3. Ramai di kalangan askar, polis & FRU adalah kenalan ambo.. pada setiap PRU atau PRK, mereka memangkah sendiri kertas undi.. jadi jika ada khabar mengatakan bahawa ada pihak atasan (bos mereka) yang 'tolong pangkah', itu adalah tidak benar.

Jadi disini.. tak perlu lah kita mengatakan yang ada sabotaj dalam undi Pos. Melainkan kita ada bukti sahih lagi kukuh untuk membuktikan ada pihak-pihak yang sabotaj dalam pengundian pos.

Kalau ada di kalangan kita (Pembangkang) yang terjumpa bukti sahih ini. Silalah kemukakan kepada pihak berwajib. Kalau tak ada..tak perlu lah sebar FITNAH.

wassalam. kita merancang ke arah kebaikan.

Read more...

PR : Contoh Negara Berkebajikan















Mstar Online - Sabtu Januari 10, 2009

Exco Perak mula guna Camry ganti Perdana V6


IPOH: Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. "Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini semalam. Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meuaruarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Terdahulu, seawal 10 pagi tadi kereta Toyota Camry yang pertama dilihat memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan nombor pendaftaran AFD 33 dan disusuli yang lainnya dibawa masuk secara berperingkat oleh pengedar UMW Toyota ke kawasan letak kereta berbumbung di bangunan berkenaan. Mohammad Nizar berkata harga bagi sebuah Toyota Camry itu kirakira RM160,000 termasuk cukai manakala kenderaan rasmi sebelum ini Perdana V6 Executive ditukarganti dengan nilai antara RM30,000 dan RM40,000 sebuah. Katanya kereta Perdana V6 yang masih dalam keadaan baik masih digunakan."Kereta saya masih boleh bertahan lagi untuk digunakan, mungkin saya yang terakhir yang akan mula menggunakan kereta itu (Toyota Camry)," katanya. Kesemua 16 kereta Toyota Camry itu akan digunakan oleh Menteri Besar dan 10 anggota Exco serta lima pegawai kanan kerajaan negeri lain iaitu Mufti Perak, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undangundang, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Terdahulu, Mohammad Nizar menerima kunjungan anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai Chan Ming Kai yang menyerahkan laporan berhubung proses pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat di sini yang berlangsung 1 Jan lepas. "Saya akan meneliti kandungan laporan ini serta membincangkan dalam mesyuarat Exco...kita sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak semestinya menerima keputusan pemilihan berkenaan kerana hak muktamad bagi melantik ketua Kampung Baru adalah di bawah kerajaan negeri," katanya. Pada 29 Dis lepas, Mohammad Nizar terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat daripada PKR iaitu anggota Parlimen Gopeng Dr Lim Boon Chye dan Chan kerana mengingkari arahan kerajaan negeri supaya pemilihan itu dibatalkan kerana ketua Kampung Baru hanya akan dilantik oleh kerajaan negeri. BERNAMA

Cuma yang bersederhana dalam perbelanjaan ialah PAS Kelantan & Kedah aje.. Yang lain mewah2. Selangor pun dah dapat keta Toyota ni..

Bermewah ngan keta baru la mereka ni..

tander terbuka? hehehe. Tender boleh buka kepada sesiapa.. tapi siapa yang dapat, tak tau lah.

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP