.

PR : Contoh Negara Berkebajikan

>> 10 Januari 2009















Mstar Online - Sabtu Januari 10, 2009

Exco Perak mula guna Camry ganti Perdana V6


IPOH: Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. "Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini semalam. Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meuaruarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Terdahulu, seawal 10 pagi tadi kereta Toyota Camry yang pertama dilihat memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan nombor pendaftaran AFD 33 dan disusuli yang lainnya dibawa masuk secara berperingkat oleh pengedar UMW Toyota ke kawasan letak kereta berbumbung di bangunan berkenaan. Mohammad Nizar berkata harga bagi sebuah Toyota Camry itu kirakira RM160,000 termasuk cukai manakala kenderaan rasmi sebelum ini Perdana V6 Executive ditukarganti dengan nilai antara RM30,000 dan RM40,000 sebuah. Katanya kereta Perdana V6 yang masih dalam keadaan baik masih digunakan."Kereta saya masih boleh bertahan lagi untuk digunakan, mungkin saya yang terakhir yang akan mula menggunakan kereta itu (Toyota Camry)," katanya. Kesemua 16 kereta Toyota Camry itu akan digunakan oleh Menteri Besar dan 10 anggota Exco serta lima pegawai kanan kerajaan negeri lain iaitu Mufti Perak, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undangundang, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Terdahulu, Mohammad Nizar menerima kunjungan anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai Chan Ming Kai yang menyerahkan laporan berhubung proses pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat di sini yang berlangsung 1 Jan lepas. "Saya akan meneliti kandungan laporan ini serta membincangkan dalam mesyuarat Exco...kita sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak semestinya menerima keputusan pemilihan berkenaan kerana hak muktamad bagi melantik ketua Kampung Baru adalah di bawah kerajaan negeri," katanya. Pada 29 Dis lepas, Mohammad Nizar terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat daripada PKR iaitu anggota Parlimen Gopeng Dr Lim Boon Chye dan Chan kerana mengingkari arahan kerajaan negeri supaya pemilihan itu dibatalkan kerana ketua Kampung Baru hanya akan dilantik oleh kerajaan negeri. BERNAMA

Cuma yang bersederhana dalam perbelanjaan ialah PAS Kelantan & Kedah aje.. Yang lain mewah2. Selangor pun dah dapat keta Toyota ni..

Bermewah ngan keta baru la mereka ni..

tander terbuka? hehehe. Tender boleh buka kepada sesiapa.. tapi siapa yang dapat, tak tau lah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP