.

Antara Taktik Husam untuk Menjatuhkan Tuan Guru Presiden

>> 22 Februari 2009

(Gambar : Kamarudin Jaafar (KJ), Orang kuat Anwar.. tapi banyak menentukan halatuju PAS dan Harakah)

Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas (tahun 2008), Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.


2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)

Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.


3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.
Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.
Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.


4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.


5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.


7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.


7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.


8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.


Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.


Sumber & Berita penuh: blog antihusam

Read more...

Gempaq : PRK Sebulan Sekali..

>> 19 Februari 2009

DARI satu bukit, menjadi dua. Kini sudah ada tanda-tanda bukit yang dua itu akan bertambah pula menjadi tiga! Demikianlah, sejak sehari dua ini orang KL tidak habis-habis bercakap mengenai bukit.

Bukit pertama mula menjadi perbualan hanya beberapa hari setelah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak ditumbangkan. Belum hilang kejutan serangan hendap BN, seorang ahli Parlimen PKR pula diserang sakit jantung.

Roslan Shaharum, 50, wakil Pas yang mewakili Parlimen Bukit Gantang sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, meninggal dunia secara mengejut, menjadikan kerusi pilihan raya kosong.

Ketika masing-masing mula membuat andaian mengenai pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak, tiba-tiba satu lagi kerusi dikosongkan, kali ini di Negeri Jelapang Padi, iaitu DUN Bukit Selambau.

Bukan sebab serangan jantung, tidak juga serangan hendap parti lawan, kerusi itu kosong sebab wakilnya V Arumugam – YB bebas yang menyertai PKR selepas PRU-12 – meletakkan jawatan gara-gara isu beristeri dua.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah pun menetapkan 7 April sebagai tarikh mengundi bagi kedua kerusi yang dikosongkan di Perak dan Kedah itu. Maka cakap-cakap pilihan raya pun bergema semula.

Setelah pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan lalu yang menyaksikan calon BN (UMNO) kecundang, semua orang kini mengandaikan pertandingan dua bukit 7 April nanti tentu lebih hebat.

Tidak disangka dua hari lalu satu lagi bukit disebut-sebut akan menjadi medan pilihan raya kecil. Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Sama ada serangan jantung mahu pun serangan hendap parti lawan, tentulah tidak dapat menandingi kehebatan serangan siber yang dihadapi oleh YB berusia 37 tahun yang masih berstatus anak dara itu.

Ada orang berniat jahat terhadap beliau. Entah siapa yang gatal tangan dan berhati hitam sehingga tergamak menyebarkan gambar-gambar Elizabeth menerusi internet. Bukan gambar biasa, tetapi gambar hangat dalam aksi yang berstatus aduhai-aduhai.

“Untuk menjaga kewibawaan parti, saya menawarkan diri meletakkan jawatan,” kata Elizabeth dalam sidang media. Beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Belum jelas sama ada tawaran meletakkan jawatan YB berkaca mata yang murah senyuman itu akan diterima atau tidak, tetapi SPR awal-awal sudah membayangkan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya kecil Bukit Lanjan serentak pada 7 April.

Ertinya, sekiranya benar peletakan jawatan Elizabeth diterima, 7 April akan menyaksikan pertandingan tiga bukit di tiga negeri PR. Pasti Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan akan menjadi tumpuan.

Pada hemat saya dua bukit sudah cukup panas, maka tiga bukit tentu terlebih-lebih panas! Lebih-lebih lagi bukit di Kedah dan bukit di Selangor dikosongkan dengan cara yang kontroversi.

Kontroversi atau tidak pertandingan tiga bukit ini sebenarnya membawa keuntungan kepada banyak pihak. Bagi rakyat jelata pilihan raya – tidak kira kecil atau besar – akan membawa tuah dan rezeki.

Sejak hari penamaan calon duit sudah bertaburan. Kerajaan akan menawarkan banyak projek di kawasan terlibat. Jalan yang berlopak akan segera diratakan dengan tar berkilat. Jambatan senget akan diganti dengan yang baru dalam masa 24 jam. Paip yang menitis macam air mata akan diperbaiki dan menyembur airnya.

Tentu tidak itu sahaja: jika atap dan dinding rumah berlubang, cepat-cepat bantuan datang untuk mendirikan rumah baru. Kalau anak berjalan kaki ke sekolah sebab bas tidak boleh masuk kampung, mereka akan dapat basikal baru.

Dan, akan ada bantuan itu bantuan ini, subsidi itu subsidi ini. Malah, saya percaya jika ada orang yang berani berkata “seluar dalam saya sudah koyak, dua tahun tidak berganti,” pasti akan ada yang pemurah membelikan orang itu sedozen seluar dalam berjenama.

Tentu kita masih ingat habuan-habuan pilihan raya kecil Kuala Terengganu: Beratus ribu ringgit diberikan untuk memperbaiki sekolah, beratus ribu ringgit lagi dikeluarkan segera untuk memperbaiki berbagai-bagai prasarana untuk rakyat. Kalah juga!

Pekerja pilihan raya pun mendapat rezeki menggolek. Pasang poster, dapat duit. Koyak poster pun dapat duit. Tolong sorak ketika kempen, dapat duit. Merajuk tidak mahu ikut kempen pun dapat duit.

Di markas parti, nasi bungkus percuma, minuman percuma, roti canai percuma, rokok percuma. Kalau tidak malu, gunting gambut dan cukur misai pun boleh dapat percuma.

Siapa tidak mahu nikmat seperti ini. Makan kenyang-kenyang dan dapat duit lagi.

Bayangkan sekiranya setiap hari pekerja parti dapat RM100, sepuluh hari kempen sudah dapat RM1,000. Dalam keadaan ekonomi meleset sekarang, ini adalah cara mudah untuk mendapat duit.

Maka ada satu teori baru ekonomi, yang amat sesuai di Malaysia: Salah satu cara melawan inflasi dan mengurangkan tekanan kemelesetan ekonomi ialah dengan mengadakan banyak lagi pilihan raya kecil. Harap-harap sehari dua ini ada lagi bukit yang dikosongkan!

Sumber : Sinar Harian

---------------
Nanti SPR akan adakan PRK sahaja..xda PRU dah.. kalau camni, setiap DUN akan di adakan PRK sebulan sekali.. dan di ikuti oleh DUN2 seterusnya pada bulan berikutnya..

Anda setuju x?

Read more...

Isu Bogel : PAS tak moh campur...

>> 17 Februari 2009

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan masuk campur berhubung pengedaran gambar kurang sopan Elizabeth Wong sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri itu untuk menyelesaikannya.

“Serah pada Selangor. Kalau nak persoalkan, kenapa di Malaysia selalu timbul masalah moral. Kita tak boleh salahkan orang itu sahaja.

Macam doktor kata, Kelantan ini banyak orang sakit darah tinggi, buah pinggang. Tak boleh nak salahkan orang itu sahaja, sebaliknya kena juga salahkan kepada cara hidangan makanan, cara suasana setempat, cara itu dan cara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hangar Baru APFT di Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Selangor merupakan bandar besar metropolitan dan kegiatan kelab malam misalnya tidak sama seperti Kelantan.

“Di Kelantan kelab malam kita tutup. Gambar-gambar iklan kalau melibatkan wanita kita minta tutup aurat. Habis ikhtiar kita. Nampak berlaku juga apa boleh buat,” katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu gambar bogel Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang diedarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Ia dilakukan orang tidak bertanggungjawab untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya. Ia sama seperti menceroboh kesucian hidup peribadi saya,” katanya.

Nik Aziz bagaimanapun menyifatkan isu itu adalah isu peribadi.

“Saya harap ini masalah peribadi dan di mana-mana pun berlaku. Hak tak keluar surat khabar pun banyak. Hak keluar nasib dia, hak tak keluar pun nasib dia juga,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

---------
Nasib ko la Eli.. hehehe. Jangan lepas ni masuk majalah Playboy edisi Siam dah la..

Macam doktor kata, Kelantan ini banyak orang sakit darah tinggi, buah pinggang. Tak boleh nak salahkan orang itu sahaja, sebaliknya kena juga salahkan kepada cara hidangan makanan, cara suasana setempat, cara itu dan cara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hangar Baru APFT di Pengkalan Chepa, di sini semalam.


Tok, jangan salahkan makanan.. 'Makanan' tu kita dah tau ada racun (manis).. kenapa makan jugak.. heheheh. Salahkan pemakan la.. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Read more...

PR di ambang perpecahan?

>> 16 Februari 2009

(DAP pernah ugut nk keluar PR, kenapa PAS masih jadi Pak Turut?)

Belum pun sampai setahun pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri. Hubungan antara DAP dan Pas sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan Pas apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan Pas manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.
Karpal pada satu sidang akhbar Ahad lalu naik angin dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak. Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar. Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal berkata, ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu. Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa
Anwar yang mencetuskan krisis politik itu. Sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, Anwar mencanangkan kononnya Pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu kerana kononnya ada 31 daripada 140 ahli Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81. Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat ahli partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN. Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan. “Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan,” kata penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemu bual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.
Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, Pas dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa. Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa ADUN mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan. Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan Pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat?

Sumber : Sinar Harian

Read more...

Isu tarikh PRK, bersalahkah SPR?

>> 15 Februari 2009


Pelik jugak..

Kenapa tarikh dijadikan isu oleh Fakatan Riot?

Takut kepada Najib gamaknya..

Ye la kan.. hujung bulan 3 ni Pak Lah akan bagi jawatan PM kat Najib..

Mungkin Fakatan Riot takut kat tentera & Najib kot?

Kepada Fakatan Riot..sampai bila nk mengharapkan kepada Pak Lah & Anak Menantu untuk menang..

Ni baru Best.. Nuar VS Najib (Double N).. Kita tengok kepala siapa yang banyak posing-posing..

Tarikh tu tak kisah la SPR nk letak bila2.. pasal dia ada 60 hari.. pelik ape kan?


Mungkin SPR juga 'syok' cam saya.. nk tengok player mana yang best.. Berat sebelah kalau Nuar VS Pak Lah.. Pak Lah tu taraf Tok Guru.. mana blh lawan.. kalah la Pak Lah..

Tu pun kalau Pak Lah nk turun.. kalau tak, berat sebelah lagi la..

Harap PAS ambik 'bukit' di Perak, letak group Kepimpinan Ulama', jangan kasi Erdagon masuk.. kita kasi tutup sama anwar punya mulut.. Kita baling PKR & DAP serta Erdogan kat celah bukit.. kasi makan pak rimau. Dan senang nk timbus & baca talkin kat mereka-mereka ni..

Harakah? Lama benar dah tak beli.. baca yang jiran punya jarang2.. Harakah banyak melalak & merapu dah sekarang.. dop supe mulo.. baik baca Sinar Harian..

Read more...

Jadi ke PAS nk blah dari PR?

>> 11 Februari 2009

1. Teringat zaman perjuangan dulu2 (masa umor belasan tahun).. masa tu PAS cukup gah (zaman sebelum tahun 1998). Membawa Ideologi sendiri, tiada unsur2 dari luar.. apa-apa permasalahan, rujuk presiden parti atau terus masuk majlis Syura.

2. Zaman kegemilangan PAS boleh dikatakan zaman masa arwah Ustz Fadhil Nor. Masa tu cukup kuat (walaupun kerusi tak banyak). Rasanya cukup sepadan kalau nk bandingkan Arwah ngan TDM, sama-sama boleh di angkat ibu jari. Hebat dan berpandangan jauh. Kalau la arwah masih ada.. PAS tak kan wujud dalam PR, mungkin akan di lepang budak2 erdogan tu.

3. Tapi dugaan kepada PAS datang.. iaitu setelah PKR iaitu parti baru hasil sisa-sisa dari BN (UMNO) wujud. PKR seperti pohon dedalu dalam PAS.. datang untuk menumpang kasih dan tuah PAS, tapi sedikit demi sedikit ideologi baru di suntik kedalam PAS. Sekarang PAS di penuhi dengan anasir baru yang dah mahu membelakangi arahan ulama'. Mahu membelakangi suara Tuan Guru Presiden.

4. Dengan PKR lah PAS mula berjinak2 dengan DAP yang kita sedia maklum menentang undang2 HUDUD & Islam.

5. Pendapat saya pasal isu Perak, biarlah Perak dibawah UMNO (BN), mereka juga Melayu..sekurang-kurangnya ada jaminan yang negeri tu Melayu pegang. Bukannya di bonekakan. Buat apa nama MB Melayu kalau hala tuju di kontrol oleh bangsa lain.

6. Pada pendapat saya, memang Sultan tahu permasalahan di Perak.. Mungkin baginda tahu yang bekas MB tak boleh di harap.. sikit2 kaum satu lagi.

7. 999 boleh di genapkan kepada 1000.. tapi kerana takut rakyat nampak 'terlalu banyak iaitu 4 angka'. di kurangkan kepada 999. Sisa-sisa akhir perjuangan bekas MB ialah memberi 99 tahun cagar tanah kepada industri yang asalnya 30 tahun dan 60 tahun.. Kilang ni milik sape? rasanya banyak kaum satu lagi punya.

8. Rugi ke rakyat Perak dibawah kerajaan baru?.. Diaorang tak bagi subsidi ke? Diaorang tarik balik klinik, sekolah, hospital awam ke?

9. Bagi saya..rakyat tak rugi apa-apa. YB pun tetap ada jawatannya. Kecuali jawatan EXCO yang terpaksa hilang.. DAP mengamuk pun pasal diaorang hilang jawatan EXCO ni lah.. Ye la kan.. sepatutnya dapat harta banyak..alih2 orang lain 'blok', mengamuk la mereka.

10. Ayoh Nik (Tok Guru Nik Aziz) boleh terima arahan Sultan Perak.. kenapa YB Nizar tak boleh terima? Cuba tiru cara Tok Guru, kan elok. Ikut perintah sultan.

11. Wassalam...

Read more...

Tok Guru tak mau Nizar

>> 10 Februari 2009

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Baca : berita harian online.

-----------------
Tok Guru pun tau Nizar ni boneka gamaknya..

Read more...

PERAK : BN Jangan terlalu gembira.

>> 09 Februari 2009





Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

  1. Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.

  2. Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.

  3. Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.

  4. Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.

  5. Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.

  6. Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.

  7. Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.


Sumber asal : Info Corner

Read more...

Masalah dalaman PR semakin terkopak

(Gambar : V Arumugan - Exco Kerajaan PR Kedah meletakkan jawatan sebagai Exco hari ini (9/2/09) , Beliau calon Bebas yang melompat ke PKR)


Masalah dalaman PR semakin terkopak



SEPERKARA yang sekaligus merupakan suatu hakikat dan natijah yang kena diperakukan ialah setiap suatu kejadian, akan ada hikmah di sebaliknya dan ianya perlu diterima penuh berhikmah.

Demikian halnya apabila berlaku tragedi kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri berkenaan kerana gara-gara penyakit dalam PR sendiri.

Siapa menduga Kerajaan PR Perak boleh lebur kerana umpama dibom oleh orang sendiri apabila tiga ahli dewan undangan negeri, dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP isytiharkan diri masing-masing sebagai ahli bebas tetapi menyokong penubuhan Kerajaan Umno/BN.

Soal bekas menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan bagi Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan exconya enggan menerima hakikat atau sebaliknya, umum sudah tahu titik noktahnya.

Apa yang sedang dilakukan oleh Mohamad Nizar lebih bersifat sengaja menghimpun kayu api membuat unggun bagi membakar diri sendiri dan parti yang diwakili dan juga parti-parti sahabat dalam PR yang berpakat tanpa ikatan resmi dan bergezet macam Barisan Nasional (BN).

Kalau menteri besar yang bernasib baik kerana undang-undang tubuh negeri tidak membolehkan orang bukan Melayu dan bukan Islam menjadi menteri besar di Perak maka beliau dilantik ke jawatan itu berundur seperti yang dimahukan oleh Sultan, imejnya akan bersih, malah beliau dan parti yang diwakili dan parti-parti dalam PR akan menerima simpati majoriti rakyat.

Tetapi dengan tindakannya yang dilihat diperalatkan oleh kalangan yang selama ini telah pun memperalat dan memperkakaskannya sebagai menteri besar, maka dalam tempoh terdekat rasa hormat akan berganti dengan rasa meluat dan simpati akan berrtukar dengan benci.

Mereka yang berdemonstrasi atas semangat reformasi atau atas apa semangat sekali pun akan reda dalam tempoh yang singkat, apatah lagi apabila mereka yang ditangkap, direman, didakwa dan akhirnya dihukum terpaksa menanggung sendiri apa yang menimpa diri, maka akan timbullah rasa betapa sia-sianya terlibat dalam demonstrasi dan reformasi.

Sikap dan tindak tanduk Mohammad Nizar juga menyumbang kepada masalah dan gelora yang sedang berlaku dalam PR bukan sahaja kelihatan rettak dan rekahnya pada mata umum tetapi jelas terkopak.

Kalau Mohamad Nizar berundur dan mengakui hakikat bahawa rezekinya sebagai menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan, 'tempayan budu' PKR khususnya dan PR amnya pasti belum pecah terburai macam sekarang.

Tetapi gara-gara silap perhitungan Mohamad Nizar, bukan sahaja masalah PKR terkopak tetapi masalah PR robek dan terkoyak rabak apabila kebiadabap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu membawa Sultan Perak ke mahkamah kini mula melancarkan perang kepada Penasihat PKR/PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila keadaan itu berlaku, maka mahu tidak mahu majoriti rakyat akan dapat melihat dan menilai kualiti sebenar PKR dan PR, sekaligus harapan untuk PKR mahu pun PR semakin kabur dan berterabur!


Sumber Dari : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/02/muncul-kembali-127.html

Read more...

AP Bukit Gantang kembali ke Rahmatullah.. al Fatihah

IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada Pas, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan berasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia.


Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah... amin

Read more...

Ampunkan PAS Tuanku....

>> 07 Februari 2009

Acara Melompat:-

1. Dua orang Ahli Parlimen (BN) dari Malaysia Timur lompat kpd Bebas (Lupa pulak parti apa) - dikatakan menyokong PR
2. Seorang ADUN Bebas di Sarawak lompat ke PKR (PR)
3. (Lupa) Seorang ADUN Bebas dari semenanjung lompat ke PKR/Dap

4. Seorang ADUN DAP Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)
5. Dua orang ADUN PKR Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)

6. ADUN Bota (BN) lompat ke PKR tapi terlompat balik ke BN

--------------------------

(Gambar : Apa gunanya ke masjid kalau niat untuk merusuh?)

1. Kalau kita rasa marah, ambil air sembahyang... insyaallah, kemarahan itu akan reda dan kita akan berfikir tenang dan waras.

2. Gambaran di atas menunjukkan, walaupun baru sahaja selesai solat Jumaat, kemarahan mereka masih ada.. Jika dalam diri masih ada sifat amarah (marah), diri kita amat senang di kuasai oleh iblis.

3. Allah saja yang tahu apa yang ada dalam fikiran mereka semasa bersolat Jumaat, kerana pada pendangan cetek saya, niat mereka hadir (segelintir aje) adalah untuk berkumpul (seperti gambar di atas). Tapi saya berharap, insyaallah.. solat mereka amat kusyuk dan diterima Allah Taala.. (Amin)

4. Sepatutnya lepas solat, kita berasa tenang..

5. Melihat kepada cara 'rusuhan' (saya panggil rusuhan, bukan berdemo), seolah-olah seperti dirasuk.. Menunjukkan kemarahan yang melampau.

6. Kalau nk berperang, kita kena tenang & sabar.. barulah dibuahkan idea-idea yang bernas dan dengan idea yang bernas, dapat mengalahkan musuh dengan mudah.

7. Dengan cara rusuhan, kita akan dipandang rendah dan remeh. Dan orang akan meluat dengan cara kita ini.

8. Dengan apa yang berlaku di Perak, perlulah kita ambil ikhtibar.. Jangan pandang keburukan orang, lihat apa kekurangan yang ada pada diri kita.. kenapa kita jatuh sebegitu mudah.

9. Jika kita mempunyai saf kepimpinan yang teguh..tak mungkin kita akan jatuh. Seperti PAS Kelantan dulu (Tahun 2004).. memerintah dengan hanya kelebihan 1 adun dan kelebihan 1 undi sahaja. Kenapa sebegitu teguh?..

10. Pengakuan bersumpah (Sumpah RM5.00) yang dibuat, seperti di 'buat-buat'. Kalau rasuah itu di mahu di lakukan pada tahun lepas (2008), kenapa baru sekarang didedahkan. Pengakuan pula dibuat dengan akuan bersumpah tanpa bukti. Pengakuan bersumpah boleh dibatalkan semula.

11. YB Nizar (Bekas MB) sebatutnya akur dan insaf, dia sepatutnya terima hakikat yang Sultan sudah bersuara. Ingat, sultan sudah banyak 'terasa hati' dengan cara pemerintahan PR Perak. Lebih2 lagi cara DAP (PR). Isu Mufti, Pemakaian, Isu Perlantikan MB, Pajakan Tanah.

12. Ramai yang tahu, DAP lah yang banyak mengatur halatuju kerajaan PR Perak, Bukan YB Nizar (PAS)

13. Terimalah takdir dengan terbuka, itu adalah Qada dan Qada' dari Allah Taala.. kalau dengan rasuah RM 100 juta sekalipun, kalau Allah dah tetapkan 'tidak', perasuah itu tidak akan menang, dan lompat parti juga tidak berlaku.

14. Ambil hikmah dengan apa yang berlaku.. yang ada jawatan ADUN, bekerjalah untuk rakyat dengan sebaik-baiknya. Jangan leka dan abai tanggungjawab seperti yang sudah2.

15. Kalau rekod baik, insyaallah, PRU 13 boleh try dan boleh menang.. Tapi kalau sama aje keadaannya.. tersungkur lagi teruklah jawabnya.

16. Terimalah kerajaan baru Perak.

17. Jangan derhaka kepada sultan.


(Gambar : Rasanya HINDRAF je yang pandai buat 'stunt' seperti kat atas)

** Saya tercari-cari dalam ramai-ramai perusuh.. mana orang cina & india atau bangsa lain? Saya lihat hanya Melayu yang beragama Islam. Ramai 'Lebai' yang merusuh. Dalam ribuan yang merusuh, ada jumpa tak 100 orang DAP dan HINDRAF?

** Jangan sampai bangsa lain gelakkan Melayu Islam..

** Melayu Islam dirasuk agar membuat rusuhan, dan Melayu Islam juga dirasuk untuk Derhaka kepada Sultan.. Perasuk hanya berada dirumah atau di PUB sambil minum2 dan sambil menonton acara rusuhan 'live' di RTM 1. Mungkin mereka tergelak2 kerana rasukan mereka berjaya.

PS : Senang je kan nk pecahkan orang Melayu Islam..

Apapun.. ramai lagi orang PAS yang tidak seperti di atas.

Maafkan kami Tuanku.. Daulat Tuanku.

-----------
Update : Abe ramli ada isu yang lebih 'lawak' tentang PAS Perak.. Klik SINI

*Abe Ramli ialah orang PAS lama zaman 70-an..

Read more...

Sultan sudah bersuara!!

>> 05 Februari 2009

Daulat Tuanku..

Tahniah kepada yang menang..

walaupun dengan cara yang 'senang', yang menang tetap menang.

Usah berhimpun memprotes..kerana ini sama seperti menderhaka kepada Sultan.. Sultan tidak perkenan pembubaran DUN.. Mungkin sultan sudah masak, dengan keadaan Perak di bawah PR.

Ada YB yang biadap terhadap Sultan
Ada YB yang hampir membinasakan negeri
Ada YB yang mengadai tanah..

Cukuplan 11 bulan di bonekakan..

Nizar kena akur, sebab itu kehendak sultan.

Sama seperti kes di Terengganu.. Dulu BN kena, sekarang giliran PR pula..

Kalau nk bubar sangat DUN..Tunggu PRU13

Daulat Tuanku...
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Wassalam...

Read more...

Terkini : PRU semula di Perak

"Setelah YB Nizar mengadap Sultan, maka dengan ini di istiharkan Pilihanraya kecil di Perak. Semua DUN akan dikosongkan supaya dapat memberikan laluan kepada Pilihanraya kecil negeri".

Gedebuk!!

Bunyi benda jatuh.

Rupanya Anwar jatuh dari sofa.. Tertidur lagi dia di ruang tamu.

"Cehhh... mimpi rupanya". kata anwar dalam hati. "Ingatkan bebetul". Sambungnya lagi.

Ingin dicapai hendphone nya di atas meja, mahu bertanyakan khabar dari istana. Berkenankah sultan membubarkan DUN.

"Siapakah akan menang?"

"Aku atau Najib?". Keluh lesu anwar, menghitung perjuangannya. Banyak temberang yang dia lakukan.. PAS di kucar kacirkan, agar dia mendapat jawatan..

-----
Sekian sahaja cerpen pendek..

DAULAT TUANKU

Read more...

Bekas Pelajar Datuk Ibrahim Ali

>> 04 Februari 2009

PUTRAJAYA: Selang dua minggu mengumumkan keluar Umno dan sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Dewan Undangan Negerii (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini kembali sertai Umno dan BN.

Dalam satu kenyataan tiga perenggannya di sini, petang ini, beliau berkata, keputusannya kembali ke pangkuan Umno selepas dinasihatkan rakan dalam politik.

"Ia mengambil kira nasihat dan pandangan rakan dalam politik yang ingin lihat suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

------------
Kalau nk belajar melompat, belajar dari Datuk Paduka Ibrahim Ali (Bebas - P.Mas)

Lompat lah kaorang..

Read more...

BN Menang di Perak?

- Mangsuhkan semula tanah yang diberikan selama 999 tahun

Wassalam...

Read more...

Gempaq : Nizar Nk Bubar DUN

MB Perak menghadap Sultan mohon bubar DUN

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kini sedang menghadap Sultan Perak petang ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Ini berikutan keadaan politik tidak menentu di negeri ini selepas dua Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan mereka kini wakil rakyat bebas.

-----
PR Perak kuat lagi la... Baru 30 berbalas 27

PAS Kelantan dulu (2004), nyawa kat hujung tanduk pun boleh bertahan (1 DUN - Majoriti 2 undi).. inikan pula berkelebihan 3 DUN..

Malang betul Nizar ni..Tu la.. jangan ikut sangat DAP/PKR tu.

Read more...

Bacalah Temberang Anwar ini...

>> 02 Februari 2009

Dua hilang, 200 lagi datang sebagai ganti :: Anwar (1/2/2009)

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut berkaitan dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan lompat parti seperti yang disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, beliau tidak mengia atau menidakkan kenyataan itu serta menegaskan Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan mereka masih setia kepada parti. “Barisan Nasional (BN) pernah mengatakan adalah tidak bermoral jika pemimpin lain masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi jika sebaliknya berlaku, ia disifatkan sebagai bermoral. “Dua Exco di Perak telah hilang sejak lima hari lalu dan masih tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi melalui telefon bimbit,” kata Anwar.

Menurutnya, kehilangan kedua-dua Exco ini mungkin mempunyai hubung kait dengan pertuduhan kes rasuah yang mereka hadapi. Katanya, pertuduhan itu berkemungkinan palsu dan hanyalah rekaan untuk memujuk kedua-dua Exco menyertai mereka. Tuduhan kes rasuah itu mungkin digugurkan jika mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak terbabit. Anwar berkata, mereka juga mendapat maklumat kedua-dua Exco yang hilang dikatakan telah bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam UMNO.

“Kita tidak perlu menyorokkan sesiapa kerana dalam Pakatan Rakyat (PR), dua hilang, 200 akan datang sebagai ganti,” katanya.

Menurutnya, rakyat memerlukan perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan dan buktinya PR mendapat sokongan padu daripada rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis sambutan dan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan St Anne, Bukit Mertajam semalam. Hadir sama, Datuk Seri Wan Azizah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin; Exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang; ADUN Machang Bubok, Tan Hock Leong dan beberapa pemimpin PR Pulau Pinang.

Sumber : Sinar Harian (edisi Kelantan)
-----------------------------------------------------

200? Wow.. nk cari kat mana tu?

Sedangkan 31 orang (projek 916) yang di janjikan dulu ntah kemana, nk tambah temberang lagi ke Dato Sri?

Bongkak betul..

Dalam PAS, kita di ajar agar berhati hati.. kalau bab-bab ahli yang nk menyeberang ke parti lawan, itu adalah amaran & perlu di ambil serius..

Anwar : "Ala, dua aje..aku blh dapat 200 orang lagi la"
PAS : "Alamak..dua dah keluar, kena kerja betul2 ni.. apa masalah ni?"

Itulah kelebihan PAS berbanding PKR, pengalaman tu penting.. PAS pernah kena tendang dari Perikatan, Pernah kalah teruk pada PRU 11, 2004.. PKR hanya menumpang populariti PAS. Alih2 cucuk ideologi 'baru' kepada PAS.. tu la yang menyebabkan PAS semakin 'tergelecah rel'.

RPK K. Terengganu; PAS yang menang, bukan PR.

PAS semakin jauh dari perjuangan asal? : baca sini

Read more...

Mari Mengundi Semula


Lompat parti: Pas syor pilihan raya semula

01/02/2009 4:43pm

KOTA BAHARU 1 Feb. - Pas mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula daripada memperkenalkan undang-undang melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, UMNO tidak perlu mengadakan undang-undang itu semata-mata untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada melompat parti.

“Pada asasnya saya setuju, tetapi lebih baik mereka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula bagi menentukan integriti UMNO dan Barisan Nasional di mata rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. - Bernama


--

Ya..betul tu saudara Husam, UMNO (baca BN) tidak perlu mengadakan undang-undang lompat parti, Yang perlu laksanakan undang-undang itu ialah PKR & DAP aje. Mereka berdua ni amat takut kat katak-katak. Kalau tak, tak kan la ada surat 'paksa' - jika lompat, DUN akan kosong..


Sebagai pendokong Negara Berkebajikan, kita perlu memenuhi tuntutan kearah kepentingan rakyat dan penduduk. Bukan dengan mengarahkan agar di adakan PRU semula..ini dah membazir namanya. Kenyataan saudara seolah-olah pentingkan kuasa dari kebajikan rakyat. Sejak jadi suara anwar dalam PAS, saudara dah tak supe mulo ek..

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP