.

PR di ambang perpecahan?

>> 16 Februari 2009

(DAP pernah ugut nk keluar PR, kenapa PAS masih jadi Pak Turut?)

Belum pun sampai setahun pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri. Hubungan antara DAP dan Pas sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan Pas apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan Pas manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.
Karpal pada satu sidang akhbar Ahad lalu naik angin dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak. Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar. Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal berkata, ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu. Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa
Anwar yang mencetuskan krisis politik itu. Sebaik sahaja selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, Anwar mencanangkan kononnya Pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu kerana kononnya ada 31 daripada 140 ahli Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81. Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat ahli partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN. Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan. “Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan,” kata penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemu bual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.
Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, Pas dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa. Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa ADUN mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan. Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan Pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat?

Sumber : Sinar Harian

3 ulasan:

Cheguman 16 Februari 2009 pada 2:38 PTG  

Kalau mengikut tilikan hamba, dah tak lama lagi tu.. Karpalpun dah boleh buka firma guaman kat India..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 16 Februari 2009 pada 6:18 PTG  

mereka tak pecah sebab inilah peluang nak bunuh politik melayu islam... sebab umno lemah dan anuar brahim pun dah tua... brapa lama lagi kalau nak jadi pm pon. lepas ni lim guan eng lah jadi....pres...???

PasMuda 16 Februari 2009 pada 9:07 PTG  

Rasanya susah nak berpecah sbb ramai sgt yg pro-anwar, gila kuasa & gila harta.

Mereka akan terus ikut sampai dpt jatuhkan kerajaan sedia ada, serta dpt kuasa & pengaruh yg mereka inginkan

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP