.

Jangan Pandang Khairy sebelah mata..

>> 26 Mac 2009

Sebelum saya keluarkan pendapat saya sendiri..elok baca apa yang Abe Ramli tulis dulu...

Sumber : sini


Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua

SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.

Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadir, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam. Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.

Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.

Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.

Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.
Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.

Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.
Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah (penyokong fanatik PAS) yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.

Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya. Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa yang bagi orang Pas adalah serba perfect.

Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.

Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Husam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.

Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku. DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.

Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.

Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.

Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.


---------
1. Saya sebenarnya 'respek' kat Khairy. Walaupun ada penyokong parti UMNO tak suka.. tapi saya suka tang 'kehebatan' dia.

2. 'Respek' pertama saya ialah; dia sanggup menyahut cabaran Husam untuk berdebat secara terbuka, di kubu kuat PAS, dalam Bangunan milik PAS, di kelilingi penyokong fanatik PAS & negeri Kelantan jajahan PAS.


3. 'respek' kedua; Dia datang ke acara debat tersebut, (berani mamat Khairy ni), kena sorak dek penyokong fanatik PAS, tapi dia relex.. bagi saya, jika dia kalah debat dan kena boooo (penyokong PAS tak dapat booo sebenarnya), itu adalah seri antara dia dan Husam, kalau seri (dalam erti kata), Khairy menang dan kalau Khairy menang debat itu bermakna dia menang dan dapat bonus kemenangan. Dan disini juga nama Khairy semakin timbul.


4. Agak2 la kan.. Hisyamuddin Tun Hussen tu beraninya mcm Khairy tak?

5. Kemenangan Khairy dalam acara debat (saya kata menang) dan isu Hudud yang Khairy keluarkan telah menjadi senjata kepada PAS dalam RPK di Kuala Terengganu.. Ada kemungkinan PAS tak mau keluarkan lansung isu Hudud ni pasal nk jaga hati DAP...Tapi bila Khairy dan panaskan balik.. jadi modal penceramah di KT dan buktinya PAS menang besar.

6. Pemuda kena berani, dan terbukti Khairy berani orangnya.

7. Orang yang berani lah akan jadi kepala perang untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.


8. Kalau pengecut, berani dan cakap besar dalam kubu sendiri.. baik takyah main politik..


9. Dalam debat Husam-Khairi tu, ada segelintir orang UMNO yang datang (ada), ada ke mereka bersorak dan laung melaung mcm penyokong fanatik PAS?. Kalau ada yang bersorak.. saya rasa mereka ni (penyokong UMNO tersebut) akan menangis dan balik sebab kena sorak dek penyokong PAS.. Tapi mamat Khairy tak mcm tu ek... hehehe


10. Angkatan Khairy sama agresif dengan angkatan Anwar Ibrahim.


11. Kepada adik2 yang baru kenal politik; dalam politik tiada perkataan Rakan & Lawan. Pemimpin PAS & BN boleh sama2 cari makan antara satu sama lain. Pemimpin PAS boleh saja menghulurkan 'kertas cadangan projek' kat pemimpin BN untuk diluluskan. Orang-orang cam kita kat bawah ni la yang sorak mengabiskan air liur..


12. Apapun..tahniah atas kemenangan Khairy (walaupun ada disabitkan isu rasuah atau politik wang).

5 kredit untuk Khairy dari saya walaupun saya dan dia berbeza parti dan ideologi politik..

Wassalam...

PS : Saya ada sedikit keyakinan yang khairy sama seperti anwar (naik cepat macam roket). Dan ada kemungkinan dia akan jadi PM.. jangan mare...

4 ulasan:

Jutawan 26 Mac 2009 pada 8:19 PTG  

alangkah sedihnya, ada orang sanjung kj kerana beliau serupa dgn Anwar.. tak cukup ke sorang Anwar dalam Malaysia ni yang menghuru hara kan scenario politik kita? Dengapnya orang ni!!!

Tanpa Nama,  26 Mac 2009 pada 11:52 PTG  

he he he he.

Pemuda IKS 28 Mac 2009 pada 2:12 PG  

Salam perjuangan,

Salute KJ! Die mmg bijak, licik dan berani. Pemuda IKS dari kem BERANI BERUBAH!. Namun KJ membuktikan die mampu menjadi lebih hebat dari yang lain. Pemuda IKS menghormati kemenangan beliau.

Tahniah kepada semua yang menang bertanding. Kepada yang kalah, anda belum gagal sepenuhnya dan jangan jemu meneruskan perjuangan.

Fokus utama kini adalah pilihanraya kecil. Hidup Melayu!

"MEMPERKASA GENERASI BARU"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tai 30 Mac 2009 pada 11:32 PTG  

Tapi, KJ harus membersihkan imej dirinya dari persepsi buruk masyarakat terlebih dahulu.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP