Bung ke penjara, Zizie melaram sakan...
>> 23 Mei 2010
ALAMAK, kena penjara tu. Huh, naik seram pula bulu betis Joyah apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 ke atas ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.
Joyah pasti ramai yang terkejut dengan keputusan itu, tetapi apa yang boleh Joyah katakan, keputusan mahkamah kena ikut walau siapa-siapa pun kita, tak kiralah apa tahap dan darjat seseorang manusia.
Manakala si putih melepak lagi gebu, Zizie pula dikenakan denda maksimum RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda pada hari yang sama (19 Mei).
Pada hemat Joyah yang tak pandai undang-undang ini, kes ini dah macam isu anak-beranak pula. Bukan sahaja Zizie yang kena, tetapi juga tiga adik-beradik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam dituduh bersubahat turut didenda RM1,000 dan jika gagal membayar mereka akan dipenjara selama enam bulan.
Bagaimana pun kes berkenaan belum selesai apabila Bung bersama isteri mudanya dan ahli keluarga mereka membuat rayuan kepada pihak mahkamah.
Tapi untuk kaum perempuan macam Joyah ni, bab rayuan biarlah pihak peguam masing-masing berusaha selesaikan, apa yang penting Joyah nak lihat ialah gaya Zizie setiap kali hadir ke mahkamah.
Dengan menyandang beg tangan berjenama 'riban-riban', aksesori 'meletup' atas bawah, Zizie memang mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, baju mahal dan beg tangan bertukar setiap kali ke mahkamah sedikit sebanyak membuatkan Joyah hanya mampu telan air liur saja. Belum masuk bab kaca mata hitamnya lagi. Sungguh bersinar-sinar, berkerlip-kelipan.
Tapi, orang macam Joyah ni hanya mampu melihat dengan ekor mata sajalah jawabnya, rezeki orang cantik dan popular macam Zizie, kita tak boleh cemburu. Kecualilah kalau suatu ketika nanti Joyah bertemu jodoh dengan taukeh lombong emas, pasti Zizie pun kalah. Ahaks(Joyah @Utusan Malaysia)
PS: Nk pilih bini, pilih betul2..kena kaki melaram..kalu poket tebal tak pe, kalu poket nipis hujung bulan.. habis beruban botak kepala tu...
0 ulasan:
Catat Ulasan