.

Siti Norhaliza di Karnival KAFA

>> 19 Mei 2010

Tan Sri Annuar Musa menunjukkan risalah mengenai karnival The Read Warriors di
Kota Bharu kelmarin


LEBIH 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival The Red Warriors (TRW) 2010 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu selama tiga hari bermula 28 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, karnival yang bertemakan Menjadi Medan Himpun Temu Berlandaskan Populariti Pasukan The Red Warriors bertujuan merakyatkan sukan bola sepak khususnya penduduk negeri Kelantan.

Katanya, karnival ini juga dapat menyatukan rakyat Kelantan yang cintakan bola sepak tanpa mengira fahaman dan pendekatan politik di samping menyemarakkan lagi sokongan pada terhadap pasukan The Red Warriors sempena Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) 2010 tahun ini.

"Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan karnival pertama dianjurkan oleh persatuan bola sepak negeri di negara ini.

"Ini merupakan suatu program yang diatur oleh pihak KAFA bagi mendekatkan pemain dengan masyarakat Kelantan," katanya.

Tambahnya, sukan bola sepak bukan setakat hanya pada perlawanan di stadium sahaja, kita mahu masyarakat menikmati pelbagai untuk pro- gram berasaskan bola sepak seperti mana penganjuran karnival ini.

Menurut Annuar, peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang beramah mesra dengan pemain bola sepak dari Akademi KAFA, skuad Piala Presiden sehingga kepada pemain Liga Super Kelantan.

Katanya, karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

"Antara aktiviti yang akan berlangsung pada karnival itu ialah pertandingan futsal, menimang bola, bola sepak jalanan, persembahan dikir barat, persembahan kerohanian dengan artis jemputan terdiri daripada Ramli Sarip, Mawi, Jay Jay dan kumpulan nasyid, Unique.

"Karnival turut diserikan dengan pelbagai gerai jualan produk sepanjang tiga hari ia berlangsung.

"Di samping itu Datuk Siti Nurhaliza juga akan hadir bersama produk kecantikan terbarunya, Simply Siti dan juga penampilan AC Mizal di gerai jualannya," ujar Annuar lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP