.

Mogok Lapar bala

>> 24 Mei 2009

Gambar : mogok lapar?

Saya ada terbaca beberapa artikel yang mengatakan ada seseorang pemimpin Melayu yang beragama Islam, yang waras serta berpendidikan tinggi mahu mengadakan MOGOK LAPAR gara-gara ketewasannya dalam mendapatkan semula pangkat, darjat, harta, kedudukan dan kemewahan duniawi.

Adalah amat tidak moleknya seseorang yang beragama Islam mahu menyiksa diri walhal menyiksa diri adalah di tegah oleh agama Islam serta norma-norma seseorang yang bergelar 'Insan' itu sendiri.

Apa yang dapat dari perbuatan itu? Pahala?..Jauh sekali.. Dosa sudah tentu dapat kerana menyiksa diri sendiri (tubuh badan).

Setahu saya.. manusia yang terbanyak kes Mogok Lapar ialah orang di India yang beragama Hindu..

Mana molek melakukan mogok lapar atau berpuasa sunat.. Berpuasa sunat tidak menyiksa kerana dengan melakukannya, ia dapat menyihatkan badan. Masa berpuasa juga tidak lama.. dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mana tau kan..kot2 masa timbangan di Padang Masyhar.. kerana pahala puasa sunat (yang menggantikan mogok lapar) tersebut, boleh memberatkan timbangan ke arah kebaikan mengatasi kejahatan, dan dapat masuk syurga 'cash'.

Allah sahaja yang tahu..

Wassalam...

Read more...

PKR parti tidak berhaluan?

>> 09 Mei 2009

"Matlamat utama PKR adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Apa cara, termasuk menolak kepentingan Melayu sekali pun akan dilakukan untuk tujuan itu. Padahnya tengoklah apa yang sedang berlaku kepada negara ekoran kewujudan PKR"

Sumber / Tulisan penuh : sini

-------------
Memang, sejak tahun 1998 lagi..sejak anwar di tahan ISA.. kewujudan PKR (dulu keADILan) hanyalah mahu membebaskan anwar dari tahanan ISA.

Sekarang kita boleh tengok, macam mana anwar dan konco-konconya berjaya mengekploitasikan parti lain, untuk melonjakkan dirinya supaya di pilih untuk dijadikan bakal PM, walhal pemimpin parti lain ada juga yang terhebat dan mustahil tidak terdetik di dalam hati mereka, yang mereka juga mengidam untuk memegang jawatan tertinggi di Malaysia itu.

Banyak perkara pelik berlaku disebabkan anwar, tetapi kenapa masih ada segelintir masyarakat yang tetap mengharapkannya;

Isu 'suntikan arsenik dan virus HIV adalah cereka yang heboh masa anwar dalam tahanan ISA. Virus yang boleh hidup dalam darah manusia dan akan memusnahkan perumahnya paling lama 5 tahun..tetapi 'masih' hidup dalam tubuh anwar - jika lah cerita suntikan itu benar, maknanya anwar dah lama kembali mengadap Ilahi.

Benar ke cerita itu?

Isu pembunuh misteri yang dikhabarkan akan membunuh anwar sehinggakan anwar lari bersembunyi di kedutaan asing. Tetapi kenapa anwar dapat pula berkempen dan berceramah di khlayak.

Ada yang lucu menegur, mengatakan pembunuh upahan/misteri tersebut pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah! Sebab itulah misi pembunuh tersebut tidak dapat dilakukan walaupun anwar berada di tempat awam..iaitu tempat yang senang untuk dijalankan operasinya.

Elok kalau di ubah.. Parti Keadilan Rakyat, ubah kepada Parti Keadilan Wakil Rakyat.. jangan pergunakan nama Rakyat.. kang jadi macam Plaza Rakyat, sampai sekarang masih mengharap.

Wassalam..

Read more...

Munajat Perdana!!!

>> 06 Mei 2009


MUNAJAT PERDANA


Tarikh :
07 May 2009, bersamaan 12 Jamadil Awal 1430 H

Tempat:
Masjid atau surau atau madrasah di kampung (mukim) anda

Tujuan program:

Mendoakan Kemakmuran Agama, Bangsa dan Negara

Pakaian:
Sopan, sesuaikan dengan majlis


"Mari kita doakan agar Allah mengampunkan dan memberi hidayah kepada orang yang mahu membuat huru hara, onar, kacau bilau, baring atas jalan, menganjurkan keganasan (mahu jadikan negeri seperti Thailand), menentang kebaikan, gila kuasa, mendoakan kemusnahan orang lain (walaupun ia tiada dalam al-Quran) dan sebagainya."

Read more...

PAS, Cinta & Hari-hari terakhir

>> 16 April 2009

Berkata Yang Dipertua Parti Islam SeTanah Melayu suatu ketika dahulu....


"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah Taala. Apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah."

Berkata juga Mursyidul Am Parti Islam SeTanah Melayu suatu ketika dahulu....

"PAS (baca: Lama) sebagai pembangkang adalah penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS (baca: Lama) tidak akan menentang. Sebaliknya PAS (baca: Lama) akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi keutuhan dan kedaulatan negara."

Malangnya, itu semua hanyalah kenangan. PAS-Baru (Erdogan) tidak lagi menjadikan pesanan dan kata-kata di atas sebagai panduan. Bahkan salah seorang daripada nakhoda dalam PAS-Baru (Erdogan) itu juga sudah menyimpang daripada kata-katanya sendiri.

Paling penting sekarang ialah, PAS-Baru (Erdogan) akan melakukan apa sahaja hatta bergabung dengan syaitan yang mereka sendiri rejam untuk berkuasa. PAS-Baru (Erdogan) yang mendapat buah tangan daripada Anwar Ibrahim juga sanggup bersekutu dengan sesiapa sahaja, asalkan menentang UMNO dan BN, sama ada dalam keadaan yang salah atau mungkar.

Kerana itulah 'Negara Islam' bertukar menjadi 'Negara Berkebajikan', bahkan ditanamkan di dalam jiwa para pengikut bahawa 'Hudud Hanya Untuk Islam'. Islam hanyalah modal untuk meraih sokongan dan undi sama ada bagi mengekalkan kuasa mahupun untuk merampas kuasa. Islam tidak lagi diwar-warkan sebagai universal dan rahmatan lil 'alamin, sebaliknya hanya untuk sekelompok dan bukan kelompok-kelompok manusia yang lain.

Kerana itulah juga, Setiausaha Agung PAS-Baru (Erdogan) yang suatu ketika sewaktu berada di dalam UMNO merupakan penentang hukum Hudud tegar, kini dianggap sudah bertaubat dengan menjadi anggota parti berkenaan dan dilantik menjawat kedudukan tinggi kerana kepandaiannya mencari dana parti.

Baca lagi sini

------------------------

Sejuk hati dengar 'ayat2' cinta di atas.. itu masa PAS dulu2, PAS lama..

ayat2 cinta domba sekarang ni semakin tenat, dengar sepatah.. rasa sayu, sedih, pilu & nk marah..

Dah nk kena talkin-kah perjuangan & harapan para Ulama' PAS dulu-dulu?

Wassalam...

Read more...

Parti politik Melayu kena membina kekuatan sendiri

Parti politik Melayu kena membina kekuatan sendiri


TIDUR sebantal tidak semestinya akan sama mimpi, apatah lagi realitinya. Samalah juga walaupun di negara bermasyarakat majmuk Malaysia yang menjadi teras kepada kewarganegaran Malaysia, kewujudan konsortium bagi memayungi parti-parti pemerintah seperti pembentukkan Barisan Nasional (BN) pada hakikatnya menjadi suatu keperluan demi kepentingan keharmonian, namun pelbagai persediaan perlu dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sebagaimana pantai yang akan berubah setiap kali AIR bah, maka demikian halnya dengan hati manusia yang antaranya menjadi komponen kepada kewujudan konsortium pemayung parti-parti pemerintah.

Kegagalan BN meraih kemenangan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum ke-12 membuktikan bahawa berlakunya tsunami perubahan hati manusia yang barangkali tidak terlintas pada pemikiran dan firasat para pengasas BN yang sebelumnya dikenali dengan PERIKATAN.

Pun demikian dengan kekalahan BN di Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah), ianya berfaktor dan berpunca dari perubahan hati manusia yang hilang semangat dan kesedaran kekonsortiuman demi kepentingan memantapkan kerajaan yang memerintah dan sokongan mereka dipindahkan dari BN kepada pembangkang.

Yang menampakan ketidak-minatan untuk terus memantapkan konsortium parti dan kerajaan yang memerintah adalah di kalangan manusia bukan Melayu yang walaupun pahit untuk untuk ditelan tetapi hakikat yang kena diperakukan ialah mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik dari bangsa ketuanan adalah ekoran dari baik budinya manusia Melayu.

Manakala manusia Melayu pula yang mengubah sokongan mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum ke-12 telah mula kembali kepada BN semula sebagaimana yang dibuktikan pada pilihanraya kecil di Kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

Apa yang berlaku itu adalah sebagai isyarat dan tanda amaran kepada parti-parti politik Melayu supaya mula mengorak langkah untuk membina kekuatan tanpa terus-terusan bergantung kepada parti-parti bukan Melayu untuk supaya sentiasa kuat, mantap dan sukar digugat.

Parti politik Melayu kena berpegang kepada pesan keramat Hang Tuah: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Dalam terlalu bermurah yang menjadi teras kepada tradisi Melayu, ketegasan dan sekali sekala perlu ada sikap 'tidak terlalu mudah berkira sangat'.

Sebaliknya sikap dan amalan sentiasa berwaspada, tidak terlalu yakin dengan rakan-rakan sekomponen, malah pembinaan kekuatan sendiri yang tidak perlukan bantuan orang lain patut dijadi rangka dan dikerangkakan sebagai suatu keperluan.

Kepercayaan bahawa cara berfikir dan resam orang lain tidak semestinya sama seperti kita perlu ditanam, dipupuk dan dibajai di hati setiap manusia Melayu sekarang dan akan datang kerana teman ketawa memang mudah dicari tetapi untuk dapatkan teman menangis belum tentu ada yang sudi.

Justeru, dalam menghadapi keadaan sekarang yang semacam parti-parti komponen BN dilanda tsunami kehilangan sokongan, maka mahu tidak mahu parti-parti Melayu kena membina kekuatan sendiri dan tidak menjadi mengharapkan kekuatan rakan-rakan sekomponen bagi memantapkan Umno/BN kena mula dikikis.

Bila disebut parti politik Melayu, maka parti itu tidak lain dan tidak bukan adalah Umno. Pas tidak boleh diharapkan kerana Pas tidak melihat keBANGSAan sebagai agenda perjuangan. Parti itu boleh bersekongkol dengan DAP yang status dan hala tuju politik diketahui bagi meleburkan Umno.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pemimpin utamanya Melayu tidak boleh dinobatkan sebagai parti Melayu kerana keanggotaannya malah kepempinannya dimajmukkan yang mana kemajmukkan itu menjadi keperluan PKR untuk terus melangkah.

Melihat kepada wajah PKR, nampoak sangat matlamat parti itu adalah untuk mendapatkan kuasa dan ianya tidak boleh dijadikan tempat Melayu menggantungkan harapan untuk nantinya Melayu tidak akanterus terpaksa tersisih di bumi warisan nusa sendiri.

Sumber/tulisan asal :
http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-142_15.html

Read more...

Pas Jangan Bermain Api

>> 15 April 2009

Pas jangan bermain api

Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/pelakun/budayawan bagi tujuan keuntungan dan kelabaan politik adalah suatu tindakan yang tidak bijak dan akan bersifat memijak mata 'cok cangkul' yang mana ulu cok akhirnya akan menghentam dahi atau 'batang erong' pemijak.

Saya sendiri pernah ketawa terkekeh-kekeh bila ada orang Pas yang dengan megah dan sedikit manggak mendakwa penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Yasin, Amy Serch, Maya Karim, Mamat Khalid, Pak Samad Said dan beberapa yang lain berminat menyertai Pas, malah sudah isi borang pun.

Kenapa tokoh-tokoh itu dikaitkan dengan kecenderungan untuk menyertai Pas? Sebabnya kerana mereka pernah menyertai program-program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan pernah mengunjungi atau berjumpa Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mawi dianggap 'orang kita' oleh orang Pas, malah beliau diterima oleh Pas walaupun Akademi Fantasia yang bertanggungjawab membawa Mawi ke persada industri hiburan tanahair dilabel sebagai program maksiat adalah kerana kononnya di rumah ibuapa Mawi di Felda Taib Andak penuh dengan gambar Dato' Haji Nik Aziz.

Kecuali Dato' Siti Nurhaliza dan suami serta Yasin yang menafikan penyertaan mereka sebagai ahli Pas walaupun dalam Pas dah kecur kata mereka jadi ahli Pas, yang lain-lain tidak menyatakan pendirian mereka sama ada sokong Pas, jadi ahli Pas atau sebaliknya. Itu hak mutlak mereka.
Memang betul dari segi politiknya, akan ada labanya kalau para selebiriti itu menunjukkan minat kepada Pas kearana mereka mempunyai penminat dan pengikut yang ramai. Pun demikian dengan kalangan penulis/wartawan/sasterawan/budayan. Itu kalau mereka ketia berada dalam Pas tidak cuba untuk benar-benar kenali apa itu Pas dan asal usul Pas Bagi orang Pas masuk Pas bermakna masuk Islam.

Harus diingat bahawa sama ada penyanyi, pelakun, pelawak, penulis, wartawan, sasterawan mahu pun budayawan adalah merupakan manusia yang agak istimewa, termasuk dari sudut daya fikirnya, berbanding dengan manusia biasa kerana mereka ada bakat anugerah Allah yang menjadikan mereka lebih istimewa dari yang istimewa.
Lazimnya manusia yang dianugerahkan bakat itu daya pemikiran mereka lebih advance dan tidak mudah untuk mereka dieksploitasi dan dimaipulasi untuk apa-apa tujuan, sebaliknya pula mereka berkeupayaan mengeksploitasi dan memanipulasi siapa yang mereka mahu.
Kerana itulah adakalanya mereka boleh menyebabkan penonton menangis, ketawa tebahak-bahak dan sebagainya kerana apa yang kadang-kadang tidak tergapai oleh akal manusia biasa akan digapai oleh daya kreativiti manusia yang dianugerahkan bakat.
Mereka tidak akan mudah kata 'putih' bagi benda yang 'hitam' dan tidak akan kata 'hitam' bagi benda yang 'putih'. Keistimewaan bakat ini kadang-kadang sukar untuk diterima sebagai hakikat kerana hasil kerja manusia yang ada bakat kadang-kadang mendahului masa.
Misal apabila dalam filem P. Ramlee digambarkan diwujudkan babak raja terpaksa beristanakan dibawah pokok, ramai yang menganggap itu suatu khayalan yang tidak akan berlaku dalam realiti kehidupan. Tetapi terbukti keadaan yang serupa berlaku apabila persidangan dewan undangan negeri diadakan dibawah pokok di sebuah negeri.

Saya sendiri misalnya sebagai pengamal media walaupun hanya pada status ikan bilis, ketika belum benar-benar terlibat dengan Pas, yakni sebelum bekhidmat dengan kerajaan Pas Kelantan selama kira-kra lapan tahun, saya melihat Pas, pimpinan Pas dan orang Pas suci dan murni belaka. Bila orang tentang Pas, saya yang menerima pendidikan sekolah agama akan anggap penentang Pas jahil dan tidak minatkan Islam.
Tetapi setelah berada dalam 'gelup' Pas secara langsung, mahu tidak mahu persepsi saya terhadap Pas berbeza kerana apa yang berlaku dalam Pas sebenarnya tidak sama dengan apa yang digambarkan yang dilihat dari luar dan bersandarkan kepada ceramah-ceramah tokoh Pas yang lazimnya memperkemaskan hujah mereka engan ayat al-Quran dan Hadis.
Ekoran dari itu sekarang saya melihat Pas tidak ada bezanya dengan parti-parti politik yang lain, malah adakalanya Pas pada saya lebih tidak betul dan songsang dari parti yang dilabel sebagai skular terutama bila kalah dalam pilihanraya maka dikeranakan kononnya ADA PENGUNDI HANTU, diipercayai bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas serta merebaknya amalan MEMERBAHALAKAN sesama manusia.

Bagi saya kepercayaan bahawa menolak Pas bermakna menolak Islam boleh punahkan akidah, demikian juga apabila dikatakan Pas kalah dalam pilihanraya kerana pengundi hantu, ianya juga boleh merosakan akidah kerana menganggap PENGUNDI HANTU ada kuasa untuk tentukan kalah menang.
Menganggap apabila tidak ada tokoh tertentu Pas akan lebur atau kerana doa tokoh tertentu maka hujan pun turun bersifat MEMERHALAKAN sesama manusia. Kefahaman bahawa isteri boleh keluar rumah tanpa izin suami kerana berjuang untuk Islam (Pas)juga adalah suatu kefahaman yang sesat lagi menyesatkan dan ini telah dan sedang berlaku dalam Pas.
Sebagai penulis yang diberi bakat, saya kena tulis melalui saluran-saluran yang ada untuk memastikan apa yang saya lihat boleh rosak akidah itu akan menjadi bahan renungan umum. Kalau saya tidak ditakdirkan bekerja dengan Kerajaan Pas pasti saya tidak akan dapat melihat seperti apa yang saya lihat sekarang tentang apa itu Pas. Maknanya Allah mentakdirkan saya bekerja dengan Kerajaan Pas kerana ada hikmah supaya nanti saya boleh menulis tentang apa itu Pas.

Ertinya kalau pengarah filem/drama atau kartunis juga bekerja dengan Kerajaan Pas, mereka pasti akan melihat apa yang berlaku dalam Pas dengan keistimewaan bakat yang ada untuk nantinya akan difilem/didrama dan dikartunkan berdasarkan maklumat yang mereka tahun tentang Pas yang bukan semestinya akan melabakan Pas walaupun mungkin Pas menganggap telah memberi budi kepada mereka.

Oleh itu Pas atau mana-mana tokoh Pas jangan cuba bermain api dengan mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/dengan terlalu mudah mempersohorkan apabila golongan berkenaan menyertai program Pas atau berjumpa dengan mana-mana pimpinan Pas, maka mereka dianggap cenderung menyertai Pas!

Sumber/Catatan Asal :http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-142.html

Read more...

Kesilapan Najib

>> 14 April 2009

KESILAPAN NAJIB

HAKIKAT yang kena diperakukan, apa pun yang berlaku adalah memang telah ditentu dan disuratkan-Nya. Pun begitu manusia disuruh berikhtiar, berusaha tanpa kenal erti putus asa kerana berputus asa adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kerana itu manusia diistimewakan dengan kurniaan akal yang kena digunakan untuk tujuan berikhtiar selain diberi pancaindera yang cukup sesuai digunakan bagi kerja-kerja ikhtiar dan akhirnya kena reda menerima hasil ikhtiar itu sama ada selari dengan apa yang diharapkan atau tidak kerana apa hasilnya pun pasti ada hikmah.
Ikhtiar di kalangan tertentu bagi 'nyah'kan Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi menoktahkan era pemerintahanh Abdullahisme telah berhasil. Maka bergembiralah mereka yang telah berikhtiar sejak sekian lama dengan kejayaan yang dicapai manakala yang merasakan era pemerintahan Abdullahisme masih dipelukan akan menglum rasa kecewa.
Mereka yang merasakan era pemerintahan Abdullahisme patut diberi peluang sehingga pilihanraya umum ke-13 pastinya akan mencari, mengintai, membuatan cabutan dan mengumbul, malah akan melonnggok kesilapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mewajahkan era pemerintahan Najibsme.
Desas desus dan bisik-bisik songsang mula melanda (kalau ianya menjadi api dalam sekam tentulah mendatangkan bahaya) kononnya era pemerintahan Najibsme, malah penyusunan anggota kabinet dibayangi oleh wabak, sindrom dan fenomena Mahathirsme, membuatkan era pemerintahan Najibsme sudah mula diwabaki ada pihak yang rasa tidak puashati dan sakit hati.
Tidak meanggota-kabinetkan ketua pemuda adalah suatu kesilapan besar Najib walaupun sebagai perdana menteri beliau ada kuasa mutlak untuk membuat pilihan anggota kabinetnya.
Kebetulan ketua pemuda itu adalah Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah. Khairy adalah yang dijadikan sasaran serangan bagi 'nyah'kan Tun Abdullah dan menamatkan era pemerintahan Abdullahsme. Siapa yang mensasarkan serangan itu kalau tak diberitahu pun, Pak Had Ceton Tembus pun sudah sedia tahu.
Tindakan Najib yang kononnya menerima nasihat supaya jangan menganggota-kabinbetkan Khairy serta 'dinyahkan' menteri-menteri dan timbalan menteri yang dipalitkan sebagai tidak gembira apabila Tun Abdullah 'dinyahkan' lebih awal dari sepatutnya bagi membuktikan bahawa Abdullasme mampu mengembalikan pencapaian 2/3 pada pilihanrauya umum nanti sebagai ulangan kepada pencapaian cemelang pada pilihanraya umum ke-11 adalah suatu tindakan yang kurang bijak dan boleh mengharu-birukan imej pemerintahan Najibsme.
Najib dilihat terpengaruh dengan nasihat yang kurang jujur dan berpalitkan niat agar usia keperdana-menteriannya akan jauh lebih singkat dari apa yang dinikmati Tun Abdullah. Khairy pastinya akan dijadikan watak utama yang menjadi penyebab kepada kemungkinan Najib akan menjadi perdana menteri yang era pemerintahan paling singkat penah dicipta di negara ini. Najib akan selamat jika pandangan Tun Abdullah segera diminta dan diguna pakai.
Tidak ada tokoh yang lebih jujur dan lebih tulus mahu melihat Najib berjaya membina era pemnerintahan Najibsme selain dari Tun Abdullah yang tidak kacau kerka-kerja Najib sebagai era Abdullasme yang mana kerja-kerjanya sering diganggu dan disabotaj menyebabkan daripada pencapaian amat cemerlang dalam pilihanraya pada awal kewujudan era pemerintahan Abdullahsme bertukar kepada pencapaian terburuk.
Najib akan selamat dan era pemerintahan Najibsme akan mampu bertahan lama jika di samping Khairy tidak dianggota-kabinetkan, maka Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tetapi kalah dengan mendapat undi paling tercorok dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda, juga tidak dianggota-kabinet di samping kika ketua pergerakan wanita, ketua puteri dan naib ketua pemuda tidak dianggota-kabinetkan.
Ini adalah kerana bukan sahaja sekalian isi alam Malaysia ini tahu Mukhriz anak siapa dan tindak tanduknya semasa era pemerntahan Abdullahsme. Secara tidak langsung segala isi alam Malaysia ini boleh nampak aliran pemikiran dan siapa sebenarnya antara Tun Abdullah dan Tun Mahathir yang menjadi rujukan sebenar Najib serta yang akan menjadi bias kepada pembentukan era pemerintahan Najibsme.
Walaupun Khairy tidak bekepala botak (botak dikaitkan dengan kecerdikan dan kecendekiawanan) tetapi seluruh isi alam Malaysia tahu tahap pemikiran, keilmuan dan ketokohan Khairy yang menyebabkabn beliau bukan sahaja menjadi sasaran pembangkang untuk mennghadang kebangkitannya tetapi juga beliau menghadapi hadangan dari dalam Umno sendiri yang bukannya hanya terhad di kalangan yang sebaya dengannya sahaja tetapi juga usaha-usaha untuk menghadangnya dari dalam Umno sebdiri datangnya dari kalangan yang lebih dewasa dan kalangan yang dinobatkan sebagai tokoh berbisa di kalngan yang bisa.
Kalau Khairy dari kelas 'tamada' tidak akan ada siapa pedulikannya, apatah lagi cuba menyekat kebangkitannya. Pun begitu spesis manusia begini tetap akan mara ke depan untuk meraih kejayaan demi kejayaan walaupun berjuta hadangan menghalang. Menafikan hak kemaraan tokoh seperti ini boleh mendatangkan bahaya dan apabila beliau tidak dianggota-kabinetkan, pada saya Najib telah melakukan kesilapan besar pada awal pembihaan pemerintahan era Najibsme. Tidak mustahil pihak yang berniat tidak jujur tehadap Najib sengaja mencipta pertembungan Najib-Khairy.
Bagaimanapun saya yakin selepas enam bulan usia era pemnerintahan Najibsme, Khairy akan dianggota-kabinetkan sebagai langkah segera Najib untuk membetulkan kesilapan yang paling merbahaya yang dilakukannya dalam membina era peneintahan Najibsme kerana apa pun yang berlaku pemuda pasti akan bersama Khairy. Kalau tidak masakan beliau yang mendapat pencalonan paling kecil boleh muncul sebagai pemenangan bagi jawatan ketua pemuda.
Sikap Khairy yang serba selamba dan tidak melenting membukttikan apabila beliau tidak dianggota-kabinetkan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa beliau seorang yang boleh berdepan dengan semua keadaan dalam keadaan serba tenang. Sikapnya umpama ikan depu yang hanya diamkan diri lagaknya tetapi jika terpijak durinya, bisa tikamannya boleh membawa maut!

Sumber : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-139.html

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP