.

Parti politik Melayu kena membina kekuatan sendiri

>> 16 April 2009

Parti politik Melayu kena membina kekuatan sendiri


TIDUR sebantal tidak semestinya akan sama mimpi, apatah lagi realitinya. Samalah juga walaupun di negara bermasyarakat majmuk Malaysia yang menjadi teras kepada kewarganegaran Malaysia, kewujudan konsortium bagi memayungi parti-parti pemerintah seperti pembentukkan Barisan Nasional (BN) pada hakikatnya menjadi suatu keperluan demi kepentingan keharmonian, namun pelbagai persediaan perlu dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sebagaimana pantai yang akan berubah setiap kali AIR bah, maka demikian halnya dengan hati manusia yang antaranya menjadi komponen kepada kewujudan konsortium pemayung parti-parti pemerintah.

Kegagalan BN meraih kemenangan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum ke-12 membuktikan bahawa berlakunya tsunami perubahan hati manusia yang barangkali tidak terlintas pada pemikiran dan firasat para pengasas BN yang sebelumnya dikenali dengan PERIKATAN.

Pun demikian dengan kekalahan BN di Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah), ianya berfaktor dan berpunca dari perubahan hati manusia yang hilang semangat dan kesedaran kekonsortiuman demi kepentingan memantapkan kerajaan yang memerintah dan sokongan mereka dipindahkan dari BN kepada pembangkang.

Yang menampakan ketidak-minatan untuk terus memantapkan konsortium parti dan kerajaan yang memerintah adalah di kalangan manusia bukan Melayu yang walaupun pahit untuk untuk ditelan tetapi hakikat yang kena diperakukan ialah mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik dari bangsa ketuanan adalah ekoran dari baik budinya manusia Melayu.

Manakala manusia Melayu pula yang mengubah sokongan mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum ke-12 telah mula kembali kepada BN semula sebagaimana yang dibuktikan pada pilihanraya kecil di Kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

Apa yang berlaku itu adalah sebagai isyarat dan tanda amaran kepada parti-parti politik Melayu supaya mula mengorak langkah untuk membina kekuatan tanpa terus-terusan bergantung kepada parti-parti bukan Melayu untuk supaya sentiasa kuat, mantap dan sukar digugat.

Parti politik Melayu kena berpegang kepada pesan keramat Hang Tuah: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Dalam terlalu bermurah yang menjadi teras kepada tradisi Melayu, ketegasan dan sekali sekala perlu ada sikap 'tidak terlalu mudah berkira sangat'.

Sebaliknya sikap dan amalan sentiasa berwaspada, tidak terlalu yakin dengan rakan-rakan sekomponen, malah pembinaan kekuatan sendiri yang tidak perlukan bantuan orang lain patut dijadi rangka dan dikerangkakan sebagai suatu keperluan.

Kepercayaan bahawa cara berfikir dan resam orang lain tidak semestinya sama seperti kita perlu ditanam, dipupuk dan dibajai di hati setiap manusia Melayu sekarang dan akan datang kerana teman ketawa memang mudah dicari tetapi untuk dapatkan teman menangis belum tentu ada yang sudi.

Justeru, dalam menghadapi keadaan sekarang yang semacam parti-parti komponen BN dilanda tsunami kehilangan sokongan, maka mahu tidak mahu parti-parti Melayu kena membina kekuatan sendiri dan tidak menjadi mengharapkan kekuatan rakan-rakan sekomponen bagi memantapkan Umno/BN kena mula dikikis.

Bila disebut parti politik Melayu, maka parti itu tidak lain dan tidak bukan adalah Umno. Pas tidak boleh diharapkan kerana Pas tidak melihat keBANGSAan sebagai agenda perjuangan. Parti itu boleh bersekongkol dengan DAP yang status dan hala tuju politik diketahui bagi meleburkan Umno.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pemimpin utamanya Melayu tidak boleh dinobatkan sebagai parti Melayu kerana keanggotaannya malah kepempinannya dimajmukkan yang mana kemajmukkan itu menjadi keperluan PKR untuk terus melangkah.

Melihat kepada wajah PKR, nampoak sangat matlamat parti itu adalah untuk mendapatkan kuasa dan ianya tidak boleh dijadikan tempat Melayu menggantungkan harapan untuk nantinya Melayu tidak akanterus terpaksa tersisih di bumi warisan nusa sendiri.

Sumber/tulisan asal :
http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-142_15.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP