.

Kesilapan Najib

>> 14 April 2009

KESILAPAN NAJIB

HAKIKAT yang kena diperakukan, apa pun yang berlaku adalah memang telah ditentu dan disuratkan-Nya. Pun begitu manusia disuruh berikhtiar, berusaha tanpa kenal erti putus asa kerana berputus asa adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kerana itu manusia diistimewakan dengan kurniaan akal yang kena digunakan untuk tujuan berikhtiar selain diberi pancaindera yang cukup sesuai digunakan bagi kerja-kerja ikhtiar dan akhirnya kena reda menerima hasil ikhtiar itu sama ada selari dengan apa yang diharapkan atau tidak kerana apa hasilnya pun pasti ada hikmah.
Ikhtiar di kalangan tertentu bagi 'nyah'kan Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi menoktahkan era pemerintahanh Abdullahisme telah berhasil. Maka bergembiralah mereka yang telah berikhtiar sejak sekian lama dengan kejayaan yang dicapai manakala yang merasakan era pemerintahan Abdullahisme masih dipelukan akan menglum rasa kecewa.
Mereka yang merasakan era pemerintahan Abdullahisme patut diberi peluang sehingga pilihanraya umum ke-13 pastinya akan mencari, mengintai, membuatan cabutan dan mengumbul, malah akan melonnggok kesilapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mewajahkan era pemerintahan Najibsme.
Desas desus dan bisik-bisik songsang mula melanda (kalau ianya menjadi api dalam sekam tentulah mendatangkan bahaya) kononnya era pemerintahan Najibsme, malah penyusunan anggota kabinet dibayangi oleh wabak, sindrom dan fenomena Mahathirsme, membuatkan era pemerintahan Najibsme sudah mula diwabaki ada pihak yang rasa tidak puashati dan sakit hati.
Tidak meanggota-kabinetkan ketua pemuda adalah suatu kesilapan besar Najib walaupun sebagai perdana menteri beliau ada kuasa mutlak untuk membuat pilihan anggota kabinetnya.
Kebetulan ketua pemuda itu adalah Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah. Khairy adalah yang dijadikan sasaran serangan bagi 'nyah'kan Tun Abdullah dan menamatkan era pemerintahan Abdullahsme. Siapa yang mensasarkan serangan itu kalau tak diberitahu pun, Pak Had Ceton Tembus pun sudah sedia tahu.
Tindakan Najib yang kononnya menerima nasihat supaya jangan menganggota-kabinbetkan Khairy serta 'dinyahkan' menteri-menteri dan timbalan menteri yang dipalitkan sebagai tidak gembira apabila Tun Abdullah 'dinyahkan' lebih awal dari sepatutnya bagi membuktikan bahawa Abdullasme mampu mengembalikan pencapaian 2/3 pada pilihanrauya umum nanti sebagai ulangan kepada pencapaian cemelang pada pilihanraya umum ke-11 adalah suatu tindakan yang kurang bijak dan boleh mengharu-birukan imej pemerintahan Najibsme.
Najib dilihat terpengaruh dengan nasihat yang kurang jujur dan berpalitkan niat agar usia keperdana-menteriannya akan jauh lebih singkat dari apa yang dinikmati Tun Abdullah. Khairy pastinya akan dijadikan watak utama yang menjadi penyebab kepada kemungkinan Najib akan menjadi perdana menteri yang era pemerintahan paling singkat penah dicipta di negara ini. Najib akan selamat jika pandangan Tun Abdullah segera diminta dan diguna pakai.
Tidak ada tokoh yang lebih jujur dan lebih tulus mahu melihat Najib berjaya membina era pemnerintahan Najibsme selain dari Tun Abdullah yang tidak kacau kerka-kerja Najib sebagai era Abdullasme yang mana kerja-kerjanya sering diganggu dan disabotaj menyebabkan daripada pencapaian amat cemerlang dalam pilihanraya pada awal kewujudan era pemerintahan Abdullahsme bertukar kepada pencapaian terburuk.
Najib akan selamat dan era pemerintahan Najibsme akan mampu bertahan lama jika di samping Khairy tidak dianggota-kabinetkan, maka Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak tetapi kalah dengan mendapat undi paling tercorok dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda, juga tidak dianggota-kabinet di samping kika ketua pergerakan wanita, ketua puteri dan naib ketua pemuda tidak dianggota-kabinetkan.
Ini adalah kerana bukan sahaja sekalian isi alam Malaysia ini tahu Mukhriz anak siapa dan tindak tanduknya semasa era pemerntahan Abdullahsme. Secara tidak langsung segala isi alam Malaysia ini boleh nampak aliran pemikiran dan siapa sebenarnya antara Tun Abdullah dan Tun Mahathir yang menjadi rujukan sebenar Najib serta yang akan menjadi bias kepada pembentukan era pemerintahan Najibsme.
Walaupun Khairy tidak bekepala botak (botak dikaitkan dengan kecerdikan dan kecendekiawanan) tetapi seluruh isi alam Malaysia tahu tahap pemikiran, keilmuan dan ketokohan Khairy yang menyebabkabn beliau bukan sahaja menjadi sasaran pembangkang untuk mennghadang kebangkitannya tetapi juga beliau menghadapi hadangan dari dalam Umno sendiri yang bukannya hanya terhad di kalangan yang sebaya dengannya sahaja tetapi juga usaha-usaha untuk menghadangnya dari dalam Umno sebdiri datangnya dari kalangan yang lebih dewasa dan kalangan yang dinobatkan sebagai tokoh berbisa di kalngan yang bisa.
Kalau Khairy dari kelas 'tamada' tidak akan ada siapa pedulikannya, apatah lagi cuba menyekat kebangkitannya. Pun begitu spesis manusia begini tetap akan mara ke depan untuk meraih kejayaan demi kejayaan walaupun berjuta hadangan menghalang. Menafikan hak kemaraan tokoh seperti ini boleh mendatangkan bahaya dan apabila beliau tidak dianggota-kabinetkan, pada saya Najib telah melakukan kesilapan besar pada awal pembihaan pemerintahan era Najibsme. Tidak mustahil pihak yang berniat tidak jujur tehadap Najib sengaja mencipta pertembungan Najib-Khairy.
Bagaimanapun saya yakin selepas enam bulan usia era pemnerintahan Najibsme, Khairy akan dianggota-kabinetkan sebagai langkah segera Najib untuk membetulkan kesilapan yang paling merbahaya yang dilakukannya dalam membina era peneintahan Najibsme kerana apa pun yang berlaku pemuda pasti akan bersama Khairy. Kalau tidak masakan beliau yang mendapat pencalonan paling kecil boleh muncul sebagai pemenangan bagi jawatan ketua pemuda.
Sikap Khairy yang serba selamba dan tidak melenting membukttikan apabila beliau tidak dianggota-kabinetkan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa beliau seorang yang boleh berdepan dengan semua keadaan dalam keadaan serba tenang. Sikapnya umpama ikan depu yang hanya diamkan diri lagaknya tetapi jika terpijak durinya, bisa tikamannya boleh membawa maut!

Sumber : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-139.html

3 ulasan:

Ali Abdullah 14 April 2009 pada 11:58 PG  

salam, minta jasa baik sedara masukkan url blog saya ke dalam bloglist mimpi916. Terima kasih ye.
http://rajahmas.blogspot.com

Walk D Talk 09 14 April 2009 pada 1:01 PTG  

kami juga menerbitkan kesah kesah yang sama- klik sini

PAS UNTUK SEMUA 15 April 2009 pada 1:50 PG  

UMNO yang BARAH sudah bertambah PARAH. Inilah tanda2 saat kematian UMNO sudah hampir tiba.

Ribut yang melanda UMNO pada PRU12 masih bergelora. Ditambah pula dengan taufan PAU yang baru lepas.

Nah, sekarang kesan nya sudah nampak nyata didua buah negeri - Perlis dan Terengganu, tidak mustahil banyah lagi negeri2 yang akan bergelora lagi.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP