.

Pas Jangan Bermain Api

>> 15 April 2009

Pas jangan bermain api

Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/pelakun/budayawan bagi tujuan keuntungan dan kelabaan politik adalah suatu tindakan yang tidak bijak dan akan bersifat memijak mata 'cok cangkul' yang mana ulu cok akhirnya akan menghentam dahi atau 'batang erong' pemijak.

Saya sendiri pernah ketawa terkekeh-kekeh bila ada orang Pas yang dengan megah dan sedikit manggak mendakwa penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Yasin, Amy Serch, Maya Karim, Mamat Khalid, Pak Samad Said dan beberapa yang lain berminat menyertai Pas, malah sudah isi borang pun.

Kenapa tokoh-tokoh itu dikaitkan dengan kecenderungan untuk menyertai Pas? Sebabnya kerana mereka pernah menyertai program-program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan pernah mengunjungi atau berjumpa Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mawi dianggap 'orang kita' oleh orang Pas, malah beliau diterima oleh Pas walaupun Akademi Fantasia yang bertanggungjawab membawa Mawi ke persada industri hiburan tanahair dilabel sebagai program maksiat adalah kerana kononnya di rumah ibuapa Mawi di Felda Taib Andak penuh dengan gambar Dato' Haji Nik Aziz.

Kecuali Dato' Siti Nurhaliza dan suami serta Yasin yang menafikan penyertaan mereka sebagai ahli Pas walaupun dalam Pas dah kecur kata mereka jadi ahli Pas, yang lain-lain tidak menyatakan pendirian mereka sama ada sokong Pas, jadi ahli Pas atau sebaliknya. Itu hak mutlak mereka.
Memang betul dari segi politiknya, akan ada labanya kalau para selebiriti itu menunjukkan minat kepada Pas kearana mereka mempunyai penminat dan pengikut yang ramai. Pun demikian dengan kalangan penulis/wartawan/sasterawan/budayan. Itu kalau mereka ketia berada dalam Pas tidak cuba untuk benar-benar kenali apa itu Pas dan asal usul Pas Bagi orang Pas masuk Pas bermakna masuk Islam.

Harus diingat bahawa sama ada penyanyi, pelakun, pelawak, penulis, wartawan, sasterawan mahu pun budayawan adalah merupakan manusia yang agak istimewa, termasuk dari sudut daya fikirnya, berbanding dengan manusia biasa kerana mereka ada bakat anugerah Allah yang menjadikan mereka lebih istimewa dari yang istimewa.
Lazimnya manusia yang dianugerahkan bakat itu daya pemikiran mereka lebih advance dan tidak mudah untuk mereka dieksploitasi dan dimaipulasi untuk apa-apa tujuan, sebaliknya pula mereka berkeupayaan mengeksploitasi dan memanipulasi siapa yang mereka mahu.
Kerana itulah adakalanya mereka boleh menyebabkan penonton menangis, ketawa tebahak-bahak dan sebagainya kerana apa yang kadang-kadang tidak tergapai oleh akal manusia biasa akan digapai oleh daya kreativiti manusia yang dianugerahkan bakat.
Mereka tidak akan mudah kata 'putih' bagi benda yang 'hitam' dan tidak akan kata 'hitam' bagi benda yang 'putih'. Keistimewaan bakat ini kadang-kadang sukar untuk diterima sebagai hakikat kerana hasil kerja manusia yang ada bakat kadang-kadang mendahului masa.
Misal apabila dalam filem P. Ramlee digambarkan diwujudkan babak raja terpaksa beristanakan dibawah pokok, ramai yang menganggap itu suatu khayalan yang tidak akan berlaku dalam realiti kehidupan. Tetapi terbukti keadaan yang serupa berlaku apabila persidangan dewan undangan negeri diadakan dibawah pokok di sebuah negeri.

Saya sendiri misalnya sebagai pengamal media walaupun hanya pada status ikan bilis, ketika belum benar-benar terlibat dengan Pas, yakni sebelum bekhidmat dengan kerajaan Pas Kelantan selama kira-kra lapan tahun, saya melihat Pas, pimpinan Pas dan orang Pas suci dan murni belaka. Bila orang tentang Pas, saya yang menerima pendidikan sekolah agama akan anggap penentang Pas jahil dan tidak minatkan Islam.
Tetapi setelah berada dalam 'gelup' Pas secara langsung, mahu tidak mahu persepsi saya terhadap Pas berbeza kerana apa yang berlaku dalam Pas sebenarnya tidak sama dengan apa yang digambarkan yang dilihat dari luar dan bersandarkan kepada ceramah-ceramah tokoh Pas yang lazimnya memperkemaskan hujah mereka engan ayat al-Quran dan Hadis.
Ekoran dari itu sekarang saya melihat Pas tidak ada bezanya dengan parti-parti politik yang lain, malah adakalanya Pas pada saya lebih tidak betul dan songsang dari parti yang dilabel sebagai skular terutama bila kalah dalam pilihanraya maka dikeranakan kononnya ADA PENGUNDI HANTU, diipercayai bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas serta merebaknya amalan MEMERBAHALAKAN sesama manusia.

Bagi saya kepercayaan bahawa menolak Pas bermakna menolak Islam boleh punahkan akidah, demikian juga apabila dikatakan Pas kalah dalam pilihanraya kerana pengundi hantu, ianya juga boleh merosakan akidah kerana menganggap PENGUNDI HANTU ada kuasa untuk tentukan kalah menang.
Menganggap apabila tidak ada tokoh tertentu Pas akan lebur atau kerana doa tokoh tertentu maka hujan pun turun bersifat MEMERHALAKAN sesama manusia. Kefahaman bahawa isteri boleh keluar rumah tanpa izin suami kerana berjuang untuk Islam (Pas)juga adalah suatu kefahaman yang sesat lagi menyesatkan dan ini telah dan sedang berlaku dalam Pas.
Sebagai penulis yang diberi bakat, saya kena tulis melalui saluran-saluran yang ada untuk memastikan apa yang saya lihat boleh rosak akidah itu akan menjadi bahan renungan umum. Kalau saya tidak ditakdirkan bekerja dengan Kerajaan Pas pasti saya tidak akan dapat melihat seperti apa yang saya lihat sekarang tentang apa itu Pas. Maknanya Allah mentakdirkan saya bekerja dengan Kerajaan Pas kerana ada hikmah supaya nanti saya boleh menulis tentang apa itu Pas.

Ertinya kalau pengarah filem/drama atau kartunis juga bekerja dengan Kerajaan Pas, mereka pasti akan melihat apa yang berlaku dalam Pas dengan keistimewaan bakat yang ada untuk nantinya akan difilem/didrama dan dikartunkan berdasarkan maklumat yang mereka tahun tentang Pas yang bukan semestinya akan melabakan Pas walaupun mungkin Pas menganggap telah memberi budi kepada mereka.

Oleh itu Pas atau mana-mana tokoh Pas jangan cuba bermain api dengan mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/dengan terlalu mudah mempersohorkan apabila golongan berkenaan menyertai program Pas atau berjumpa dengan mana-mana pimpinan Pas, maka mereka dianggap cenderung menyertai Pas!

Sumber/Catatan Asal :http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/04/muncul-kembali-142.html

2 ulasan:

suri 15 April 2009 2:52 PTG  

Salam anda dijemput untuk buat komen
http://umnobukitjelutong.blogspot.com/

nalapambu 16 April 2009 12:54 PG  

PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.

UMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.

Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.

Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP