.

Utusan Malaysia tak perlu layan Nik Aziz lebih-lebih

>> 19 September 2010

Tak perlu layan Nik Aziz lebih-lebih.
Nik Aziz sedang mencari populariti, hit dan kemegahan
Kalau di layan, semakin megah dia.

Jadi, kalau setakat kenyataan yang nampak macam nak cari populariti, tak perlu tegur atau siarkan, takde faedahnya.

Dia sengaja nak suruh Utusan dan blogger 'puji' dia melangit.

Baik Utusan masuk ke daerah-daerah serta kampung di Kelantan ni, tengok sendiri masalah air yang semakin meruncing sejak dari tahun 2009 lagi, boleh juga buat berita.

Kalau Em Bi Kelantan jenis yang terbuka perut pedalnya, dia boleh terima kata-kata keramat 'Nak tahu kelemahan diri, tanya musuh, jangan tanya kroni, anak menantu atau penyokong'.

Apapun, jangan layan sangat. Ambil yang penting dah la.
Orang nak cari popular tu.


* Raya tahun ni tanpa air direct. Nasib baik ada tangki spare.

Read more...

Air Kelantan yang pening, pening dan pening

>> 04 Ogos 2010

Mengenai dakwaan kesukaran kakitangan di wad bersalin dan wad kanak-kanak kerana ketiadaan air, Md Anizam berkata beliau sehingga kini belum pernah menerima laporan daripada orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan mengenai masalah kekurangan bekalan air di situ.

Justeru beliau meminta hospital berkenaan dan pihak media menunjukkan bukti dengan mendapatkan kenyataan daripada individu yang mengalami masalah itu sendiri.

-- baca Penuh : BERNAMA

Macam mana pesakit nak lapor kepada kamu wahai Md Anizam, orang sakit berada di Hospital, mereka akan mengadu kepada pihak hospital. Bukannya pesakit berada di bawah tangki air dekat SUK nu. Bila pesakit mengadu kepada pihak hospital, pihak hospital akan panjangkan kepada pihak AKSB.

AKSB sepatutnya, bila dah ada aduan begini, hantar la dua tiga buah lori tangki ke tempat kritikal seperti Hospital, Sekolah dan sebagainya.

Taknak kata di KB, kt Tumpat ni pun menyiksa, kalau nk basuh baju, kena bangun pukul 3 pagi, masa tu air ada slow2. Booring air? Huh..perumahan atas baruh, bawah sana ada selut, bau semacam. Jadi kita harapkan 90% air dari AKSB, 10% air hujan.

Sdr. Md Anizam atau Nik Aziz pernah tengok rakyat tadah air hujan pukul 12tgh malam?

Nanti kita pakat-pakat buat kempen,

----------------------------
KEMPEN MENADAH AIR HUJAN
Dirasmikan oleh : YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Masa : Masa hujan lebat

Muslimin Muslimat dijemput hadir beramai-ramai <--- takda dah ayat ni sekarang

Orang Ramai di Jemput Hadir <--ni ayat baru, for all katakan.

Read more...

Nasib Baik Ada Noh, Nak harapkan PAS, Kirim Salam...

SHAH ALAM - Pas menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menutup pusat hiburan di negeri berkenaan kerana ia sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun Pas menegaskan tindakan yang sama sewajarnya dilakukan di semua negeri, termasuk yang diperintah Barisan Nasional, yang diketuai Menteri Besar beragama Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat menyeluruh, bukan hanya kerana bulan Ramadan sahaja.

"Perkara ini kelihatan sememangnya bercanggah dengan Islam. Jadi, ia perlu dilakukan.

"Jika tidak, ia dilihat sebagai satu cabaran yang tidak jujur dan ada agenda tertentu, termasuk bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.


Beliau diminta mengulas kenyataan Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang meminta Pas Selangor mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam.

Baca Lagi

-----

Mujur ada Noh, kalau nk harapkan PAS, mereka lebih akur dengan DAP dan PKR.
Tuan Ibrahim mahu menyeluruh, DAP setuju ke? Selalunya PAS pandai cakap aje. Pas hanya pandai cakap aje, cakap sahaja.

Read more...

Bila Masa Pula 'Kalah Teruk'.

>> 02 Ogos 2010

“Saya tidak faham mengapa baru sekarang Kerajaan BN memberi kebenaran itu sedangkan keperluan kepada pembabitan guru untuk berpolitik amat tinggi. Mungkin mereka (BN) sudah terdesak untuk meraih undi selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan sebab itu mereka benarkan guru main politik untuk dapatkan sokongan daripada kakitangan kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas Pahang, di Kompleks Imam Al Shafie (KIAS) Temin, di sini, semalam.

Kata Nik Aziz dalam Sinar


----
Kalau BN kalah teruk pada PRU-12, Perdana Menteri sekarang ialah Lim Kit Siang dibawah Pakatan , dan bukan Najib (BN).

Kalau dalam bola, kalah teruk sinonim benar dengan kekalahan ditempat sendiri, pihak lawan dapat menjaringkan gol yang banyak. Contoh Pasukan Sendiri 0, pelawat 5.

Nik Aziz sepatutnya memberikan gambaran yg baik dan terbaik untuk dijadikan tauladan, bersesuaian dengan beliau yang dihebahkan sebagai orang alim.

Read more...

PAS Tetap Keseorangan

>> 29 Julai 2010

DAP nak, PKR setuju, PAS tak setuju.
Tidur sekatil, mimpi lain-lain.
Sejak ada ura-ura 'kerjasama' dengan UMNO, PAS dah stat bela 'Melayu'.
Amacam PAS, suara PAS dalam PR membuat DAP dan PKR tergugat ka?
Atau PAS akan terus menjadi pak turut selamanya.

Kredit Kertun: DES

Read more...

Kuasa Melayu Yang Semakin Layu

>> 28 Julai 2010

Sejak 9 Jun 2010, Geger Sokmo, masih berbicara tentang senario politik tanah air. Penulis mengambil sikap yang agak berterus terang. Rakan-rakan dan kenalan menaruh bimbang, takut-takut ada salah tanggapan atau salah faham orang. Cara penulis dikatakan ‘lurus bendul’ dan ‘betul sudip’- simpulan bahasa orang Kelantan. Ada yang mengirimkan macam-macam pendapat. Seorang ahli keluarga, Haji Wan Hussein Wan Yacob (Kubang Kerian, Kota Bharu) mengirimkan SMS yang berbunyi “boleh cemas, boleh bimbang, takut pun boleh, tak takut pun tak boleh, jangan tak bimbang. Pelik sedikit madah berhelah ini, berbelit serupa syair Kalinga. Kita berhujah sebetul sudip selurus bendul. Kita nak suruh turap mana berongga, kita nak demo naik ke landasan. Kita nak demo parkir baik-baik. Hamba bimbang, nantilah tadah telinga tunggu orang cerlung mata. Bukan semua orang reti baso”. Itu luahan rasa beliau.

Bermula dengan artikel ‘Bacaan Politik Baru Dari Sibu’, penulis banyak kali menimbulkan persoalan politik. Cetusan idea pada 14 Julai ‘Ketepikan Kesombongan, Nostalgia’, bukan sedikit mendapat reaksi pembaca, yang salah tanggap pun ada. Tiada pun tudingan khusus, tetapi ada yang terkena ‘batang hidung’. Kesombongan dan nostalgia berlebihan mengenai kehebatan silam boleh mengalpakan kita. Sebab itu gelaran ‘Sesumpah’ (yakni Pokkor) oleh Datuk Sri Mohd Najib itu benar apabila ditujukan kepada seorang pemimpin yang bermuka-muka, nostalgia dengan kehebatan diri, berubah warna perjuangan kerana kepentingan peribadi. Bahasa kiasan atau analogi begitu berguna bagi memudahkan kefahaman. Kata Perdana Menteri semasa melawat ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf pada 6 Julai 2010, “boleh kritik jangan fitnah”. Maknanya tanggapan negatif atau positif itu haruslah bertempat, agar kita jadi bijaksana.

Pembangkang lebih gemar bercakap. Kata orang, bercakap itu apalah susahnya. Itu yang menjadi amalan pembangkang, sukar bertindak melakukan perubahan, kecuali perobohan terhadap perkara-perkara yang baik. Kadangkala perubahan sesuatu dasar mereka kerana muslihat politik, kepentingan diri, dagang atau kepartian. Masalah korek gali pasir di Selangor menjadi ‘panas’ sepanjang Julai 2010 ini disebabkan ada kluk-klak politik. Kenapa syarikat Selangor itu tidak korek sahaja padang pasir Sahara atau Gurun Gobi?. Ya, para pemimpin boleh merombak atau mengubah dasar tetapi implikasi masa depan perlu dilihat sama, sebab mereka tidak lama berkuasa. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi. Jangan tinggalkan negeri atau negara jadi ‘kelontong’, jika kita tidak mahu kekalutan politik diwarisi generasi terkemudian. Penggubalan sesuatu dasar atau keputusan bagi mengubah dasar tidak harus dibuat berdasarkan satu idea atau satu dua pendapat peribadi.

Ada orang mengatakan kepada penulis bahawa gabungan ‘Merah-Hijau’ mungkin juga ‘Biru Fairuz’ (DAP-Pas-PKR} itu menjadi ancaman terkini kepada kuasa pemerintahan atau politik Melayu. Generasi muda Melayu, kira-kira 60 peratus dikatakan masih berada di atas pagar, tidak pun mahu daftar sebagai pengundi. Mereka patut sedar tentang pemikiran politik, apakah bezanya 1Malaysia dengan Malaysia Malaysia, kenapa kuasa itu penting, bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup bersatu padu, penuh kedamaian dan kemakmuran. DAP berhajat besar menawan hati Melayu dan bumiputera bandar dan di luar bandar. DAP sudah ada wahana dan rakan kongsi tersendiri melalui PR. Dalam arena politik semasa, kesedaran generasi muda Cina jauh lebih tinggi berbanding dengan kesedaran golongan muda Melayu dan umat Islam. Kebimbangan baru ialah kemungkinan terhakisnya kuasa politik Melayu.

Cuba bayangkan sejauh manakah kemusnahan Melayu dan kehancuran kedudukan istimewa mereka, jika kuasa politik tidak dijaga. Golongan muda Melayu, pengundi kali pertama mesti ada kesedaran politik. Gelombang merah semakin kuat dan telah menghempas pemimpin Melayu dalam PR. Kaji dua keputusan pilihan raya sebelum ini, undi siapakah yang banyak untuk pembangkang? DAP banyak beri ruang kepada seorang tokoh pemimpin Melayu kerana mereka perlu seorang Melayu dipilih sebagai pemimpin utama. Orang Melayu pula tanpa sedar, kononnya kita sudah ada alternatif, walhal senario menunjukkan sebaliknya. PR bukan alternatif bagi menggantikan BN. Kita tidak nampak DAP mampu bekerjasama dengan PAS untuk jangka panjang. Mesej PRU 12 lebih menguntungkan parti-parti Cina kerana di luar ada yang mengkritik, mendesak dan menuntut dan pada masa yang sama ada tuntutan dari dalam dengan ancaman undi Cina akan lari ke DAP atau pembangkang.

Kenapa PR hanya pandai cari salah orang dan mengkritik, sesekali berbau fitnah? DAP memang tidak akan memahami aspirasi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Kata seorang sahabat apakah Pas dan PKR mahu perkongsian yang sia-sia? Rancangan strategik secara halus telah pun dibuat untuk menguasai Melayu dan bumiputera. Tidak mustahil DAP mampu membuat penyokong-penyokong Cina MCA dan Gerakan tidak lagi yakin dengan BN dan orang Melayu tidak berminat kepada UMNO. DAP akan menambah kerusi di Sabah dan Sarawak dengan sokongan bumiputera di sana apabila ‘jarum’ pelali mereka sudah masuk. Bukankah formula Sibu berjaya menarik sokongan orang-orang Cina di sana dan DAP bertambah yakin akan dapat mentadbir negeri-negeri di sebelah bumi Borneo. Politik akan menjadi lebih kalut lagi, jika dikenangkan nasib Melayu seandainya terjadi ‘gelombang merah menelan gelombang hijau’. Gelombang hijau patut cari pantai yang landai panjang luas untuk mendamparkan diri dan keluar dari bayang-bayang.

Kalut sungguh politik. Menteri Besar Kelantan tetap pertahankan negara Islam. Karpal Singh menolak keras konsep negara Islam tajaan Pas. Beliau masih menaruh prasangka terhadap Islam dan baru lagi bertelagah pendapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz. Ada cadangan PR membangkitkan isu negara adil, semata-mata bagi mengelakkan konflik antara mereka. Malaysian-Malaysia sudah dipromosikan dengan Malaysia-Sederhana. Sikap Melayu yang sentiasa mengalah, tidak terasa pun seperti dipermainkan. Mesej seorang rakan, Samsudin Ab Rahman yang mengikuti pilihan raya Sibu, mengutip banyak cerita yang berbeza dari sana. “A vote for DAP is a vote for Pas and a vote for DAP candidate is a vote for Islamic State”. Bekas MB Perak berkata dalam bahasa Mandarin “wo men do shi yi jia ren”, maknanya kita semua adalah dari satu keluarga yang sama. Itulah lagak pemimpin pembangkang Melayu semasa sama-sama berceramah di Sibu. Kabarnya untuk “DAP Mulan Night”, Teresa Teng, artis popular Hong Kong berada di pentas yang sama.

Cara DAP kempen ialah dengan memainkan sentimen kaum Cina. Dalam masyarakat Cina, isu pendidikan Cina dan kedudukan SRJKC atau SMJKC amat sensitif. Senjata kempen SRJKC oleh DAP setiap kali pilihan raya sangat jelas. Semasa kempen pilihan raya di Kuala Terengganu dahulu, orang Cina minta SRJKC dibantu. Semasa pilihan raya Hulu Selangor Kerajaan mengeluarkan bantuan RM3 juta, manakala di Sibu sebanyak RM18 juta. Bagi Lim Kit Siang, bantuan tambahan itu dianggapnya terlalu kecil. Katanya di Sibu The Penang government gave RM11.3m to the school every year and if you want money every year, then vote for PR. Cara DAP itu nampaknya memerangkap MCA dan Gerakan pula, kerana mahu mengambil hati orang Cina, mereka mendesak Kerajaan membantu SRJKC. Tuntutan terbaru ialah permohonan geran RM1 bilion melalui MCA untuk sekolah-sekolah berstatus persendirian dan bukannya pun sekolah bertaraf kebangsaan atau negara.

Isu bantuan ini akan terus dipermainkan DAP. Hal ini melebar pula kepada peruntukan biasiswa JPA. Sungguh pun Kerajaan bersetuju untuk pemberian biasiswa kepada para pelajar bukan Melayu yang memperoleh 9A, namun kuota antara bumiputera-bukan bumiputera masih diperlukan atas dasar tanggung jawab Perlembagaan. Agensi-agensi lain terutamanya MARA diharap tidak terjerat kepala. Kita bimbang dengan trend politik yang memburuk-burukkan Kerajaan itu menimbulkan sikap anti Kerajaan. Segala yang baik menjadi cemuhan. Di sana sini masih banyak kedengaran ungkit mengungkit, komen-komen buruk dari segi pembiayaan SRJKC, kos pembinaan bangunan, penyelenggaraan dan gaji guru. Kini jumlah pelajar sekolah bantuan kian bertambah setiap tahun. Orang bukan Melayu memperoleh apa yang mereka mahu. Mereka patut bersyukur dan menghormati keadilan dasar-dasar Kerajaan. MCA dan Gerakan mesti bekerja kuat bagi mengembalikan keyakinan.

Politik adalah politik. Jika politik terlalu kalut atau keruh dan tidak dijernihkan dengan rasa tanggungjawab, kesetiaan, penerimaan, keadilan berpandukan Perlembagaan, maka selagi itulah kebersamaan untuk menegakkan aspirasi nasional tidak wujud. Rakyat tidak patut dikelirukan dengan kekalutan para pemimpin mereka terhadap sesuatu isu yang bukan-bukan. Di dalam kepelbagaian kita, sedikit pengorbanan diperlukan bagi memenuhi aspirasi matlamat negara bangsa, kesatuan dan perpaduan melalui 1Malaysia.

Tajuk Asal : Kalut Politik Dua Gelombang
Oleh : A. Aziz Deraman
Sinar Harian

Read more...

Sorry la Ibrahim Ali...

>> 25 Julai 2010


Ibrahim Ali berkata, Menteri Besar Kelantan itu bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.

“Saya terperanjat apabila Nik Aziz buat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini.

‘‘Saya tidak terfikir beliau boleh menggunakan analogi ini disebabkan beliau adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kenapa beliau tidak merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim,” katanya.


Katanya lagi;

Semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca daripada UMNO semata-mata.

“Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua di negeri ini.

“Lihat parti politik Cina seperti MCA, DAP dan Gerakan mereka bersatu padu dalam isu yang membabitkan kepentingan bangsa mereka tanpa ada sebarang halangan, kenapa kita orang Melayu tidak boleh buat begitu,” katanya.

Sumber

--------
Sory la Ibrahim, dalam al Quran tiada ayat yang melarang/mengharamkan perpaduan antara ummat Islam, tu yang dia guna analogi bolasepak.

Orang alim kena membentuk kepimpinan mulia, memberi contoh tauladan yg baik kepada orang jahil agar orang jahil tidak terus sesat, bukan terus membuat kerosakkan.

Read more...

Kempen Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki

>> 22 Julai 2010


Kredit utk Buaya-Merah

Read more...

Harga Gula dan Telur Naik Lagi


BANGKOK - Buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Thailand terpaksa mengimport gula kerana kerajaan gagal memastikan bekalan yang mencukupi.

Kenaikan harga itu menyebabkan para peniaga makanan di jalanan di Bangkok merasai keperitan.

Jika harga gula dan telur berterusan naik, peniaga akan menaikkan harga makanan yang popular di kalangan penduduk tempatan.

Thailand yang merupakan pengeksport kedua terbesar gula, secara kasarnya menghasilkan tujuh juta tan metrik gula setahun.

Lazimnya, dua juta tan gula diperuntukkan untuk rakyat Thai.

Namun, bekalan itu kian berkurangan selepas harga gula dunia mencecah harga tertingginya dalam tempoh tiga dekad iaitu AS$750 (RM2,407) setiap tan pada Januari lalu.

Bagi meminimumkan kekurangan bekalan, kerajaan Thai membeli sebanyak 74,350 tan gula pada harga AS$705 (RM2,266) hingga AS$720 (RM2,314) satu tan.

Biarpun begitu, penjual makanan di jalanan yang bergantung kepada komoditi tersebut masih tidak berasa lega.

Seorang penjual buah-buahan, Charoen Saengsilp, 51, membeli gula pada harga 28 baht (RM2.80) sekilogram (kg), naik AS$0.31 (RM1) berbanding tahun lalu.


Baca penuh


-----

Ingatkan dengan naiknya harga gula di Malaysia, aktiviti penyeludupan dapat dikurangkan. Tetapi dengan kenaikkan mendadak harga gula di Thailand pula, aktiviti penyeludupan menampakkan sinar kembali.

Read more...

Lim Kit Siang dan John Mallot Yakin Anwar Akan Ke Penjara Semula?

>> 21 Julai 2010


Bekas duta Amerika sendiri menyatakan keyakinan bahawa Anwar akan didapati bersalah dan dihukum. Anwar juga akan hilang kuasa politiknya dan bakal meringkuk dalam penjara buat kali kedua.

Baca Penuh AIDC

Apa kata Lim Kit Siang dalam blognya

“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. { blog Ah Siang}

------
Bagaimana kenyataan sebegitu rupa boleh dikeluarkan jika pemimpin DAP tersebut yakin yang Anwar tidak bersalah?

Sekutu Lim Kit Siang yang paling rapat ialah Karpal Singh, iaitu peguam anwar sendiri. Seorang peguam perlu tahu selok belok kes anak guamnya-semua perkara 'luar dan dalam' perlu anwar ceritakan kepada peguamnya, bila peguamnya tahu kisahnya, senang la peguam tersebut nak putar.

Rasanya pemimpin-pemimpin DAP dah tahu cerita 'sebenar' anwar, kalau tak, takkan Lim Kit Siang boleh cakap camtu.

Read more...

'Nurul Gersang' mencari & menipu lelaki

>> 20 Julai 2010

Gambar : tanah gersang


KEPALA BATAS: Seorang gadis yang menamakan dirinya ‘Nurul Gersang’, dikesan menggunakan Facebook bagi menawarkan diri untuk menjadi teman tidur sebagai helah untuk menjerat mangsa.


Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa.

Apabila ada individu menghubunginya, dia akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat bertemu.

Bagaimanapun, gadis berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan tiba, walaupun wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ gadis itu, Azahar Omar, 32, mendakwa dia melihat maklumat peribadi gadis itu dalam Facebook pada 10 Julai lalu yang menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.

“Saya menghubungi gadis berkenaan pada 16 Julai lalu dan dia menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 ke dalam akaun bank ,” katanya di sini, semalam.
Azhar berkata, keesokannya, gadis berkenaan menghubunginya tetapi meminta dimasukkan RM100 ke akaun bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Berikutan itu, lelaki terbabit pergi ke Bandar Perda tetapi gadis berkenaan memaklumkan perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya.

Bagaimanapun, gadis terbabit tetap tidak muncul selepas dia memasukkan lagi wang.

“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar,” katanya.
selepas kehabisan RM450 untuk memerangkapnya," katanya.

Difahamkan, beberapa lelaki yang teruja dengan tawaran gadis terbabit menjadi 'mangsa' dan kerugian beratus ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.

Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata taktik gadis berkenaan ialah satu bentuk penipuan bagi menjalankan kegiatan pelacuran menggunakan laman sosial.

- Berita Harian

-----
Hidup2 kena tipu dek betina cerdik..hahaha

Read more...

Yaakob dapat RM2,500 ka?


PUCHONG – Konon-kononnya bijak apabila melakukan aktiviti mencuri pasir pada awal pagi namun seorang penyamun pasir di Putrajaya dekat sini terpaksa melarikan diri dan meninggalkan lori yang penuh dengan muatan bahan itu di tepi jalan selepas menyedari kenderaannya dikepung Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari.


“Seperti dimaklumkan mereka yang berjaya menahan lori akan dikurniakan ganjaran RM2,500 manakala mesin dan jentera diberi ganjaran RM5,000,”katanya.





-----
Dia kata dia nampak lori keluar masuk melalui selekoh, kalau dia tunggu kat situ, mau RM 10,000 semalaman dia dapat. Pehhh..

Boleh baca kat sini, apapun..tahniah untuk dia.

Read more...

Islam atau Assabiyah?

Perpaduan Pas-UMNO II: Islam dan Assabiyah?


SETELAH sekian lama gagasan perpaduan Pas-UMNO tersenyap, gara-gara kumpulan properpaduan dalam Pas dilanyak oleh kumpulan Mursyidul Am mereka, coretan Cuit minggu lalu, Demi ummah: Pas-UMNO perlu disatukan, membuka kembali perbahasan mengenainya.


Cuma kali ini, kita tidak mahu hanya melihat ia menjadi satu lagi perbahasan. Kita mahu melihat ia menjadi satu realiti. Orang Melayu perlu disatukan kembali. Dua pertubuhan terbesar Melayu yang terpisah sekian lama – melepasi 40 tahun lamanya perlu disatukan.




Ikut sejarah, Pas dan UMNO disatukan dalam penubuhan Barisan Nasional (BN) pada 1 Januari 1973 oleh Pesuruhjaya Pas ketika itu, Datuk Asri Muda dan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.




Gagasan itu wujud kerana kedua-dua pemimpin itu bersifat a servant leadership yang bertunjangkan suara hati akar umbi, selain tokoh ideolog, pengamal ideologi dan dokma yang fleksibel, bertolak ansur, berfikiran secara jelas dan jauh sekali daripada bersifat jumud dan totok.




Bayangkan jika dalam tempoh pemisahan 40 tahun itu (1978-2010), kekuatan bangsa dapat disatukan, kita mungkin akan menjadi berlainan pada hari ini. Adakah apa yang saya bercakap mengenai soal ini sekarang bersifat assabiyah atau ke-bangsa-an? Ia amat dibenci oleh Nik Aziz yang menolak sama sekali assabiyah yang dikatakan bertentangan dengan Islam.




Kata Nik Aziz, Pas itu Islam dan UMNO itu assabiyah. Kedua-dua tidak boleh disatukan. Nik Aziz berkata, maka itu Pas sahajalah yang Islam.




Namun, hasil tulisan Cuit minggu lalu telah menyebabkan satu demi satu pihak muncul ke hadapan untuk berkongsi gagasan tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai gagasan yang murni demi agama, bangsa dan negara.



Hanya orang yang jumud pemikirannya dan berkepentingan sahaja yang akan mengatakan tidak perlu gagasan itu diadakan. Namun, kajian politik menunjukkan perpaduan itu perlu diadakan.



Pada saat ini, sehingga ke PRU-13 ini, ia amat mustahak diwujudkan. Melihatkan kerakusan DAP dan PKR sekarang yang akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa, dicampur dengan tangan-tangan halus dari unsur-unsur luaran - maka gagasan itu amat diperlukan sekali.




Saya menggunakan istilah ‘disatukan’ kerana istilah ‘bersatu’ tidak boleh digunakan. Ia telah dicuba dulu tapi gagal. Disatukan bermakna kita semua umat Melayu Islam harus memaksa para pemimpin kita untuk bersatu.




Semalam, saya menerima satu mesej dari sahabat karib berhubung satu tulisan daripada seorang cerdik pandai dalam Pas bernama Ustaz Zaidi Hassan. Tulisannya ialah mengenai Islam dan Perjuangan Melayu. Tulisan itu lebih bersikap assabiyah dan Islam. Zaidi ialah anak murid Tok Lebai Musa iaitu ayah kepada Husam Musa - orang kanan Nik Aziz dan penyokong setia Anwar Ibrahim dan bercita-cita menjadi Menteri Besar Kelantan.




Zaidi juga pernah mengaji dengan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah, Pasir Mas. Zaidi juga menulis dalam blognya
muqabalah2009.blogspot.com dengan entri terbarunya bertajuk Kenapa Sampai Ke Situ? apabila beliau mengulas sikap Nik Aziz yang dipetik sebagai berkata, beliau sanggup meninggalkan agama Islam jika pihak lain tidak faham mengenai dasar-dasar Islam yang dilaksanakannya.



Dalam karangannya itu (Islam dan Perjuangan Melayu), Zaidi memetik perkataan Imam as-Syahid Hassan al-Banna dalam risalah Qadiyytuna, iaitu risalah terakhir yang ditulis olehnya sebelum beliau dibunuh:




‘‘Oleh kerana ini (perkembangan yang berlaku ketika ini) adalah sebahagian daripada kewajiban (ke atas kami) bagi mempertengahkan penjelasan ini untuk persepsi umum rakyat Mesir, bangsa Arab, penganut Islam dan damir insani yang sejagat sehingga tidak berlaku kesalahan dan kezaliman dalam menentukan hukuman, serta tidak berhukum hanya dengan mendengar dari satu pihak.




“Telah dikatakan orang apabila engkau didatangi oleh seorang yang berkelahi dengan matanya yang tercungkil keluar, jangan engkau memutuskan hukuman sehingga engkau melihat lawannya, mungkin kedua-dua mata lawannya itu telah dicungkil keluar.”




Daripada petikan Hassan al-Banna itu, Zaidi menulis lagi: ‘‘Begitu jugalah perkembangan yang berlaku dalam masyarakat kita mutakhir ini. Pelbagai kenyataan dikeluarkan dan dibincangkan, terdapat beberapa tindakan yang telah diambil dan terdapat pula tindak-balasnya.




‘‘Oleh itu sudah sampai masanya kita membincangkan tajuk sepenting ini dengan niat mencari keredaan Allah, mencari kebenaran dan tidak mengambil sikap berkeras walaupun berdiri tanpa sokongan nas-nas dan kemunasabahan akal yang sempurna.




‘‘Semoga perbincangan ini disejahterakan Allah daripada sekadar dijadikan agenda untuk memenuhi tujuan yang telah ditentukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, atau dijadikan peluncur dan landasan bagi mengiyakan sesuatu yang tidak berumbi-tunjangkan Islam.”




Tambah Zaidi lagi: ‘‘Oleh itu marilah kita berbincang untuk menjelaskan persepsi sebagai rakyat Malaysia, bangsa Melayu, benar dalam fahaman dan pengucupan kita ini, kita bersyukur, Alhamdulillah.




“Dan sekiranya kita salah dan tergelincir, kita mohon diampunkan Allah serta dibetulkan kesalahan dan kegelinciran kita oleh mereka yang mempunyai mata-hati. Kepada Allah kita berserah.”




Zaidi turut menulis mengenai kecintaan kepada bangsa sendiri serta dasar kefahaman; amalan Islam tentang perbezaan bangsa dan agama; serta para rasul dan bangsa mereka yang mengulas dalam al-Quran terdapat lebih daripada 50 tempat, para rasul telah menyeru ‘wahai kaumku’.




Pendek kata, isu bangsa Melayu Islam ini akan terus dicari titik nokhtahnya. Dalam masa orang Melayu bercelaru, berpecah tujuh dan semakin hilang identiti dan kuasa - semua pihak termasuk Zaidi mahu mencari jawapannya.




Harapan umat Melayu Islam, para pemimpin kita akan mengambil semula semangat dan roh ideolog Asri-Razak untuk menemukan semula titik yang hilang itu. Insya-Allah.




- Oleh Zaini Hassan, Utusan

Read more...

Nik Aziz tetap tolak, dulu kan dia dah tolak

>> 19 Julai 2010

SHAH ALAM - Pas tetap tidak akan menjalin kerjasama politik bersama UMNO walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas.

Menurutnya, apa yang diperjelaskan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah jelas bahawa UMNO dan Pas tidak mungkin akan menjalin kerjasama dan sebagai Mufti bukanlah bidang kuasa Harussani untuk mencampuri isu politik antara Pas dan UMNO.

“Sebelum ini mereka kata, Nik Abdul Aziz sedia bekerjasama dengan UMNO, sedangkan apa yang beliau maksudkan adalah berhubung kerjasama dulu hala antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Pas tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Kelmarin, Harussani menyatakan kesediaan menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas dan UMNO demi perpaduan umat Islam walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murninya itu.

Beliau berkata, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini . Bagaimanapun katanya, beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak.

Harussani menjelaskan setakat perbezaan pendapat, ia adalah rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga menegasakan kerjasama antara dua parti itu tidak akan berlaku sama sekali.

“Pas tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu Pas berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya.

Sinar Harian

--------------
"Saya adalah nahkoda kapal (PAS)", masih ingat lagi kata2 Nik Aziz ini?
Keputusan adalah di tangan Mursidul Am, bukan prasiden parti. Kepurusan 'bersama' UMNO akan menyakit-kepalakan Anwar Ibrahim.

Anwar akan menentang perpaduan antara Melayu-Islam. Bahaya jika mereka berdua ini bersatu. Hasrat Anwar untuk jadi PM boleh berkecai jika dua puak Islam ini bersatu!!

Read more...

Bagus, Husam nk hapuskan cukai, tapi cukai apa?

Husam kata (bukan Anwar kata, kalau cukai tidak di hapuskan juga anwar akan kata' Eh saya tak cakap camtu pun, berapa UMNO bayar kamu utk tanya soalan?");

Kuala Krai, 16 Julai - AJK PAS Pusat yang juga merangkap Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Husam Musa memberi jaminan bahawa jika diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 13 untuk mentadbir Malaysia, Pakatan Rakyat akan memansuhkan cukai selama 5 tahun.Jaminan dan idea ini ditawarkan oleh yb husam dalam ceramah anjuran PAS/ Pakatan Rakyat di Kuala Krai,Kelantan semalam. Ceramah Penerangan Isu semasa ini anjuran PAS Kuala Krai.

-----
CUkai apa?

Tak bergerak la kerajaan negeri kalau cukai tak di kutip, sampah penuh di tong. Gaji pekerja nk bayar dengan apa?

Rasanya, PR akan hapuskan tiga cukai iaitu;

1. Cukai beruk (Beruk Tax)














2. Cukai Rumah Urut (Dap suruh)
3. Cukai Arak (DAP Suruh)

Cukai-cukai lain akan di naikkan bertujuan untuk menanpung tiga cukai yang dihapuskan selama 5 tahun ini.

Read more...

Mustahil UMNO akan tukar

>> 18 Julai 2010


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan UMNO untuk menukar dasarnya kepada Islam. "Pada saya, kalau UMNO tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Baca Penuh

---------------

Mustahil UMNO akan gadaikan Islam seperti yang telah PAS lakukan. Dihadapan penyokong 'perkataan Islam cair di mulut' manakala di hadapan DAP 'tiada Islam dan menunduk di kaki DAP'. Pemimpin PAS menjadi 'manusia dua alam'. Islamic boleh, sekular boleh - bergantung kepada kekuatan undi yg bakal dapat. Kalau persen Melayu lebih ramai dari bangsa lain - Islamic, Kalau persen bangsa lain melebihi Melayu - Sekular. Hebat kan?

Cuba datang dengar ceramah2 PAS samada di dalam sekolah SAR atau padang2 di kampung di Kelantan, Islam adalah segalanya-Islam tu Islam ni, orang ni sekular, kapir (jarang2), tetapi apa pula kata mereka jika berada di Selangor, penang atau perak?

Setakat Haji Hadi dan Nasharuddin, Nik Aziz boleh fire. Kemudian mewakilkan diri untuk berjumpa TPM, orang kampung ingatkan mahu kukuhkan perpaduan Islam, tetapi dia pergi minta duit minyak. Hebat Tuan Guru, silap hari bulan, TPM pun dia boleh fired.

Read more...

Apa UMNO bagi?!!

>> 17 Julai 2010

Air percuma pun bising

Kenapa kerajaan tak bising juga, iaitu Bill Elektrik bawah RM 20.00 dibayar oleh kerajaan, tak kira lah siapa yang dapat. Aku antara tahun 2009 hingga sekarang, dah 5 kali tak kena bayar bill elektrik. Sekali tu RM 20.17 (Tapi kena bayar la), kalau tak, 6 kali tak kena bayar. Apa la bising dengan air free, aku kat Tumpat, Kelantan ni kepala paip tak keluar air, tak bising pun..rilek jer, xda baner2 atau poster2.

Read more...

Harga barang dah lama naik

>> 16 Julai 2010


Kat tempat saya ni, harga barang memang dah lama naik. Mungkin sebab dekat sempadan Golok, peruncit/penjual nak samakan harga dengan Siam punya.

Ni harga kerajaan 'penjual' yg naikkan harga.

Gula :
Harga Subsidi Dibenarkan; RM1.65 (Sekarang RM1.85/RM1.90)
Harga penjual : RM2.00

Minyak (RON95):
Harga di pam sekarang : RM 1.85 seliter
Harga kt kampung (botol) : RM 2.00 (Tak sampai satu liter)

Kenaikan harga barang seperti gula tidak memberi kesan yg banyak kepada isi rumah, tetapi memberikan kesan yg tinggi kepada penjual makanan. Kenaikkan gula dan gas akan membuatkan penjual makanan terpaksa menaikkan juga makanan mereka dan secara tidak lansung akan memberikan tekanan kepada pembeli.

Jika pembeli mengurangkan pembelian makanan (contohnya kuih muih) kerana harganya mahal, ini akan memberikan kesan kepada penjual. Secara tidak langsung juga, penjual terpaksa mengurangkan pembelian bahan mentah dari pemborong seperti tepong, minyak ataupun telor. Pengurangan pembelian ini boleh memberikan kesan kepada sektor perniagaan lain kerana kadar aliran tunai yang perlahan.

Apapun, inilah yang perlu kerajaan yg memerintah tanggung. Susah menjadi kerajaan kan, kerajaan buat kerja, kerajaan kena hentam.

Wassalam...

* Kt kedai kopi tadi takda yg 'tunjuk' rasa tak puas hati, mungkin sebab duit jualan padi masih banyak. Ye la kan, baru sebulan dapat duit julan..

Read more...

Video Patung Jesus Terbakar di panah petir

>> 15 Julai 2010

Read more...

Perkahwinan PAS-DAP sama macam budaya di Indon


Kahwin Pas, DAP budaya Indonesia
Oleh - Tan Melaka

Tidaklah wajar perhatian diberikan oleh orang di luar Pas, terutamanya UMNO dan juga akhbar-akhbar Melayu terhadap penolakan Penasihat DAP, Karpal Singh terhadap konsep negara Islam Pas yang merupakan ulangan pendiriannya sejak 1980an lagi.

Pendirian Karpal Singh itu tidak sahaja merupakan pendirian DAP, tetapi juga pendirian Perlembagaan Malaysia yang mencatatkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bukan Malaysia sebagai negara Islam yang memerlukan semua hukum Islam dijalankan sepenuhnya dan menolak sama sekali sekularisme.

Karpal Singh bercakap dengan bersandarkan perlembagaan dan beliau tahu apabila Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, Malaysia bukanlah negara Islam sepenuhnya, sebaliknya negara Islam sekular.

Bagaimanapun untuk menolak sama sekali Malaysia sebagai bukan negara Islam pun tidak wajar, kerana Malaysia tidak memisahkan amalan keagamaannya daripada perlembagaan seperti negara-negara sekular lain. Tidak ada negara sekular yang meluluskan udang-undang mengenai pengurusan agama Islam menerusi pengesahan Parlimen. Hal ini hanya berlaku di Malaysia.

Perkara-perkara mengenai institusi Islam dan juga pengembangan Islam, umpamanya penubuhan Universiti Islam, Tabung Haji dan sebagainya adalah dengan kelulusan Parlimen dan sokongan bukan sahaja orang Islam, tetapi juga bukan Islam.

Pendekatan Pas untuk menegakkan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam daripadanya, dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal daripada perkahwinan UMNO dengan parti-parti komponennya yang lain. Perkahwinan Pas dengan DAP adalah ibarat orang Islam berkahwin dengan orang Kristian atau agama-agama lain yang berlaku dengan bebas di Indonesia.

Jika ini sanggup dilakukan oleh Pas tanpa batasan jelas seperti UMNO, MCA dan MIC yang dari mulanya membataskan kerjasama berasaskan undang-undang mengenai hak masing-masing; maka Pas akan lebih liberal lagi, sekalipun Tok Gurunya menampakkan sikap taksub, fanatik, kolot dan dogmatik.

Kesanggupan menerima realiti politik telah pun ditunjukkan Pas, umpamanya sanggup menerima ADUN wanita di Selangor bertelanjang dan juga kerajaan Selangor tidak dapat mencegah penjualan arak di Shah Alam oleh kedai bukan Islam.

Jika Pas berkuasa pun maka undang-undang Islam sepenuhnya hanyalah akan dikenakan kepada orang Islam sahaja, yang tentunya akan dibantah orang Islam dan bukan Islam sebagai tidak adil. Karpal Singh memahami ini dan berikutan itulah beliau terus menolak penubuhan negara Islam Pas kerana tidak mungkin akan dapat dilaksanakan di negara ini.

Tujuan utama Karpl Singh mengulangi penolakannya terhadap negara Islam Pas adalah untuk mengingatkan pengikut-pengikutnya bahawa dalam keadaan apa pun DAP tidak akan tunduk kepada Pas.

Kenyataan ini perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP yang semakin goyang sekarang kerana kerenah Anwar Ibrahim dan tekanan Pas serta masalah dalaman DAP sendiri.

UMNO pula mengambil kesempatan ini untuk menangguk di air keroh, tetapi sebenarnya dengan bebuat demikian membantu memperkuatkan lagi imej Karpal dan memantapkan pengaruh DAP kepada pengikut-pengikutnya. Ini amat diperlukan oleh DAP supaya tidak terlihat ia menjadi pak turut kepada Pas, terutama setelah Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong judi bola diharamkan.

Sinar Harian

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP