.

Perkahwinan PAS-DAP sama macam budaya di Indon

>> 15 Julai 2010


Kahwin Pas, DAP budaya Indonesia
Oleh - Tan Melaka

Tidaklah wajar perhatian diberikan oleh orang di luar Pas, terutamanya UMNO dan juga akhbar-akhbar Melayu terhadap penolakan Penasihat DAP, Karpal Singh terhadap konsep negara Islam Pas yang merupakan ulangan pendiriannya sejak 1980an lagi.

Pendirian Karpal Singh itu tidak sahaja merupakan pendirian DAP, tetapi juga pendirian Perlembagaan Malaysia yang mencatatkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bukan Malaysia sebagai negara Islam yang memerlukan semua hukum Islam dijalankan sepenuhnya dan menolak sama sekali sekularisme.

Karpal Singh bercakap dengan bersandarkan perlembagaan dan beliau tahu apabila Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, Malaysia bukanlah negara Islam sepenuhnya, sebaliknya negara Islam sekular.

Bagaimanapun untuk menolak sama sekali Malaysia sebagai bukan negara Islam pun tidak wajar, kerana Malaysia tidak memisahkan amalan keagamaannya daripada perlembagaan seperti negara-negara sekular lain. Tidak ada negara sekular yang meluluskan udang-undang mengenai pengurusan agama Islam menerusi pengesahan Parlimen. Hal ini hanya berlaku di Malaysia.

Perkara-perkara mengenai institusi Islam dan juga pengembangan Islam, umpamanya penubuhan Universiti Islam, Tabung Haji dan sebagainya adalah dengan kelulusan Parlimen dan sokongan bukan sahaja orang Islam, tetapi juga bukan Islam.

Pendekatan Pas untuk menegakkan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam daripadanya, dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal daripada perkahwinan UMNO dengan parti-parti komponennya yang lain. Perkahwinan Pas dengan DAP adalah ibarat orang Islam berkahwin dengan orang Kristian atau agama-agama lain yang berlaku dengan bebas di Indonesia.

Jika ini sanggup dilakukan oleh Pas tanpa batasan jelas seperti UMNO, MCA dan MIC yang dari mulanya membataskan kerjasama berasaskan undang-undang mengenai hak masing-masing; maka Pas akan lebih liberal lagi, sekalipun Tok Gurunya menampakkan sikap taksub, fanatik, kolot dan dogmatik.

Kesanggupan menerima realiti politik telah pun ditunjukkan Pas, umpamanya sanggup menerima ADUN wanita di Selangor bertelanjang dan juga kerajaan Selangor tidak dapat mencegah penjualan arak di Shah Alam oleh kedai bukan Islam.

Jika Pas berkuasa pun maka undang-undang Islam sepenuhnya hanyalah akan dikenakan kepada orang Islam sahaja, yang tentunya akan dibantah orang Islam dan bukan Islam sebagai tidak adil. Karpal Singh memahami ini dan berikutan itulah beliau terus menolak penubuhan negara Islam Pas kerana tidak mungkin akan dapat dilaksanakan di negara ini.

Tujuan utama Karpl Singh mengulangi penolakannya terhadap negara Islam Pas adalah untuk mengingatkan pengikut-pengikutnya bahawa dalam keadaan apa pun DAP tidak akan tunduk kepada Pas.

Kenyataan ini perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP yang semakin goyang sekarang kerana kerenah Anwar Ibrahim dan tekanan Pas serta masalah dalaman DAP sendiri.

UMNO pula mengambil kesempatan ini untuk menangguk di air keroh, tetapi sebenarnya dengan bebuat demikian membantu memperkuatkan lagi imej Karpal dan memantapkan pengaruh DAP kepada pengikut-pengikutnya. Ini amat diperlukan oleh DAP supaya tidak terlihat ia menjadi pak turut kepada Pas, terutama setelah Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong judi bola diharamkan.

Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP