.

Nik Aziz tetap tolak, dulu kan dia dah tolak

>> 19 Julai 2010

SHAH ALAM - Pas tetap tidak akan menjalin kerjasama politik bersama UMNO walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas.

Menurutnya, apa yang diperjelaskan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah jelas bahawa UMNO dan Pas tidak mungkin akan menjalin kerjasama dan sebagai Mufti bukanlah bidang kuasa Harussani untuk mencampuri isu politik antara Pas dan UMNO.

“Sebelum ini mereka kata, Nik Abdul Aziz sedia bekerjasama dengan UMNO, sedangkan apa yang beliau maksudkan adalah berhubung kerjasama dulu hala antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Pas tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Kelmarin, Harussani menyatakan kesediaan menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas dan UMNO demi perpaduan umat Islam walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murninya itu.

Beliau berkata, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini . Bagaimanapun katanya, beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak.

Harussani menjelaskan setakat perbezaan pendapat, ia adalah rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga menegasakan kerjasama antara dua parti itu tidak akan berlaku sama sekali.

“Pas tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu Pas berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya.

Sinar Harian

--------------
"Saya adalah nahkoda kapal (PAS)", masih ingat lagi kata2 Nik Aziz ini?
Keputusan adalah di tangan Mursidul Am, bukan prasiden parti. Kepurusan 'bersama' UMNO akan menyakit-kepalakan Anwar Ibrahim.

Anwar akan menentang perpaduan antara Melayu-Islam. Bahaya jika mereka berdua ini bersatu. Hasrat Anwar untuk jadi PM boleh berkecai jika dua puak Islam ini bersatu!!

1 ulasan:

YANG GAMBI 19 Julai 2010 pada 10:11 PTG  

Nik Ajis kata UMNO menolak Islam, maka perlu dihindarkan.... Karpal Singh kata, 'langkah mayat saya dulu' boleh dimaafkan...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP