.

Nik Aziz ajar bencikan BN pula

>> 09 Julai 2010

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan menanam sikap kebencian terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan ke semua tempat di negeri ini.

“Di dunia saya kempen habis-habisan memburuk-burukkan menteri yang khianat kepada rakyat Kelantan yang tidak beri royalti petroleum, ini kerja fasiq dan maksiat merampas harta orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Armalah Darul Naim Kelantan, di sini semalam.

Sinar Harian

Wah..lepas doa pecah tu pecah ni, langkah panjang dia suruh atau ajar membenci pula. Lepas ni berpecah la ummat Muhammad ni.

Dia lupa satu je.. Wang Ihsan atau Royalti, kedua-duanya sampai kepada rakyat kelantan. Ada rakyat kelantan kisah perihal ni? Kecuali penyokong tegar Nik Aziz. Silap hari, wang rakyat boleh jatuh ke tangan awe Menantu atau anak beranak, rekod sebelum ini pernah membuktikan!

2 ulasan:

Irkaz 9 Julai 2010 6:08 PTG  

wang ihsan akan dibahagi kepada murid tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah. Manakala tingkatan 6 juga dapat RM 200 seorang, had 2 orang dari satu isirumah yang sama.Wang ihsan akan sampai kepada rakyat.Kalau royalti sampai kerajaan PAS kelantan. Saya yakin rakyat akan pilih wang ihsan. Rakyat akan sokong UMNO / BN PRU ke13 nanti

UNIT HAL EHWAL MURID 2010 9 Julai 2010 6:16 PTG  

Nik aziz ajar benci BN. Tapi rakyat kelate benci PAS sebab bekerjasama dengan DAP. Lihat PRK di Manik Urai, perut pas hampir terburai.Ini penanda arasnya.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP