.

Semuanya pandangan peribadi, parti xda fungsi

>> 01 Julai 2010

SHAH ALAM – Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataannya bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuasa di Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah ‘jeneral’ beliau sahaja.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Khalid adalah pandangan peribadi dan tidak menjejaskan mana-mana pihak termasuk hubungan Pas dengan parti komponen PR.

“Saya tidak fikir (kenyataan) itu ganggu hubungan PR, itu hanya pandangan peribadi sahaja, tiada masalah dalam kenyataan tersebut.

“Mungkin beliau anggap Anwar sebagai penasihat PKR, oleh yang demikian kenyataan seperti ini dikeluarkan dan ia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Khalid di sebuah akhbar berhubung isu pelantikan Naib Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Sinar

Nik Aziz juga sama..blh baca sini

1 ulasan:

Media Cyber 1 Julai 2010 2:44 PTG  

nizar masa jadi mb perak kata dlm dun perak dgn jelas dlm mana2 perlembagaan pas atau apa2 kenyataan, tak dak tulih yg pas akan tubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.so aku rasa karpal cakap betui, nik aziz dok kelentong ahli2 pas yg bodoh.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP