.

Ahli PAS Harus Memilih: Tok Guru atau Mustafa Ali

>> 09 Oktober 2008

Nampaknya ia sudah sampai ke persimpangan ini. Keseluruhan ahli PAS yang berjumlah 1 juta orang terpaksa memilih satu antara dua: memilih jalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau memilih jalan Mustafa Ali. Tidak ada jalan tengah, tidak ada ruang bebas, tidak ada berkecuali.

Perbezaan Jalan Mustafa Ali Berbanding Dengan Jalan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru mahu supaya PAS mengikut dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini bermakna PAS harus bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pusat. Ia juga bermakna keseluruhan ahli parlimen PAS harus bersama Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan tersebut.

Sebab musabab yang diberikan adalah:

a. Ianya adalah keputusan Muktamar PAS Pusat di Ipoh baru-baru ini
b. PAS telah komited dalam Pakatan Rakyat sejak mula
c. UMNO pernah menikam PAS dari belakang, dan masuk BN semula akan mendedahkan PAS kepada pengkhianatan semula
d. PAS komited dengan agenda "Negara Kebajikan". Tidak mungkin PAS akan mampu untuk melaksanakan agenda tersebut di dalam BN
e. Kedudukan ISlam dan Melayu terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia bererti risiko tersebut hampir tiada
f. PAS akan mendapat kebebasan yang lebih besar di bawah kerajaan PR untuk menyebarkan Islam.

Mustafa Ali mahu PAS keluar Pakatan Rakyat dan masuk BN sekaligus menguatkan kedudukan Pak Lah dalam kerajaan.

Alasan yang diberikan adalah:

a. Anwar agen Yahudi dan Agen Amerika
b. DAP anti Islam dan cuba untuk menhapuskan azan sebagai contoh di Selangor.
c. Kerajaan baru PR ini tidak menjamin kedudukan Islam dan Melayu.
d. Kerajaan PR tidak mahu melaksanakan Islam. Kerajaan BN akan melaksanakan Islam (???)
e. PAS akan dikhianati oleh Anwar. PAS tidak akan dikhianati BN.
f. Ada bukti Anwar Ibrahim melakukan liwat(antara alasan awal2 dahulu yang dipakai dan agak efektif juga)

(Nota: Setakat ini, hujjah Mustafa Ali ini tiada bukti. Hanya sekadar mainan di bibir sahaja).

Mengapa Pilihan Ini Sugguh Sukar Kepada Ahli PAS?

Mudah sahaja jawapannya. Mustafa Ali berjaya mendapat sokongan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Malahan, isu ini menjadi sangat sukar kerana sokongan Tuan Guru Presiden. Sekiranya Tuan Guru Presiden tidak menyokong Mustafa Ali, saya jamin 100% perkara ini tidak akan kontroversi langsung.

Saya secara pribadi, sekiranya diizinkan Allah, akan pergi ke Kaabah dan berdoa untuk Tuan Guru Presiden semoga hatinya dibuka oleh Allah SWT untuk menilai mana yang benar dan mana yang tipu semata-mata.

Senarai Penyokong Setakat Ini

Penyokong-penyokong Mustafa Ali boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Presiden dan Timbalan Presiden (Nota: Timbalan Presiden ni memang sejak dahulu lagi menjadi kuda beban kepada Mustafa Ali. Nampaknya beliau masih tidak mampu pecah dari kepompong tersebut walaupun telah menjadi Timbalan Presiden. Dia tidak tahu yang semasa beliau mencabar Ustaz Hasan Shukri dahulu, Mustafa Ali tidak bersetuju beliau menjadi calon Timbalan Presiden)

b. PAS Terengganu yang dipimpin oleh beliau. Termasuk yang menyokong beliau adalah musuh tradisi beliau Ustaz Harun Taib

c. Ustaz Halim Abdul Rahman, kalau dari Kelantan

d. Rata-rata golongan veteran dan golongan yang dipanggil "matahari jatuh" kerana mereka hampir tiada masa depan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang baru ini.

e. Pada mulanya, sebahagian besar ahli Dewan Ulama dan Majlis Syura. Tapi, sekarang ini keadaan ini sudah berubah.

Penyokong Tok Guru pula, tak perlulah saya terangkan siapa dia kerana semua sudah maklum. Ada blog "bodoh" panggil penyokong Tok Guru ini "kumpulan Erdogan". Kalau macam tu, kumpulan Mustafa Ali ini kita panggil pula kumpulan Erbakan.

Dengan kata lain, ini adalah pertembungan antara kumpulan "menang"(Erdogan) lawan kumpulan "Erbakan" (kalah). PAtulah kumpulan kalah ni nak sangat PAS masuk BN.

Perpecahan yang Tidak Dapat Dielakkan

Nampak gayanya perpecahan ini tidak dapat dielakkan. Ianya ibarat sewaktu zaman Saidina Ali berhadapan dengan Muawiyah bin Abu Suffian serta Saidatina Aishah. DI kala itu, semua sahabat terpaksa membuat pilihan. Samada menyebelahi Saidina Ali ataupun Muawiyyah atau Aishah. Tidak ada jalan tengah.

Sewaktu PAS masuk BN dahulu pun, ada sekelompok ahli PAS yang bertawaqquf (yang dipimpin oleh Pak Yazid). Tapi, sekarang ini nampaknya perpecahan ini akan lebih teruk lagi.

Maklumat yang saya dapat ialah ahli-ahli Parlimen PAS yang condong kepada Mustafa Ali telah berkata bahawa mereka akan lompat ke Barisan Nasional sekiranya kerajaan Pakatan yang baru ini terbentuk. Ini bermakna perpecahan dalam PAS ini tidak dapat dielakkan lagi.

Harapan Terakhir Mengelakkan Perpecahan

Tiada jalan lain, kecuali keseluruhan ahli PAS mengambil sikap teguh di belakang Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sekiranya ini berlaku, maka puak2 fraksi UMNO ini akan menjadi minoriti dan mereka kemudiannya terpaksa bertawaqquf sekaligus mengelakkan perpecahan di dalam PAS.

Saya berdoa semoga perpecahan dalam PAS ini dapat dielakkan.

PS : Bagi saya..suara hati Datuk Pa adalah senada dengan TG Haji Hadi. Datuk Pa membuka aib kepada plan 916 (mimpi anwar) yang tak menjadi (memang tak menjadi pun). Tapi kenapa TG Nik Aziz menyangkal Datuk Pa.. 'Syumul' ke Bang Nuar tu sampai Plan dia tak boleh di sanggah?

PS : Mungkin Datuk Pa sudah nampak yang mana lebih 'baik' untuk dijadikan 'sahabat sepemerintahan'. Antara kerajaan BN dengan kerajaan langit Anwar.. Datuk Pa sudah dapat agak yang kerajaan BN adalah lebih baik. Jika ada dua kelompok pemerintah yang jahat, pilih sahaja yang sedikit jahatnya. Mungkin ini yang Datuk Pa fikirkan. Datuk Pa pun tahu, Anwar juga dari kerajaan BN (bekas)
Dari : http://www.malaysiawaves.com/2008/09/ahli-pas-harus-memilih-tok-guru-atau.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP