Minda Pengarang: Pak Lah berkorban untuk parti, negara
>> 09 Oktober 2008
Minda Pengarang: Pak Lah berkorban untuk parti, negara
Artikal daripada Berita harian.
KINI sudah sah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno Mac depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada tempoh yang sama. Ini bermakna peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, diawalkan setahun. Pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang semalam itu, mengakhiri teka-teki sejak sebelum Aidilfitri apabila beliau sendiri pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno akhir bulan lalu, menyatakan akan membuat pengumuman berkenaan sebelum mesyuarat perwakilan bahagian bermula. Dengan itu, Najib dijangka dicalonkan untuk mengambil alih kepemimpinan parti dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, tetapi terlebih dulu terpaksa melalui proses penamaan dan seterusnya pemilihan pada perhimpunan agung parti tahun depan. Begitu juga bagi jawatan Timbalan Presiden yang akan dikosongkan Najib dan dijangka menyaksikan persaingan sengit. Oleh itu, mesyuarat peringkat bahagian yang bermula esok secara berperingkat selama sebulan akan menyaksikan siapa yang dicalonkan dan untuk jawatan apa. Setakat ini, beberapa tokoh sudah menawarkan diri terutama bagi jawatan nombor dua dalam parti.
Bagaimanapun, keputusan yang dibuat Abdullah semalam selepas terlebih dulu memberi taklimat kepada semua pemimpin kanan 13 parti komponen BN, adalah satu pengorbanan besar untuk parti dan negara. Bukan mudah bagi seseorang Perdana Menteri untuk membuat keputusan mengundurkan diri, apatah lagi sehingga pada saat terakhir Abdullah membuat pengumuman itu, sebahagian penyokongnya di lobi bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat berlangsung mesyuarat BN, masih mahu beliau mempertahankan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Tetapi, Abdullah tidak berganjak dengan pendiriannya dan inilah contoh pemimpin yang peka dengan kehendak akar umbi dan rakyat keseluruhannya. Kita berharap dalam tempoh lima bulan akan datang sebelum mengundur diri daripada jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri, rakyat memberi sokongan penuh kepada Abdullah yang berjanji akan terus memenuhi segala janjinya sebelum ini untuk melakukan pembaharuan dalam sistem kehakiman negara dan memerangi rasuah hingga ke akar umbi. Niat murni Abdullah ini perlu dihormati dan dihargai kerana meskipun akan mengundur diri menjelang Mac depan, beliau masih berusaha menjalankan tugas serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh itu, kita berharap tidak ada pihak yang memperlekehkan keazaman Abdullah itu atau memandang serong niat sucinya dengan melemparkan pelbagai tuduhan atau dakwaan yang berbentuk khabar angin semata-mata. Dalam keadaan sekarang, kita juga berharap pihak berkuasa memantau komentar dalam media massa, termasuk blog yang sesetengahnya boleh memudaratkan lagi keadaan politik dan ekonomi negara dengan pelbagai andaian berkisar kepada peralihan kuasa dalam Umno, terutama yang bersifat hasutan.

0 ulasan:
Catat Ulasan