.

Mimpi untuk bertukar kerajaan sudah berakhir

>> 26 Oktober 2008


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Sumber berita : mStar Online 23/10/08

—————————————————————————–

Apa sudah jadi DS Anwar?

Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.

Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..

Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.

Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..

Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?

-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.


Dari : cekka

4 ulasan:

Pemerhati Dunia 26 Oktober 2008 pada 8:37 PTG  

Anwar tu gilo sudoh...

lolongansejati.blogspot.com

Cheguman 27 Oktober 2008 pada 11:46 PG  

Anwar boleh menjadi pembangkang yg berkualiti jika beliau mahu. Rakyat sudah lama matang dan mampu menilai jasa dan pengorbanan pemimpin.

Sedangkan Samsiah Fakeh lagikan dikenang orang...

Kehidupan bukan sekadar mengejar matlamat lantaran proses kehidupanlah yg dicatat malaikat saban waktu.

Unknown 27 Oktober 2008 pada 2:44 PTG  

saya dan keluarga tak nak tunggu apa-apa. Baik pemimpin PR atau UMNO sama-sama ckap merapu.

Tanpa Nama,  27 Oktober 2008 pada 5:26 PTG  

salam..
biaq pi kat dia la nak kata apa pun.dia kan pembangkang.apa yg kerajaan buat dia mesti bangkang punya.kalau tak bangkang,org tak suka kat dia..

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP