.

YB Zul berhujjah - Anwar kelu akhirnya

>> 26 Oktober 2008

Di Copy Paste dari : melikapakjangak.blogspot.com

KELANTANGAN Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifl Nordin (PKR/PR) berhujjah di parlimen sebagaimana yang tersiar di kaca tv barangali menjadikan banyak pihak, terutama kalangan pimpinan, ahli dan pimpinan PKR/PR tersentak, tersendat dan terkilan yang teramat sangat.


Tetapi kepada saya itu adalah ketulenan suara dan perjuangan seorang hamba-Nya bernama Zulkifli Nordin dan beliau adalah antara bilangan paling kecil umat Nabi Muhammad s.a.w. tetapi yang terpilih untuk tulus dalam mengutarakan pandangannya tanpa mengambil kira akan rosak peluang kepetingan peribadi.

Saya yakin beliau boleh berhujjah dan dan bercakap sebegitu kerana beliau berada dalam PKR/PR secara langsung atas nama antara wakil rakyat PKR/PR.

Beliau tidak akan bercakap sebegitu kalau tidak berada pada kedudukannya sekarang atau sekadar menjadi pimpinan, ahli dan penyokong PKR/PR yang umpama memiliki sekeping gambar dalam cermin: boleh ditatap tetapi tidak boleh dijamah.

YB Zulkifli Nordin kini berada dalam keadaan umpama turut sama berada bersama gambar dalam cermin yang mana beliau bukan sahaja boleh tatap tetapi juga boleh menjamah gambar dalam cermin.

Kes beliau samalah juga seperti saya yang sejak tahun 1970-an lagi mengkagumi Pas walaupun saya bukan seorang aktivis. Juga bagaimana saya mengkagumi Kerajaan Membangun Bersama Islam di Kelantan sejak penghujung tahun 1990 hinggalah ke tahun pertama (1988) saya diminta bertugas di sebuah komponen Kerajaan Membangun Bersama Islam di Kelantan.

Pada mulanya saya merasa cukup bangga kerana dijemput memberi khidmatan walaupun imbuhannya telah menyebabkan saya terpaksa banyak berpuasa di luar bulan Ramadhan tetapi tetap redha dan bangga kerana merasakan bahawa Allah telah mentakdirkan saya terkumpulan dalam kumpulan bakal ahli syurga, smata-mata ditakdirkan bertugas pada salah satu cabang Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Perkara pertama yang memeranjatkan saya sebagai antara kaktangan kepada komponen Kerajaan Membangun Bersama Islam apabila mendapati di kalangan kakitangan yang ada di tempat saya dijemput memberi khidmat itu, tidak sampai pun lima orang yang boleh baca jawi, termasuk yang berlagak lebih lebai dan semangat keislamannya lebh tebal dari imam Masjid Mekah. Saya mula terfikir kalau buta jawi, mana mungkin boleh celik al-Quran dengan erti kata sebenar.

Kerana itulah apabila masuk tahun kedua saya berkhidmat, saya tidak dapat untuk terus menipu diri sendiri supaya terus bersetuju dengan apa yang berlaku. Kebetulannya pula walaupun saya tidak mengaji sampai ke Mesir tetapi saya belajar di sekolah Arab dan terdedah kepada bacaan kitab di madrasah depan rumah tokcik saya sejak sebelum saya mumayyit lagi.

Antara yang sentiasa saya ingati ialah pesanan ustaz saya bahawa saya dan anak-anak muridnya diminta supaya jangan terperangkap dengan sesuatu kumpulan yang nampak sedang melakukan perbuatan ahli syurga sedangkan apa yang dilakukan sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka dan sebaliknya. Ustaz saya itu orang Pas.

Dia mahukan al-Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak pada bila-bila masa dan dalam semua keadaan. Jangan angguk kalau apa yang dikatakan oleh seseorang yang kita nampak dia alim kerana serban, janggut dan jubahnya kalau apa yang dikatakannya didapati tidak selari dengan Islam tulen, kalau didapati bercanggah dengan al-Quran dan Hadis.

Katanya kita kena ingat, syaitan dan iblis akan turut muncul dalam bentuk orang alim untuk menjalankan tugas menyesatkan anak cucu Adam, malah syaitan dan iblis juga akan mengambil kesempatan untuk memanipulasi sesiapa sahaja termasuk orang alim dan pejuang Islam untuk tujuan menyesatkan umat manusia.

Kerana itu bermula dari tahun kedua sehingga ke tahun kelapan (2005) saya banyak membuat teguran terhadap Kerajaan Membangun Bersama Islam, malah ekoran dari kelantangan saya membuat teguran menggunakan majalah terbitan saya (saya tidak gunakan saluran media tempat saya bekerja dan saya menjadi penerbit majalah dan buku sebelum diminta bertugas dengan komponen Kerajaan Membangun Bersama Islam selepas berhenti sebagai Ketua Biro Harian Watan di Kelantan) saya pernah dipanggil oleh seorang anggota exco bagi menegur tindakk tanduk saya.

Kepada exco berkenaan saya tegaskan bahawa selepas Nabi Muhammad s.a.w. sudah tidak ada lagi nabi dan rasul. Maknanya tidak ada lagi hamba-Nya yang maksum selepas Nabi Muhammad s.a.w. Kerana itulah dalam 6,236 keseluruhan ayat al-Quran yang mngandungi 114 surah, 30 juzuk dan sekitar 1.2 juta huruf, diturunkan Surah Al-Asyr yang menuntut umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya saling tegur menegur agar mereka tidak akan berada dalam kerugian.

Exco berkenaan marah, malah merasa kedudukannya sebagai pengerusi kepada komponen kerajaan tempat saya bertugas boleh menjejaskan kedudukannya kerana antara tulisan dalam majalah yang saya terbitkan, saya adalah menulis tentang Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar buat silap bila gabungan Ustaz Halim-Cikgu Rahim-Ustaz Fatah dilucutkan dari memegang jawatan Dalam Badan Perhubungan Pas Kelantan.

Exco berkenaan mahu saya meminta maaf. Kononnya kalau setakat bantai dia sndiri boleh tahan lagi, tetapi bila anggap Tok Guru buat silap kira satu kesalahan yang amat besar kerana peribadi Tok Guru itu sendiri tidak layak untuk saya sekadar mengaji setakat 4 thanawi menganggapnya buat silap.

Saya tegaskan bahawa saya tidak akan minta maaf kerana apa yang saya lakukan adalah sejajar dengan isi kandungan Surah Al-Asyr, malah saya tegaskan kalau kerana teguran saya itu Kerajaan Membangun Bersama Islam mahukan saya berhenti, maka saya akan berhenti on the spot.

Saya juga tegaskan kepadanya To Guru sendiri pasti tidak pernah anggap dirinya betul belaka, dia perlu juga dperingatkan, malah kena ditegur kalau dia lakukan kesilapan. Jarang orang boleh nampak kesilapan sendiri, tidak terkecuali saya. Kerana itu saya cukup terbuka, boleh diterima walaupun ada wakil rakyat yang labelkan saya sebagai 'biudak sakit otak' dan 'Meli Saiko'.

Soalnya siapa yang berani menegur secara berdepan dengan Tok Guru, terutama atas sifatnya sebagai orang tua, MB dan orang 'sakan ilmu' serta bijak mematahkan hujjah.

Saya sndiri tidak akan mampu untuk berhujjah dengan To Guru kerana saya tidak ada kemampuan berhujjah secara lisan. Saya akan tegur Tok Guru melalui tulisan dan terpulang kepada To Guru untuk terima atau tidak.

Malah saya tegaskan kalau dirasakan saya tak betul, Tok Guru dari segi peraturannya boleh panggil saya dan betulkan apa yang tak betul. Manakala saya tidak ada sebarang peraturan untuk membolehkan saya berjumpa beliau dengan mudah kerana sebagai MB beliau dikelilingi oleh peraturan.

Ekoran dari keterbukaan tulisan-tulisan saya termasuk di plbagai media cetaj, saya menerima banyak info-info tentang cakap tidak serupa bikin Kerajaan Membangun Bersama Islam, tentang apa yang Tok Guru cakap dan harapkan tidak sama dengan apa yang berlaku.

Sebelum tulis sdesuatu ekoran dari apa yang diinfokan, saya pastikan dulu kesahihan info-info yang diterima. Selama lapan tahun dengan Kerajaan Membangun Bersama Islam, saya menjadi banyak tahu tentang apa yang ketua-ketua cawangan atau penyokong-penyokong yang tidak pernah berada dalam gelup Kerajaan Membangun Bersama Islam seperti saya tahu menjadi mereka taksub dan jumud.

Kalau saya tidak dijemput masuk menganggotai komponen Kerajaan Membangun Bersama Islam selama lapan tahun, mungkin sampai sekarang pun saya akan masih kagumi Kerajaan Membangun Bersama Islam dan Pas walaupun saya bukan orang parti politik, saya juga akan ikut sama taksub dan jumud buta.

Dengan pengalaman lapan tahun bersama Kerajaan Membangun Bersama Islam, maka bila pimpinan Pas atau Kerajaan Membangun Bersama Islam serta Pakatan Rakyat yang mana Pas turut berada di dalamnya berkata sesuatu, ketika orang lain sudah angguk lebih 10 kali, saya belum tentu angguk lagi, walaupun cuma sekali.

Demikian halnya dengan Zulkifli Nordin, beliau tidak akan jadi macam dia jadi sekarang kalau beliau tidak jadi wakil rakyat PKR/PR kerana dengan kedudukannya sekarang menjadikan dia lebih tahu tentang hal ehwal dalam PKR/PR berbanding dengan mereka yang hanya menjadi pnyokong dan melihat PKR/PR umpama melihat gambar dalam cermin.

Mungkin kepada mereka yang tidak tahu, juga kepada mereka yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam PKR/PR tetapi sengaja buat-buat tidak tahun demi periuk nasi dan kepentingan-kepentingan lain, tindak tanduk Zulkifli dianggap umpama diberi bunga kepada beruk. Tetapi mesti disedari dan diterima hakikat bahawa yang benar tahu kenapa Zulkifli boleh bertindak-tanduk sedemikan hanya Zulkifli yang tahu dan Allah Yang Maha Tahu.

Demi kebenaran, saya yakin Zulkifli akan menjadi antara hamba-Nya yang beruntung jika beliau bersedia dibenci oleh sekalian makhluk asalkan beliau disayangi oleh Allah dan Rasul-Nya ekoran tindak tanduknya, biar makhluk nampak dan anggap busuk asalkan dia wangi di sisi Allah dan Rasul-Nya.

Penilaian dan penghakiman sesama makhluk tidak akan seadil dan sesaksama penilaian dan penghakiman Allah. Justeru itu dalam apa pun tindak tanduknya, Zulkifli kena pastikan tidak ada kerana lain selain dari kerana Allah supaya nanti kalau pun beliau dibenci ianya dibenci kerana Allah, kalau dijulang pun ia dijulang kerana Allah.

Apa pun yang kita manusia lakukan tidak akan bermakna apa-apa kalau bukan kerana Allah dan Rasul-Nya. Secara tulus saya yang sebelum ini tidak mengkagumi Zulkifli, pada kali memperakukan bahawa saya mula mengkagumi beliau. Mudah-mudahan kekaguman saya mendatangkan pahala, bukannya dosa!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP