.

Bangsa Lain Nak Jadi PM?

>> 11 November 2008

Diambil dari bisik2 awang selamat dalam akhbar yang di baikot oleh PR. Tapi hairan, kenapa kerajaan tak pula ambil jalan untuk membaikot akhbar pro PKR seperti Harakah, Suara Keadilan dsb.

----------------------

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

apabila Barack Obama memenangi pemilihan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, beberapa pemimpin politik bukan Melayu ghairah mengaitkannya dengan politik Malaysia.

Ada pemimpin pembangkang yang mahukan bukan Melayu di negara ini menjadi Perdana Menteri.

Awang turut mengulas isu tersebut baru-baru ini dengan meminta semua pihak memahami realiti politik, perlembagaan dan sejarah negara.

Terlalu banyak realiti yang tersurat dan tersirat. Dalam kes Obama sendiri, ibunya adalah seorang kulit putih, warga asal AS. Beliau juga beragama Kristian iaitu agama teras Amerika.

Di AS yang telah merdeka 232 tahun, rakyatnya termasuk pendatang hanya menggunakan satu bahasa dan aliran pendidikan tetapi di Malaysia amat berbeza. Malah di sini, parti-parti politik bukan Melayu masih dibelenggu politik perkauman.

Kelmarin, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina. Maka apa bezanya antara realiti politik di Singapura dan di Malaysia?

Sebab itu, Awang lega dengan kenyataan Hsien Loong kerana ia dengan sendiri ‘menjawab’ isu yang dimainkan oleh pemimpin bukan Melayu di negara ini.

Awang – Di mana bumi dipijak...


Mungkin ramai yang lupa bahawa, untuk menjadi presiden US..seseorang itu kena PRO-Israel. Obama telah melantik orang2 Yahudi dalam hal menasihatinya.

Ada kemungkinan dunia Islam akan terus dipergunakan..

Minta dijauhkan..

2 ulasan:

Pok Nik Klate 13 November 2008 pada 2:33 PTG  

Nampaknya Tee Kiat menjadi bodoh barang seminggu lepas bilamana membuat perbandingan antara kejayaan Obama di US dgn perlantikan Cina mengetuai PKNS.Jgn bandingkan epal dgn buah rambutan. Epal tetap epal dan rambutan tetap rambutan. Obama tu memang ugama Kristian, satu bahasa di US dan dia pun tidaklah 100% african-american. US dah merdeka 220 tahun wahai Tee Keat!!!Jadi menteri mestilah cerdik jangan sampai budak tadika pun tahu membezakannya.

Bukan Melayu menjadi PM di Malaysia? Ambo setuju sangat dgn jawapan PM Spura tsb. Jawapan tu boleh diguna terus kepada mana soalan yang mempersoalkan mengapa kaum lain(selain melayu) tak boleh jadi PM? Jadi kaum lain ..berhentilah bermimpi untuk jadi PM Malaysia pada masa sekarang.

Kalau nak jadi pun mungkin selepas Malaysia dah merdeka 200 tahun. Itu pun kaum lain mestilah ada kacukan Melayu dan berugama Islam. Mungkin Lim Kit Siang buleh peluk Islam sekarang dan cucu-cicit-ciat dia nanti boleh jadi PM Malaysia.

Wallahualam

Cheguman 16 November 2008 pada 2:51 PG  

Apapun, kita tak boleh berharap pada org lain. Terutamanya Amerika.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP