.

Tersungkur akhirnya 'Patung' Anwar

>> 06 November 2008



Gambar : Satu persatu 'jatuhnya' patung anwar


Pada ahad 2 nov, pihak kita telahpun menurunkan replika DSAI yang mencetuskan kontroversi di kalangan puak-puak UMNO/BN. Walaupun permit hanya akan berakhir pada 4nov tetapi kita ambil keputusan untuk menurunkannya awal kerana 4 nov waktu kerja.

Gambar : Antara saat-saat 'kejatuhan'

Bukan bermakna kita tewas dengan desakan UMNO/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai iaitu untuk tujuan penghargaan kepada masyarakat DUN Batu Caves sempena Hari Raya dan Deepavali.

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008. - adun

sumber - skuaddunbatucaves.blogspot.com

--------------------

PS : Alhamdullilah.. akhirnya tersungkur juga patung anwar, jangan kita terlalu mendewa-dewakan seseorang seperti kata Mufti Perlis.. tapi kenapa mufti perlis di hina sedemikian (dikatakan kebudak-budakan). Sudah hilang akal ke pengikut-pengikut anwar ni? Siapa 'Ulama' baru PKR yang sejahilnya tidak patut berkata sedemikian kepada Mufti? Adakah Ulama' Tian Chua?

Sedangkan PAS menghormati Mufti Perlis itu, yang mana beliau bercakap tanpa berselindung.. berani mengeluarkan kenyataan kepada Pemerintah atau Pembangkang.. adakah kerana Mufti tidak menyokong PKR dengan kenyataan itu, dia boleh di anggap sebagai 'kebudak2an'..

Yang peliknya..kenapa perlu diturunkan selepas Hari Raya & kemudiannya hari Depavali? Selalunya 'patung' di hiaskan (atau dibuat) untuk tujuan perayaan. Mungkin patung anwar ini ada tujuan sempena perayaan ini gamaknya.

Ambo mengharapkan agar ahli2 PAS tidak terikut dengan kejahilan puak2 PKR ini.. Janganlah kita terikut2 dengan cara mereka.. TG Haji Hadi & TG Nik Abdul Aziz tetap 'femes' walaupon tanpa benda2 tahyul macam tu..

PSS : Tapi kenapa orang2 PAS sudah banyak bercakap pasal anwar dari kedua2 TG kita ini? Adakah di tempat ceramah TGNAA setiap pagi Jumaat, pengikut2 PAS bercakap pasal anwar? Minta dijauhkan..

3 ulasan:

taipingmali 6 November 2008 pada 11:39 PTG  

Elok jika patung tu di racik kecil-kecil. bungkus dengan kain biru dan bagi pada semua ahli Pakatan Rakyat buat ubat atau tangkai cacing.

mrf 9 November 2008 pada 5:47 PG  

dsai sekarang merupakan dewa baru yang baru yang turun dari kayangan mengikut kepercayaan agama hindu..

sebagai rakyat malaysia yang menghormati agama lain, janganlah kita mempertikaikan kepercayaan agama orang lain.

selepas ini akan terukirlah patung anwar dalam bentuk simen atau batu dikuil-kuil hindu seluruh malaysia.

dan ayah pin pasti orang yang paling mencemburui anwar kerana walaupun ayah pin turut disegani oleh penganut-penganut hindu tetapi wajahnya tidak diabadikan sebagai patung-patung kuil

PasMuda 10 November 2008 pada 12:32 PTG  

PKR ni amal mazhab mana agaknya yg mengatakan buat replika tu tak salah. Blh pulak dikutuknya mufti yg menegur perbuatan salah mereka tu. Tp ustaz dia yg suka mendoakan musibah utk org lain tu diorg sanjung sgt. Malangnya benda mcm ni dtg drp org Melayu yg sepatutnya beragama Islam...

Mgkn diorg tolak ajaran Islam yg tak selari dgn kehendak parti dia. Islam tak blh diambil sekerat2 je, PKR oiii...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP