.

Jangan Menfitnah Angkasawan Negara

>> 10 November 2008


Prasangka dan irihati hati punca Angkasawan Negara difitnah



JAHIL tentang bahaya dan dosa besar fitnah menjadi ada pihak yang sanggup menabur fitnah berdasar prasangka, irihati, busuk mulut dan busuk perut melihat kejayaan orang lain. Antara yang menjadi mangsa adalah Angkawan Negara, Datuk Dr Muszaphar Shukur Sheikh Mustapha.
Angkawasan Negara itu difitnah mengumpul pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu dan jumlah itu dipercayai didasarkan kepada andaian dari perolehan untuk satu siri ceramah yang dikatakan dituntut bayaran RM8,000 untuk satu jam.
Empunya diri menafikannya dan menganggap tuduhan itu amat keterlaluan dan menjejaskan nama baik. Lagi dari segi lojiknya, mana ada sekolah yang mampu menyediakan bayaran sehingga RM8,000 untuk siri satu ceramah.
Sheikh Muszaphar dan seorang lagi Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sehingga Disember tahun ini. Kontrak itu secara spesifik menyatakan kedua-duanya tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah dan program motovasi.
Menteri di kementerian berkenaan, Datuk Dr Maximus Ongkili sendiri mengakui tidak ada aduan secara rasmi bahawa Sheikh Muszaphar meminta bayaran daripada pihak-pihak yang mahu beliau membrikan ceramah atau program motivasi.
Macam mana ada pihak lain boleh menjadi lebih tahu dari pihak yang sepatutnya tahu tentang Sheikh Muszaphar yang telah mengharumkan nama negara kerana berjaya ke angasa lepas dan apa faedah yang pembuat fitnah dapat selain dari dosa kering.
Orang yang beriman, apatah lagi yang bertaqwa tidak akan sanggup berdosa kering kerana membuat fitnah, buat dosa kerana berperasangka buruk, irihati, berperut dan bermulut busuk.
Kalau pun barangkali kehidupan Sheikh Muszaphar lebih mewah dari sebelumnya, kelebihannya itu adalah wajar kerana untuk itu beliau terpaksa bergadai nyawa ke angkasa lepas dan ianya tidak patut didengki, apatah lagi difitnah, sebalik pihak yang irihati patut memasang angan-angan dan berusaha untuk mencipta rekod yang lebih baik, seperti berazam untuk ke matahari atau sebagainya.
Demi untuk membersihkan nama Sheikh Muszaphar, pihak yang pernah menerima khidmat ceramah dan motivasi beliau patut tampil membuat kenyataan bagi menolak fitnah terhadap Angkawasan Negara.

Dari : melikapakjangak.blogspot

4 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' 10 November 2008 pada 4:14 PTG  

http://pkrpasdap.blogspot.com

rezeki manusia mana sama. tak kan pendapatan angkasawan setanding gaji OT operator pengeluaran taraf SPM baru dikira adil

PasMuda 10 November 2008 pada 4:43 PTG  

Dr SMS difitnah sbb dia tak sokong PR agaknya. Artis nyanyi 2-3 lagu dpt RM10ribu, tak ada pulak org yg nak komplen...

Admin 10 November 2008 pada 10:34 PTG  

Saya setuju dengan Abe Mie...macam jugak depa pernah komplen pasal gaji menteri-menteri dulu...takkan la gaji menteri sama dengan gaji tukang kebun...
Dengki dan busuk hati!

mrf 12 November 2008 pada 1:38 PG  

ntah..bodoh punya PR..konon nak tuduh kerajaan bazirkan duit rakyat la tu sebab bayar mahal kat dia. company aku pun dulu ada panggil dia,company aku yang bayar,bukan duit kerajaan.kalau dia dapat 1.2 juta pun datangnya banyak jugak dari sektor swasta..apa nak dengki sangat ngan dia.

masa mawi datang menyanyi kat kelantan,mawi dibayar 15ribu sama ngan m.nasir..orang kelantan tak kecoh pun..sebab pasal bab hiburan,perkara2 yang lalai orang tak berkira,tapi bab ilmu dan pengalaman,orang nak berkira..mangkuk ayun punya PR.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP