.

Beginikah Sikap Ahli Parlemen?

>> 08 November 2008


Ahli Parlimen keluar dewan memalu dan mengaibkan pengundi kawasan diwakili




TUJUAN perbahasan atau perdebatan ialah bagi mencari formula, hujjah dan keputusan penyelesaian tentang sesuatu isu atau permasalah yang berbangkit.
Demikian juga dengan persidangan parlimen mahu pun sidang dewan undangan negeri. Tujuannya adalah untuk berbahas, berdebat dan mencari penyelesaian.
Berbahas, berdebat dan mencari penyelesaian tentang isu dan permasalahan negara dan rakyat adalah menjadi tugas wajib ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.
Wabak dan sindrom keluar dewan oleh ahli dewan pada pendapat saya adalah suatu tindakan bacul, pengecut, tidak bermaruah dan bersifat sengaja lari tanggungjawab dan amanah sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri.
Perlakuan ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri keluar dewan atau memulaukan persidangan juga bersifat umpama pahlawan yang lari dari medan perang. Ianya suatu tindakan yang boleh memalu dan mengaibkan para pengundi di kawasan yang diwakili.
Ianya menunjukkan kegagalan, tidak gentleman, tidak profesional dan ketidak-upayaan ahli-ahli dewan yang keluar dewan atau memulau persidangan dewan dalam berhujjah dan berdebat yang memerlukan kesihatan mental dan fizikal serta ilmu pengetahuan.
Ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri yang benar-benar profesional, bertanggungjawab, bermaruah dan tidak bacul tidak akan menggunakan persidangan untuk bercakap tentang kepentingan peribadi dan kepentingan parti politik yang diwakili.
Sebaliknya sebagai imbalan kepada jasa dan bakti rakyat yang memberikan mereka undi sehingga berstatus 'Yang Berhormat' akan digunakan sepenuhnya bagi menyuarakan, berbahas dan berdebat tentang hal-hal yang berkepentingan awam.
Rakyat selaku pengundi/pemberi mandat akan sentiasa memerhati setiap perlakuan dan tindak tanduk wakil-wakil rakyat. Saya yakin wakil-wakil rakyat yang asyik bertindak keluar dewan dan memulaukan persidangan tidak akan diberi undi lagi oleh rakyat pada masa-masa akan datang.
Pemberian majoriti undi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang bukan bermakna para pengundi mahukan wakil rakyat yang diberi kemenangan itu membangkang membabi buta dan kena bangkang dalam semua perkara terhadap apa yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Apa yang molek yang dibuat oleh pihak kerajaan kena disokong manakala yang tidak molek hendaklah ditegur dan diberi cadangan bagi memolekkan dalam keadaan penuh rasional, membina dan profesional.

Dari : Melikapakjangak.blogspot.com

4 ulasan:

Cheguman 8 November 2008 pada 11:38 PTG  

"...suatu tindakan bacul, pengecut, tidak bermaruah dan bersifat sengaja lari tanggungjawab dan amanah.."

...merajuk, baran, tak boleh terima pendapat orang, degil, dsb...

...macam budak-budak!

TULIS ONLINE 9 November 2008 pada 6:21 PTG  

Salam Blogger,

Saya linkkan blog Tuan dengan blog saya.

Moga perkongsian pintar akan bersama.


Ikhlas,
SARFAMS BLOG

Tanpa Nama,  20 November 2008 pada 11:54 PG  

Salam kepada semua....

Bacul? Pengecut? Tidak bermaruah? Lari daripada tanggungjawab???
Ini bukan persoalan pokoknya...

Adakah tindakan yang dilakukan ini hanya atas sebab peribadi atau untuk rakyat? Adakah perbuatan ini disebabkan perbezaan parti politik? adakah perbuatan keluar dewan ini dapat membantu agama, rakyat, bangsa dan negara? Adakah dengan cara ini dapat mengeluarkan idea2 kita sebagai seorang insan yang diberi tanggungjawab dan amanah?
Inilah sebenarnya yang kita perlu persoalkan dalam perbuatan seperti ini....

jangan lah kita jadi kan perbezaan fahaman dari segi politik menyebabkan rakyat yang telah memilh kita untuk berbakti dan membantu rakyat mencakupi segala aspek termasuklah ekonomi... Tetapi kalau kita keluar dewan apa yang kita dapat? adakah yang kita mahu akan ditunaikan sekiraenya keluar dewan? Ini bukan nya pertama kali terjadi tetapi telah berulang kali tetapi rakyat masih seperti dahulu dan tak ada sebarang perubahan...

Ahli2 parlimen yang keluar parti ini kena fikir sedikit tentang tanggungjawab masing2.. Amanah yang telah ditanggungjawabkan ini dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat ini perlulah digunakan sebaiknya demi membantu agama, rakyat , bangsa dan negara...

Kenapa rakyat memilh seseorang sebagai wakil mereka di dalam dewan rakyat?
Sudah pasti rakyat mahu hak2 mereka dapaat diperjuangkan... Tetapi kalau wakil2 rakyat ini keliuar dari dewan bagaiman mereka nak perjuangkan dan sekali gus menyumbang idea untuk membangun kan rakyat dan negara... kalau ini lah yang ditunjukkan oleh Ahli2 Parlimen, kenapa rakyat masih nak pilih orang2 yang tak bertanggungjawab seperti ini... Bukan nya mereka nak bantu kita.. mereka ini nak keluar dari dewan je... kalau macam itu buat ape bagi mereka semua ini undi untuk duduk dalam tu....

Apa yang perlu dibuat oleh Ahli2 dewan rakyat ini ialah perjuangkan hak2 rakyat di dalam dewan itu tidak berasakan perbezaan politik dan kepentingan peribadi...

Saya harap perkara ini di fikir kan oleh semua pihak... Apa yang baik kita mantap kan dan apa yang lemah kita perbaiki... Tepuk dada, tanya selera...

Terima kasih.. Salam...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP