.

Bocor 1.1 - Tambahan

>> 18 November 2008

Ambo tak terkejut kalau anwar nak kuasai semua negeri2 dibawah pemerintahan PAS iaitu Kedah dan Kelantan. Sebab dari mula lagi (awal2 lagi) anwar dah pasang kakah-siamang (atau konco2) nya di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini, dan sekarang ni nk masuk pula dalam negeri jelapang padi. Nampaknya cita2 anwar mahu menguasai negeri2 yang menjadi kubu kuat orang Melayu. Sebab apa anwar mahu menawan negeri kubu kuat melayu ini? adakah kerana mahu melemahkan dan memecah kubu Melayu agar impian Malaysia-Malaysian iaitu cita2 anwar dan mr. Lim berjaya?

Tahniah kepada Dato' Pa kerana berkeras mahu membanyakkan YB-YB dikalangan PAS masa PRU-12. Berbalah & bergochoh mahukan kerusi2 diberikan kepada pemimpin dikalangan ahli PAS sendiri dan bukan dari PKR. Mana taknya, sejak zaman berzaman ahli PAS bertanding di satu2 kerusi, tetiba PKR minta diletakkan orangnya, 'hot' la Dato' Pa. Mungkin Dato' Pa dah tahu perangai dan peel orang PKR walaupun mereka (PKR) bertanding dalam kawasan majoroti penyokong PAS, jika PKR menang, kerusi tersebut akan jadi kerusi PKR dan akan menyokong anwar.

Siapa tak kenal orang2 kuat anwar dalam PAS, sebut sahaja siapa namanya, dah boleh dibayang bentuk tubuhnya. Bukan sorang, tetapi beberapa orang. Ada yang memang sudah berjaya dalam PAS iaitu menjadi Setiausaha. Dah dapat jadi SU..maknanya banyak lah kerja2 dalam PAS dikontrol untuk kepentingan bosnya.

Gambar : Buat apa tu bro..

Akhirnya Dato' Pa di hentam, bertubi2 pulak tu. Orang yang 'becupp' dia ialah Tuan Guru Haji Hadi (Sebab dato' Pa penasihat politik TG Haji Hadi). "Sabar Pa.. Sabar, ana tahu nuar tak akan berjaya buat kerajaan 16 septembernya, mat jenin akan terus jadi mat jenin". (Mungkin ini yang dikatakan oleh TG Haji Hadi kepada Dato' Pa)


Gambar : OOOOoooo.. Tunggu bos baru ghupenya.. kenapa 'orang' tu duduk kat kerusi belakang ek?..

Berjaya juga Dato Pa godam anwar..

---------------

Dan kini sorang lagi hero PAS (Ustaz Azizan) mengeluarkan taringnya yang membuatkan anwar penin.. Idea asal, anwar mahu menyamaratakan tuntutan rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan penduduk lain mahu disamakan. Anwar mahu hapuskan kelebihan yang ada pada Melayu. Tapi HERO PAS ni membuatkan anwar terduduk dan terkacing gigi. Mana taknya, yang kelebihan 30% untuk kaum Melayu mahu dinaikkan kepada 50%..bukan penghapusan seperti yang anwar mahukan.. penin2. Bala2, abis agenda anwar..



Seperti yang di katakan dalam blog pasmuda

"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."

"Kenapa Azmin (Azmin Ali,Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu,"

-Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah

Bila giliran Ustaz Azizan godam anwar, tetiba keluar watak baru yang digelar Azmin. apa kes azmin (PKR) nk campur hal orang PAS ni.. Gi la ampu bos kamu tu.. Apa yang dijanjikan oleh DAP (dan anwar) kepada kamu, sampai nk sibuk menyibuk urusan orang PAS dan Melayu ni?!

Azmin.. jangan la menyibuk nk jaga tepi kain orang PAS, pegi jaga kain bos kamu la..kang terselak lagi..

Ingatlah : Hancurnya kelebihan yang ada pada orang Melayu akan membuatkan agama Islam akan lemah (dalam diri). Amat ramai orang Melayu yang daif dan miskin.. Jika kelebihan2 ini ditarik, maka akan bertambah miskin orang Melayu. Secara automatik..Islam akan lemah.

Kemiskinan adalah antara penyebab yang besar lemahnya Islam (Iman) dalam diri. Pernah dikatakan oleh seorang Sahabat Nabi S.A.W

" Jika kemiskinan itu ialah seorang lelaki, nescaya akan ku pancung kepalanya".

Orang Melayu lah yang banyak memegang rekod tahap kemiskinan tertinggi di bumi bertuah ini.

Note : Orang Melayu ialah 'pemakai' baju Islam terbanyak di Malaysia.

5 ulasan:

Tanpa Nama,  19 November 2008 pada 10:46 PG  

saya setuju dengan tindakan menteri besar kedah ustaz azizan untuk menaikkan kepentingan melayu sebanyak 50%. ada hikmah disebalik dasar itu. banyak sangat. (tapi pada yang berfikirlah).

Tanpa Nama,  19 November 2008 pada 10:49 PG  

50% kenaikan itu saya maksudkan dasar pemilikan lot bumiputera dalam projek perumahan di kedah.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 19 November 2008 pada 5:05 PTG  

ngam blog demo ni. salam dan selamat berkenalan... kel dok mana wei? ana ni sepusat sepusing dgn aberamly... ambo ialah

ramlyotai.blogspot.com

awanggedeber.blogspot.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 19 November 2008 pada 5:11 PTG  

ana tak dok parti. sedap ko main parti. ambo parti ubi kayu saja. harap pas dan umno dapat ngam perintah malaysia.... sebab mereka ni jaga islam... nyawa melayu.

r.k 16 Disember 2008 pada 2:55 PTG  

salam perpaduan

tambah note sikit~

Note : Orang Melayu ialah 'pemakai' baju Islam terbanyak di Malaysia.

+ Note : dalam perlembagaan syarat perrtama bergelar melayu adalah menganut Islam

kedua barulah mengamalkan cara hidup dan budaya org melayu.

-jadi kalau x islam bukan melayu!->ikut perlembagaan la~

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP