.

Obama Menang, Oanwar ada peluang...

>> 06 November 2008

Obama & Oanwar


Seperti yang telah dijangka, Obama akan menang mudah dan berjaya akhirnya insan berkulit hitam yang pertama dalam sejarah US menduduki kerusi tertinggi di White House. Ramai yang berharap agar Obama dapat mengubah dah mempertingkatkan ekonomi US yang merundum, malah bukan sahaja ekonomi US, tapi ekonomi dunia yang mana turut terkena tempias tsunami ekonomi US ini.

Obama sebenarnya memerlukan seorang yang benar-benar layak untuk memegang jawatan dalam kabinet White House. Portfolio Kementeria Kewangan patut diberi kepada orang yang benar-benar mahir dalam bidang kewangan dan ekonomi serantau.

Siapakah orang yang hebat itu?

Mungkin kita sudah tahu orang yang hebat itu.. media cetak telah awal-awal lagi meletakkan beliau sebagai seorang yang HEBAT dalam bidang ekonomi. Semua negara mahukan kepakaran beliau.. apatah lagi Bank Dunia.

Gambar : (Keratan akhbar) Oanwar; Inilah orang yang selayaknya berada di samping Obama dalam menguruskan ekonomi US dan serantau.

Banyak negara yang amat mengharapkan kepakaran beliau (Oanwar).. sebut sahaja negara mana, semua mengenali beliau.

Dari Bloh Husin Lempoyang

Obama, Oanwar

Seorang rakan sibuk dengan Presiden baru Amerika B Obama. Katanya Obama bakal merubah politikal Amerika terhadap dunia dari cara Presiden Bush sekarang ini.

Kalau tidak silap, Obama ada mengatakan "to those who tear a world down, we will defeat them". Sapa yang tear down this world?

Rakan juga memberitahu, Datuk Sri Anwar telah menghantar utusan tahniah kepada Obama dan meminta Obama menarik askar Amerika dari Iraq. Ah! menghantar ucapan tahniah adalah biasa dan meminta Amerika mengeluarkan askarnya dari Iraq juga adalah biasa.

Tetapi memandangkan rakan itu 'die hard fan' Anwar [baca; kipas payah mati], maka yang hendak diceritakan adalah betapa Anwar adalah pejuang sejati yang berani meminta Obama menarik keluar askar Amerika dari bumi Iraq.

Cerita Obama masih terus menjadi bualan dikalangan warga Malaysia di Bahrain dan saya setakat ini hanya mampu menyamakan Obama dan Oanwar pada angka 44. Obama adalah Presiden Amerika ke 44, manakala Anwar yang gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang dia janjikan hanya mendapat P44, Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia

Angka 44 pada Obama adalah terlalu berharga dan besar, manakala angka 44 pada Oanwar adalah sekadar mampu memberontak dan keluar dari sidang Parlimen Malaysia.

Bagi kaum Cina, angka 44 adalah suey, manakala bagi Melayu ia adalah selisih malaikat 44.

Selamat bergembira atas African-American yang mencipta sejarah menjadi Presiden Amerika. Berubahkan Palestin, afghanistan , Iraq dan sebagainya atau sekadar merubah polar politik dunia supaya 'feel good' kepada Amerika.

Baca lagi :

Salah Tu Obama.. Ambil Anwar (Oanwar)

Amerika sekarang sedang hadapi masaalah ekonomi dan kewangan yang sangat tenat.

Ekonomi mereka sudah tidak mengembang dengan pesat dan kenaikan minyak betul=-betul menyusahkan mereka. Krisis sub-prime dan kegagalan institusi kewangan, insurans, dan perbankan begitu besar hingga menyerupai Great Depression sebelum Perang Dunia.

Disamping itu, belanjawan ketenteraaan Amerika di Afghanistan, Iraq dan lain-lain tempat sudah diluar jangkaun kemampuan.

Dewan Senat Amerika pula melakukan kesilapan besar untuk meluluskan bailout sebanyak US$700 billion. Ini tidak akan memperbaiki keadaan.

Amerika sepatutnya mengikuti program IMF untuk membiarkan pasaran bebas memainkan peranannya. Biar yang berkebolehan, naik. Yang tidak effisen, tidak boleh dibantu dan disokong tidak henti-henti.

Untuk memulihkan ekonomi, Amerika patut berhentikan projek-projek pembangunan.

Ia patut digandingkan dengan polisi kewangan - menaikkan kadar faedah dengan mendadak, 30% dari pinjaman Bank patut disuruh bayar balik segera, bayaran minima kredit kad patut diturunkan dari 10% ke 5%, pinjaman jual beli kenderaan dikurangkan, dan lain-lain.

Husin tadi mendengar debat antara Obama melawan McCain.

Semasa disoal oleh Tom Brokaw, moderator debat, Tom Brokaw siapa mereka akan ambil sebagai Setiausaha Perbendaharaan (Secretary of Treasury) untuk menyelesaikan masaalah ekonomi.

McCain hanya jawab, "Bukan anda, Tom". Obama pula cadangkan Pengurus Dana hebat, Warren Buffet.

Salah tu Obama, salah.

Ambil Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Perbendaharaan. Anwar adalah konsultan World Bank. Dan, juga pakar dalam program baik pulih ekonomi IMF. Walaupun dia hanya ijazah Malay Studies, keluar dari penjara dia jadi Adjunct Professor di Georgetown University dan hebat bercakap mengenai akauntabiliti dan Masyarakat Madani sampai ke Oxford dan Harvard.

Pendek kata, apa dia cakap, Amerika akan dengar. Mustahak tu.

Dialah Menteri Kewangan semasa Malaysia membangun dengan pesat. Minyak tak naik, ketika Anwar Menteri Kewangan.

Anwar tidak ada kroni, tidak rasuah, tidak main politik wang untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba, tidak guna wang untuk bayar ADUN Sabah lompat parti dari PBS, dan tidak tolong adik beradik dia jadi Penasihat KDEB.

Nalla fitnah pasal duit RM60 juta. Azizan dan Saiful hanya fitnah.

Betul, itu yang dia cakap. Tak akan sampai nak bersumpah.

Jika Dr Mahathir tidak kacau dia, Anwar sudah pasti akan selamatkan masaalah krisis matawang tahun 1997. Malaysia lakukan bailout dan Selective Currency Control pada tahun 1997 kerana tidak mahu program IMF.

Walaupun Dr Mahathir dilihat berjaya pulih ekonomi, sejak tahun 2004 hingga sekarang, 2008, ekonomi menjadi caca marba dan teruk. Ini menunjukan program pembaikan pulih ekonomi tahun 1998/2000 gagal.

Obama, ambil Anwar.

Semasa menjadi Menteri Kewangan dulu, dalam setahun Time Magazine gelarnya sebagai Minister of Finance of the Year. Margret Thatcher siap kata, "Kalau ada pilihan, dialah Menteri Kewangan yang dia mahu."

Rugi tak ambil.

Dalam setahun, dia akan jadi Setiausaha Perbendaharaan of the Year. Selesai masalah Amerika. Percayalah guna cara IMF, tak payah bailout.

Dari : Sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP