.

Menantu Yg Disayangi Tok Guru

>> 29 Disember 2009

Kata Azidi dalam blognya 'kickdefella' menulis mengenai 'Penipuan' yang dilakukan oleh Menantu Tok Guru kepada peniaga di Kota Bharu, Kelantan.

Peniaga yang menduduki bangunan Pasar Lambak Arked UDA dan Pasar Lama MPKB BRI telah dipindahkan ke Bazar Tok Guru. Bangunan ini diusahakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi PMBK tanpa berorientasikan keuntungan di tanah seluas 5.9 ekar.

Menurut Azidi, seramai 416 peniaga telah terbabit dengan pemindahan berkenaan yang dijanjikan kemudahan berniaga yang baik dengan penyediaan pelbagai infrastruktur oleh kerajaan negeri Kelantan.


"Malang bagi peniaga, beberapa bulan selepas menang besar didalam pilihan raya umum ke 12, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi PMBK telah bersetuju untuk menyerahkan projek Bazar Tok Guru kepada sebuah syarikat bernama Sensatimur Sdn Bhd.

Katanya lagi, Menantu Nik Aziz telah mengorbankan matlamat asal penubuhan Bazar Tok Guru yang tidak menguntungkan dengan memberi kelulusan sebanyak 1.5 ekar sahaja. (sebelum ini 5.9 ekar).

"Dengan cara ini, Menantu Nik Aziz melalui syarikat Sensatimur telah memberi pinjaman berjumlah RM5.5 juta kepada PMBK dan PMBK perlu bayar dalam tempoh 12 bulan dari tarikh siap bazar menerusi penyerahan hak jualan gerai milik PMBK untuk dijual oleh Sensatimur.

"Sensatimur akan ambil 50% dari hasil jualan setiap unit bagi mendapatkan semula wang RM5.5 juta itu.

Untungnya Menantu Nik Aziz dengan hanya menjual 'saham' Tok Guru kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan. Patutlah kenapa Abdul Ariffahmi tidak mahu meletak jawatan dalam tempoh 24 jam sebagaimana dilakukan oleh Azidi, sebaliknya pada bulan Mac 2010 akan datang.

Fahmie memang 'pakar Penipu' apabila memberi pajakan kepada Sensatimur dengan pajakan 99 tahun tanpa sebarang sekatan kepentingan dan syarat yang jelas. Bunyinya macam pajakan di Perak yang diberikan oleh Bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin kepada Tokey Lombong Cina sehingga berlaku 'kejatuhan PAS melalui tiga orang katak dari PKR dan DAP'.

Bukan itu sahaja, Menantu Nik Aziz telah menjadikan Sensatimur sebagai korporat monopoli projek berkenaan apabila tingkat bawah dijual kepada syarikat berkenaan dan PMBK hanya mendapat hak bagi aras satu dan dua sahaja.

Kiralah berapa untung yang diperoleh Menantu apabila setiap saiz 8X10 kaki dijual pada harga RM92,000.00 seunit. Mahal tu. Ini bukan sewa untuk lot perniagaan di KLCC atau Puduraya. Bayangkan, siapakah yang akan menyewanya nanti! Sudah tentu Tokey Cina yang kaya.

Peniaga Melayu yang kais pagi, makan pagi tidak mampu menyewa lot kedai berkenaan kerana mahal! Inikah dibanggakan oleh Nik Aziz selama 19 tahun memerintah Kelantan selain menjadikan Kelantan sebagai Serambi Buddha!

Menantu Nik Aziz sebenarnya mahu membunuh peniaga Melayu BUKAN membantu. Apabila ini berlaku, PAS akan kata, UMNO gagal bela Melayu sedangkan yang bunuh Melayu adalah 'Menantu Ulama PAS'.

'Menantu' bukan sahaja boleh membeli banglo milik Dr. Rosli (bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan) malah boleh membawa balik enjin jet yang hilang untuk kegunaan Nik Aziz ke Mekah pada tahun 2010 akan datang.

Mertuanya tidak perlu lagi menaiki penerbangan pesawat MAS dan mendaftar dengan tabung Haji untuk ke Mekah lagi.

Kata Azidi, Sewaktu majlis pecah tanah projek berlangsung, Persatuan- Persatuan Peniaga Kota Bharu telah mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana ternyata YAB Tok Guru telah melanggar perjanjian persefahaman di antara kedua-dua pihak iaitu;

1. Harga jualan setiap unit melambung lebih 100%.

2. Peniaga yang asalnya dijanjikan penempatan ditingkat bawah kini diarah berpindah ke tingkat 1 dan 2

3. Semua ini berlaku tanpa para peniaga diajak berunding terlebih dahulu.

4. Usaha peniaga untuk mengadakan dialog dengan PMBK didalam suasana sihat telah tidak dilayan oleh Ariffahmi.


abe MIE-Untunglah dapat Mertua macam Nik Aziz. Kalau dibandingkan dengan Dr. Rosli Allani Abdull Kadir, Mantan Ketua Penerangan PAS Kelantan, dia 'bernasib tak baik'- DIBENCI MERTUA. Selepas berkahwin pun dikejar Metua., tetapi bagi Fahmie, selepas berkahwin, dia dibelai oleh Mertua seperti mengambil kucing kurap di jalan sebagai anak emas- didodoi dan diberi susu.

Nasihat abe MIE- carilah Mertua sebaik Nik Aziz.

Rasa nak ketawa juga... hehhehehe, kihkihkih

Kisah menantuku menantuku jua di petik dari : abe mie terjah


Petikan asal, klik di sini

Read more...

Siapa dalang demo bantah PAS?

>> 28 Disember 2009

Teringat isu perarakan kepala lembu.. Pihak pembangkang mendakwa ia didalangi UMNO. Maka bertaburanlah dalam blog2 pro-pembangkang yang di sifatkan oleh Yb Zaki (Kelaboran) sebagai sampah, memalu gendang senada dengan pemimpin mereka..

Tidak lama kemudian, setelah beberapa ketika..isu itu reda, maka si Khalid mengakui, yg mendalangi demo tersebut ialah rakyat Selangor yg tidak suka dengan cara pemerintahannya. Bukan dari mana-mana parti politik.

---------
Kelmarin ada pula demo, yg mengakui mereka dari kalangan penyokong PAS. Maka pemimpin PAS mengbakulsampahkan mereka dengan mengatakan mereka bukan dari penyokong PAS serta tidak mengenali mereka.

Bagaimana mahu mengenali penyokong PAS? adakah..
1. Dengan berkopiah? Pencuri pun menyamar pakai kopiah sekarang..
2. Ada tanda di dahi kah?
3. Memakai logo PAS?

alah.. chikgu Pa kena hentam teruk apabila membangkang tindakan pemberian 99 tahun tanah kepada orang cina oleh Nizar di perak (Dan juga isu kerajaan langit anwar). Bukan main lagi dia kena serang, sampai dia dikatakan sebagai "Bersuara seperti UMNO".

Begitulah perangai segelintir pemimpin PAS. Yg molek dan baik datang dari geluk mereka sendiri, yg menentang atau membantah serta menegur pun, akan di klasifikasikan sebagai suara musuh atau pihak lawan, walaupun untuk kebaikan parti. Walhak mereka juga dari geluk yang sama.

Wassalam...

Read more...

Siapakah Nik Aziz di sisi Anwar?

>> 06 Disember 2009

KENAPA NIK AZIZ TIDAK DOA MUSIBAH KES LIWAT ANWAR- SAIFUL?


Parti yang menjadi tunjang pakatan rakyat adalah parti pas, samalah Umno dalam BN. Dua komponen ini(Pakatan Rakyat dan BN) yang bertanggongjawab halatuju negara kita dimasa hadapan. BN sudah sekian lama mentadbir negara ini, perbagai halangan telah BN lalui dan berjaya mengatasinya. Bukan senang, sebab negara kita terdiri dari perbagai kaum namun BN mampu menyatukan kaum2 yang ada tanpa tersisih kepertingan mereka.

Bolehkah Pakatan mentadbir negara ini seperti BN lakukan? kalau kita lihat beberapa negeri yang pakatan memerintah sudah tentu kita tidak yakin, apatah lagi untok menyamai rekord BN yang sudah sekian lama memerintah negara ini lebih 5otahun.

Pakatan Rakyat sekadar layak untok menjadi parti gabungan pembangkang sahaja. Mengikut kata mantan PM Tun Mahadir 100tahun lagi Pakatan perlu belajar baru boleh memerintah negara ini. Pakatan melalui pas sengaja merobekkan kaum melayu dan islam dalam Umno. Dengan cara2 sebegini mereka rasakan sedikit sebanyak Umno menjadi sedikit lemah. Dan terbukti apa yang berlaku pada PRU12 lepas, beberapa negeri yang sebelumnya dibawah kuasaan BN dapat ditakluki oleh Pakatan Rakyat. DAP dan PKR secara tiba2 boleh menambah kerusi di DUN maupun di Parlimen pertolongan dari Pas akhibat dari kekeliruan kaum melayu mainan islam pembawakan pas.

Melalui pertuturan berupa fatwa politik dianggap fatwa sebenar mengikut ajaran islam sebenar. Pemimpin2 pas sanggup mempermainkan islam semata2 mahu menjatuhkan Umno. Pas sebenarnya tidak ada cara lain bagi mengurangkan kepercayaan rakyat kepada Umno kecuali menggunakan agama. Dari segi pembangunan yang dilaksanakan oleh BN untok negara, DAP sendiri pun pernah akui. Sebab itulah sebelum DAP bergabung dengan pas tidak pernah parti mereka mencapai kemenangan seperti dalam PRU yang lepas.

Pemimpin pas sembunyikan sesuatu kepada ahli2 dan penyokong mereka. Setelah pas bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, perjuangan islam dalam parti itu untok mentadbir negara sudah tidak ada lagi. Dalam pakatan mereka islam tidak disebut, bahkan DAP sanggup keluar dalam Pakatan kalau pas berhasrat mahu kepada islam. Walaupun pas menjadi tunjang kepada gabungan itu tetapi kuasa penentu adalah DAP. Masakan pas mahu memperkuatkan islam berkerjasama dengan Umno pun pas tidak boleh lakukan.

Apa yang DAP mahukan pas semua ikut. DAP bersama PKR menggunakan pas hanya untok memecahbelahkan islam dan kaum melayu di negara ini itu sahaja. Sebab itulah di negeri2 majoriti melayu seperti Kelantan, Kedah menjadi tumpuan gabungan mereka. Anwar menggunakan Hussam Musa merobek pas dari dalam. Kenyataan Nik Aziz berbau ayat2 dari Hussam Musa, sebab itulah apabila di desak oleh rakyat maka percakapan Nik Aziz sering kali berubah2 dibelakang Nik Aziz adanya Anwar Ibrahim. Perkara ini dapat dikesan oleh anaknya sendiri Nik Abduh. Suatu ketika Nik Abduh meyamakan mereka2 ini sebagai ulama mee celup bertopengkan islam tetapi mempunyai niat jahat. Dari kenyataan Nik Abduh itu jelas kepada kita bahawa fikiran Nik Aziz sudah dicanang oleh orang lain yang mahu mempergunakan nya bagi mendapat pengaruh dari kalangan orang islam. Tidak mustahillah jika Nik Aziz sering membuat kenyataan yang silap tentang islam demi mendapat pengaruh politik dan kuasa.

Pusingan pertama Anwar melalui Hussam musa mahu menjatuhkan Haji Hadi sebagai presiden
tetapi tidak berjaya, tetapi pusingan kedua Anwar berjaya di Kelantan. Kumpulan erdogan akan mengusai pas Kelantan setelah ketiadaan Nik Aziz nanti. Bekong kepimpinan pas di Kelantan di dedahkan oleh orang kuat Hussam dalam PMBK. Penulis blog kicdefella yang dibayar gaji oleh PMBK tetapi berkerja untok menguat politik Hussam. Apa pun cita2 sebenar Anwar mahu menjadi PM tetap sukar. Nik Aziz mengalih krisis dalaman ini dengan menyalahkan Umno. Serangan2 pribadi keatas DS Najib dalam soal wang royalti minyak dijadikan sandaran. Nik Aziz mengajak seluruh rakyat mendoakan keatas pemimpin no 1 negara itu didatangi musibah jika tidak meluluskan wang itu kepada Kerajaan Kelantan. Kenapa sanggup Nik Aziz bertindak sedemikian sedangkan beliau sudah tua dan sanggup pula di kecam oleh ulamak2 seluruh negara?

Sumber : PakMie

----------------
PS : Jikalau PAS Kelantan berjaya mendapatkan wang royalti (dan bukan wang ihsan) daripada Putrajaya, maka Husam & Erdogan akan di pandang 'hebat'. Hebat kerana kumpulan Haji Hadi yang pernah memerintah Terengganu tetap gagal mendapat wang 'royalti' walaupun memerintah Terengganu selama satu penggal.

Read more...

Sumpah Saiful menjadi?

>> 01 November 2009

Berbual dengan seorang sahabat, pasal kepincangan PKR yang semakin menampakkan keretakkan. Seorang demi seorang meninggalkan PKR dan Pemimpin De' Factor. PKR dilihat serba tak kena. Tempiasnya terkena kepada PAS, tetapi tidak kepada parti yang hebat iaitu DAP (pernah dengar DAP bermasalah kuat?)

Rakan berkata, mungkin 'bala' yang menimpa PKR ini disebabkan sumpah Saiful yg mengena kepada lawannya (maknanya lawannya benar-benar bersalah).

Read more...

Lagi (dan lagi) sejadah sujud di Kelantan

>> 21 Oktober 2009

Ana baru dapat berita baru..

ada satu lagi isu sejadah sujud di Kelantan ni, tapi yg ni di Tumpat. (Kelmarin di Pasir Mas)

Kt sebuah sekolah rendah di tumpat (ana tak sebut nama lah)

Dulu sekolah ni kecoh pasal 'orang kenit' atau 'awang kenit'. Masa tu saya darjah 5 dan berada di sekolah tu la (ngaji situ).

Allah sahaja yang tahu..

wassalam...


















(gambar dari DESPERADO - berita pasal kelmarin punya)

Isu sejadah (camni) lama dah, ada orang perseorangan yg pernah 'terjadi' di kediaman dia. Tapi dia tak nk kecoh2.. mungkin dia tak mau di salah anggap atau mungkin dia merasakan itu kerja budak2..

Read more...

Undi Pos dicabar?

>> 20 Oktober 2009

PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

dari; Malaysiakini

1. Kekalahan teruk di Bangan Pinang (BP) amat memalukan PAS.

2. PRK di Kuala Terengganu tak mahu di bawa kemuka pengadilan ke? Atau dah pandai guna 'fe'el PKR - Kalah kita, salahkan orang, menang kita senyap2.

3. Kalau di buang undi pos pon, PAS kalah juga.

4. Mungkin PAS tengah di marah atau di hentak oleh PKR dan DAP gara-gara kegagalan mengurangkan majoriti di BP.

5. Gelenyar (Gatal) nk sertai DAP & PKR, tapi memalukan kedua-dua parti tersebut (sape tak marah)

6. Dah-dah la tu, bersyukurlah kerana masih ada 2000 lebih menyokong PAS.

Sekarang ni..PAS kena tarik seramai-ramainya penyokong bukan Melayu dalam DAP dan PKR untuk menyertai PAS.

Read more...

Ana suka cara pemikiran Datuk Mahfuz

>> 18 Oktober 2009

Ana petik dalam paper Sinar la...

SHAH ALAM - Pas tidak bimbang de- ngan kesungguhan UMNO untuk menawan semula kesemua lima negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara itu berlaku. Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha itu juga bagaimanapun haruslah mengikut lunas demokrasi iaitu menerusi pilihan raya.

“Kita langsung tidak bimbang kerana ia perkara biasa dalam amalam demokrasi, tetapi UMNO harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, Pas tidak menganggap parti itu tergugat walaupun pemimpin UMNO kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti. Dalam pada itu, Mahfuz menafikan punca kelahan kekalahan mereka di Bagan Pinang disebabkan krisis dalaman PR tetapi sebaliknya berpunca daripada taktik kotor Barisan Nasional (BN).

“Sedar atau tidak, BN telah memberi rasuah kepada rakyat di Bagan Pinang dengan pelbagai pembinaan dan penstrukturan baru. Persoalannya mengapa segala pembinaan harus dibuat semasa pilihan raya. Mengapa tidak sebelum itu?” katanya.

Ente-ente blh tengok gambar bawah daa...
























(yang ni bukan rasuah kot.. manifesto ni)
Baca betul2.. Tawaran Kami.. baca tu "Tawaran Kami"


Jika ente undi ana, dan ana menang..ana kasi ente cuti 14 hari jika bini ente beranak.
Jika cik adik undi abg, dan abg menang, esok2 kalau cik adik beranak, abg kasi cuti 90 hari.

Tapi orang M.U untung, kalah pun dapat habuan rasuah dari orang yang kalah. (Datuk Mahfuz mungkin ada ayat pusing-pusing untuk kenyataan ini)

Dasar tak leh jadi pemimpin.
Betul la kalau dikata PR ketandusan pemimpin berkebolehan.

Tapi, kat bangan pinang, DAP sabotaj jentera depa.. Datok xnk ulas plk...

Read more...

Provokasikah ini?

>> 10 Oktober 2009

Perasan tak kesan 'zasss' kat belakang, kotakkan (zasss) baju agak ketara, tapi luka nampak macam tiada (ada luka ke?). Sepatutnya luka tu amat dalam, cuba tengok.. koyakkan zasss tu di tengah-tengah bonjolan daging belakang (cuba pegang belakang anda-jumpa kan 2 bonjol daging dan di tengah2 belakang ada lurah iaitu tempat tulang belakang) - Cehhh



Provokasi Pas

  • Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO

  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.

  • Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.

  • Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.

  • Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.

  • Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.

  • ***********
    Kebanyakannya laporan dari PAS
    1. Hanya melaporkan, tapi tiada bukti sahih.
    2. Gagal mengemukakan bukti - kes terpaksa 'digantung'.
    3. Selesai PRK/PRU, PAS senyap je.

    CONTOH (Bukan sebenar);
    "Saya melaporkan yang saya dipukul oleh seorang lelaki yang tidak di kenali ............. (Anda syak sesiapa?) Saya syak dia dari parti lawan"

    Akhirnya kes di tangguh atau di gantung atau di tutup kerana kurang bukti, sebab 'buat-buat' kes macam ini hanya laku dekat2 nak PRK/PRU aja.. lepas tu buat2 tak tahu.

    Banyak kan kes Polis macam ini? Menyusahkan penjawat awam aje.

    Read more...

    Jangan kaco ank dara orang lagi ek

    >> 08 Oktober 2009

    Jangan kacau anak dara orang, kan dah kena cepuk

    Silap satu je gambar di atas, mereka terlupa untuk memakaikan baju ada logo parti sebelum gambar di ambil. Rasanya sempat lagi untuk di buat semula.

    *****
    Kalau betul lah parti sebelah tu buat camni (100 orang katanya) maknanya baru start berani lah (selama ni pengecut). Kena cepuk sikit, ngadu kat TV3.. kena jentik sikit, mengadu kat akhbar utama..

    Kalu berani begini, baru betul2 pemuda berani.. cuba tanya orang dulu-dulu (politik zaman 70-an), kalau tak bertumbuk, berdarah, bawa parang, batu dan sebagainya, tak boleh dinamakan pemuda berani!

    * Baju budak yang dalam gambar kat atas tu, kasi koyak sikit.. kalau nk nampak di 'parang', buka baju & toreh (jangan toreh masa baju kat badan, stunt-man pun takut). Dan, ambik gambar, pastu hebohkan masa ceramah.. panasss!!

    Read more...

    Cerita bekas Tentera menyeleweng undi pos

    >> 07 Oktober 2009

    Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Abu Kassim, yang bertugas sebagai “sarjan gaji”, berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

    Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia “sudah lama” berlaku.

    “Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu,” katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

    Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

    Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.

    Sumber : Malaysiakini.com

    *********

    Wow.. tu dia;

    POINT-NYA;

    1. Zaman TDM memerintah (maksud dia zaman TDM jadi PM) - bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Okt 2003.

    2. Dua PRU di Zaman TDM (yang di maksudkan oleh bekas sarjan) ialah (mungkin) 1982 dan 1986 (RUJUK) - Mustahil dia tak ingat (nyayuk ka?)

    3. Kenapa baru sekarang di timbulkan "sarjan pangkah" ni, walaupun dia dah 10 tahun dalam PAS, dah berkali-kali PRU dan PRK, masa BERSIH buat demo dia tak pula keluarkan kenyataan ini (padahal dia AJK undi Pos pemuda PAS), PRK K.Terengganu (kecoh juga pasal undi POS) dia tak keluar kenyataan. dan..dan...dan...

    4. Tidakkah sekarang ini, semasa proses pengundian pos dijalankan, agen parti boleh berada di tempat pengundian POS di lakukan.

    5. Lepas ni keluar isu menukar kotak undi Pos pulak kot.

    6. Mentang-mentang la Bangan Pinang ramai pengundi Pos, isu undi pos dan kebajikan tentera di korek keluarkan.

    7. Kalau undi Pos sudah dikatahui akan di sabotaj, kenapa pula terhegeh-hegeh mahu minta kebenaran untuk berkempen dalam kem?

    8. Betul la ana punya guru ada cakap, di akhir zaman, orang yang mengaku 'lebai' tu lah banyak buat kerosakan..

    Wassalam

    Read more...

    Parti Islam vs Ibu

    >> 29 September 2009



    1:

    DUA pesanan ringkas (SMS) baru saja diterima, bertikah kurang dari dua saat setiap satu.
    “Mak sakit tenat” itu SMS pertama yang baru diterima.
    “Mesyurat penting. Semua wajib hadir. Perjuangan menuntut pengorbanan” begitu pula SMS yang diterima sejurus kemudiannya, lengkap dengan tempat dan masa mesyuarat diada dan dimulakan.
    Antara Mak sakit tenat dengan mesyuarat parti yang didukung dan disokong, mana satu yang lebih penting?
    Pertanyaan itu berputar dalam kepalanya. Kebetulan otaknya tak sebesar mana, tidak boleh fikir banyak perkara dalam satu masa. Pantang tertekan, mulalah gundah dan mengelabah, sampai terasa nak muntah.
    Mak sakit mungkin boleh tahan sakit jika diberi ubat penahan sakit. Kalau dia ada di sisi pun bukannya boleh berbuat apa-apa, Dia bukan doktor, bomoh pun tidak.
    Mesyuarat tak mungkin ditangguh, malah apa yang dimesyuaratkan hari ini tidak akan berulang lagi.
    Kedatangan pula direkod.
    Prestasi, reputasi serta peluang untuk terus berada pada tahap sekarang atau pun pada takah yang lebih tinggi dalam parti bergantung kepada rekod kehadiran mesyuarat.
    “Beri ubat penahan sakit” dia membalas SMS adiknya.
    “Dah pun diberi. Tapi sakitnya tak berkurangan, malah bertambah tenat. Mak Nampak letih benar”
    “Bawa ke kliniklah”
    “Dengan motorsikal mana boleh. Saya SMS ni pun Mak suruh, dia minta Kakak balik kampong, bolehlah bawa Mak ke klinik dengan kereta”
    “Kakak ada mesyuarat penting”
    “Mak tak penting?”
    “Mu tau apa kerja aku penting ke tidak”
    “Tak apalah kalau begitu”
    “Lepas mesyuarat nanti aku balik”
    “Suka hati kakak. Saya SMS ni pun kerana Mak yang suruh, Mak yang desak”
    Teman semesyuarat sudah beberapa kali bunyikan hon kereta di laman rumah yang penuh dengan sampah sarap, tidak banyak beza dengan kawasan pembuangan sampah.
    Halaman rumah tidak pernah bersih dan tersusun macam rumah orang lain, kononnya tidak ada masa untuk uruskan itu semua, kerja banyak, malam siang ada-ada saja mesyuarat, tidak banyak beza dengan wakil rakyat lakunya.
    Hon dibunyikan lagi, tanda peringatan supaya dia cepat bersiap, kena berbedak bergincu ala kadar saja walaupun dia dari jenis suka berjangak, takut lewat sampai ke tempat mesyuarat diadakan, kena tunjuk komitmen dengan hadir awal.
    Supaya tidak terus diganggu dengan panggilan dan SMS, telefon genggamnya dioffkan. Baginya kalau asyik berbalas SMS dan jawab panggilan telefon, tentulah boleh menyumbang kepada kemungkinan lambat sampai ke tempat mesyuarat, malah boleh hilang tumpuan dalam menerima dan memberi pandangan sepanjang mesyuarat berjalan.
    Kerana terlalu tergesa-gesa, dia terlupa untuk maklumkan kepada suami dan anak-anak tentang SMS adiknya yang memaklumkan tentang Maknya sedang sakit tenat.
    Sudah kelazimannya, bila ke mana-mana tidak akan diberitahu pada suami, jauh sekali dari mendapatkan izin.
    Lagi pun siapa sangat suaminya untuk dia dapatkan keizinan dan maklumkan ke mana dia akan pergi, apa yang dia buat setiap hari, tak kiralah kalau dia keluar rumah malam atau pun siang.
    Kalau suaminya tak beritahu pergi ke mana-mana dia akan membebel, dia akan marah. Bukan apa, takut suaminya pergi jual ‘gelenyar’ dengan janda atau mana-mana anak dara tua, suaminya walaupun tidak kacak, tapi ‘sedap kelih’ juga.
    Bukan dia saja macam tu, isteri-isteri orang lain yang sejamaah dengannya pun begitu juga, kerana urusan parti dianggap penting dari segalanya, urusan rumahtangga diletak pada takah nombor dua, tiga atau lebih rendah lagi dari itu.
    Kononnya pucuk pimpinan parti kata dan menfatwakan, dalam keadaan apa pun perjuangan kena diutamakan, kena dinombor-satukan kerana parti yang didukung dan disokong adalah parti Islam.
    Dia berpegang dengan penuh yakin dengan kata pucuk pimpinan bahawa Islam lebih penting dari segalanya, lebih penting dari suami dan anak cucu, apatah lagi untuk memuliakan saudara mara, rakan taulan suami dan anak-anak yang bertamu ke rumah.
    Kalau suami halang, maknanya untuk apa tujuan sekali pun sang suami memanh sah tolak Islam, menentang al-Quran dan Hadis. Kalau tuntut cerai pun tak akan bergegar tiang aras.
    Anak-anak yang merungut kerana sering ditinggalkan dan kurang menerima perhatian seorang ibu yang bekerja untuk parti Islam juga adalah kerana anak-anak berada dibawah pengaruh bisikan dan godaan syaitan.
    Seringkali anak-anak terpaksa minum air sejuk bagi hilang lapar kerana periuk tidak berisi atau kalau pun ada nasi, lauknya atau sayurnya tidak sempat dimasak dimasak. Acap kali pula nasi dalam periuk sudah basi dan berkulat tanda lama periuk tidak dijamah.
    Kalau suami ada di rumah, anak-anak tak akan berlapar kerana kebetulan suami ada kebolehan dan kerajinan menanak dan memasak lauk pauk dan sayur mayur.
    Ketika dia ada di rumah dan kononnya tidak ada masa untuk ke dapur, perlu berehat kerana keletihan ekoran dari terlalu banyak kerja parti yang kena dibereskan, suaminya yang masak.
    Kerana parti kena dinombor-satukanlah, bila ada panggilan untuk kerja parti, dalam keadaan tidak sihat pun akan digagahkan diri untuk hadir, kalau pintu lambat dibuka pun, dirasakan mahu terjun ikut jendela yang terbuka supaya kerja untuk parti tidak tertangguh walaupun cuma sesuku saat.
    Gagal sertai apa-apa aktiviti parti, apatah lagi mesyuarat, akan dianggap suatu kerugian, boleh mengurangkan peluang untuk ke syurga kerana baginya bekerja untuk parti Islam bermakna bekerja untuk Islam, itu yang dipasak-baji dan yang terpasak-terbaji dalam kepalanya.
    “Maaf lambat sikit” getusnya kepada setiausaha parti sambil menahan mengah kerana penat mendaki tangga bangunan tempat mesyuarat diadakan di sebuah bilik.
    “Yang lain belum sampai lagi juga”
    “Kata pukul 10. Sekarang dah pukul 10.15”
    “Biasalah janji Melayu. Kalau tepat janji bukan Melayu namanya. Itu janji Jepun”
    “Apa yang nak dimesyuaratkan?”
    “Nak tentukan gelombang-gelombang untuk berkempen pada pilihanraya kecil”
    “Kata parti kita tak bertanding”
    “Parti seikatan kita bertanding”
    “Tapi parti rakan kita tu tak tolong kita pun pada kawasan kita bertanding. Berasa tak berapa ada anginlah nak tolong”
    “Mereka tak ada jentera”
    “Ramai pemimpin dari penyokong macam mana nak ada jentera. Patut tak payah tolong”
    “Kita kena berpegang kepada semangat setiakawan”
    “Kita saja yang setiakawan, mereka tidak” celah teman sejamaah yang datang bersamanya.
    “Betul” sokongnya.
    “Tapi pucuk pimpinan mahukan kita tolong, kita kena pastikan parti seikatan kita bukan sahaja menang tetapi majoriti kena besar”
    Dia berhenti berhujah dan tidak lagi menelurkan apa-apa alas an.
    Kalau sudah pucuk pimpinan yang buat keputusan, maknanya mahu tidak mahu walau seberat mana pun terpaksalah dipikul atau dijunjung, kalau yang ringan terpaksalah dibimbit, dijinjing atau dikelek.

    2:
    Setiausaha parti cepat-cepat merapatkan telefon genggamnya ke telinga bila telefonnya ada getaran tanda ada panggilan masuk.
    “Tuan pengerusi minta maaf. Mesyuarat terpaksa ditunda. Ada urusan lain yang lebih penting dia kena hadir. Mesyuarat ditangguh ke tengah malam nanti”
    “Tempat?”
    “Sama”
    “Kenapa baru beritahu?”
    “Mana saya tau”
    “Habis?”
    “Dah tak apa nak buat, kita ke tempat biasalah”
    “Nak buat apa?”
    “Minum dan borak-borak. Saya belanja”
    “Beres. Kalau saya yang kena belanja baru tak beres”

    3:
    Sang suami yang menerima SMS dari adik ipar kalut ribut membuat panggilan isterinya tetapi gagal. SMS tidak diberi respon. Telefon tidak connet, dioffkan.
    “Dapat hubung?” SMS adik iparnya.
    “Tak. Call telefon pejabat parti tempat dia mesyuarat pun tak diangkat”
    “Habis?”
    “Tak apalah, abang dan anak-anak pergi dulu. Nanti dia selesai mesyuarat abang akan pulang ambil dia”
    “Bila abang mari boleh abang tolong belikan kain putih dan peralatan untuk kapan orang mati”
    “Nak buat apa?”
    “Mak dah tak ada, bang”
    “Tak ada?”
    “Ha ah. Dah tak ada”
    “Apa maksud adik ni?”
    “Mak dah mati”
    “Innaalillahi-wainnaa-ilaihi-rooji-unn!”
    “Mak pesan kalau dia habis nyawa, kebumi secepat mungkin. Tak payah tunggu sesiapa. Dia mahu segera bertemu Tuhan”

    4:
    Minum sudah makan pun sudah, dia pulang ke rumah untuk nanti malam akan datang lagi ke mesyuarat yang ditangguhkan, kena hadir tepat pukul lapan.
    Dia agak terperanjat kerana bila sampai ke rumah pintu berkunci, jendela semuanya tertutup, tanda tidak ada sesiapa pun di rumah.
    Telefon genggamnya yang dioff tadinya dionkan. Berjujuk senarai panggilan tidak dijawab dan SMS. Dia call suaminya.
    “Assallamualaikum!. Awak di mana?”
    “Di rumah. Awak dan anak-anak ke mana?. Rumah berkunci”
    “Saya di kubur ni”
    “Kubur mana?”
    “Kubur kampong Mak awak, mertua saya”
    “Siapa mati?”
    “Mak awak, mertua saya”
    “Jangan nak main-main”
    “Saya serius. Upacara pengkebumian baru selesai. Talqim sedang dibaca”
    “Siapa yang dikebumikan?”
    “Mak awak, mertua saya”
    “Saya kata jangan nak main-main”
    “Pernah ke saya main-main dengan awak. Tak percaya tanyalah adik awak sendiri”
    “Hallo!”
    “Mu?”
    “Hm”
    “Siapa mati?”
    “Mak”
    “Mak mati sungguh?”
    “Hah. Dah pun dikebumikan”
    “ Mu kebumi tak beritahu aku dulu”
    “Nak beritahu macam mana, telefon tak dapat. SMS tak dibalas. Abang telefon pejabat tempat Kakak mesyuarat pun tak ada yang angkat. Mak pesan bila dia habis nafas dia suruh kebumi cepat, tak payah tunggu sesiapa”
    “Pukul berapa Mak tak ada?”
    “Kira-kira 10 pagi”

    5:
    Dia tahu Maknya mungkin berkecil hati kerana dia jarang pulang ziarah. Kalau sesekali pulang pun masanya sangat singkat kerana kononnya perlu pulang cepat, banyak mesyuarat yang dia kena hadir.
    Kerana itulah agaknya maka Maknya pesan pada adiknya kalau dia mati kena segera kebumikan, tak payah tunggu siapa-siapa.
    Baginya siapa-siapa yang dimaksudkan Maknya itu adalah dia kerana selain dari adik lelaki yang sudah agak lanjut usia tetapi belum menamatkan zaman bujang kerana mahu menjaga Maknya, hanya dialah seorang lagi anak kepada ibunya. Tak ada yang lain lagi.

    6:
    “Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu, bukannya di bawah telapak kaki pemimpin utama parti” bebelan suaminya yang berang bila diajak pulang jumpa ibunya dia sering menolak dengan alasan sibuk dengan urusan parti, terngiang-ngiang di telinganya.
    “Awak mungkin tidak terasa apa-apa tentang betapa pentingnya seorang mak kerana Mak awak masih hidup. Saya tahu betapa kosongnya hidup ini setelah kematian ibu saya. Saya tak sempat jumpa ibu saya dan tidak sempat meminta maaf ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya kerana sibuk dengan tugas-tugas kemediaan sebagai pengamal media. Rasa kesal masih kekal hingga kini”
    “Kalau ada apa-apa adik saya akan panggil. Mak sihat, buat apa nak balik tengok. Kalau masa saya free tak apalah juga”
    “Mak awak dah tua, hidup pada usia subsidi. Awak patut beri masa untuknya. Saya takut awak menyesal tak sudah nanti”
    Dia menyanggah dengan keras hujah suaminya itu, suami yang banyak mengalah kepadanya yang sanggup ketepikan suami dan anak-anak demi parti, demi peimpin utama parti yang dianggap alim dan keramat.
    Kini terbukti apa yang suaminya pernah hujahkan menjadi kenyataan. Maknya pergi tanpa dia berada di sisi, tanpa sempat meminta maaf, tanpa sempat minta dihalalkan setiap titik susu yang dia minum.
    Dia juga tidak bacakan surah Ya-Sin, apatah lagi mengajar Maknya mengucap kalimah syahadah yang mana sepatutnya dia sebagai anak, kena memberi bakti terakhir itu kepada seorang ibu pada hujung nyawanya.
    Kebetulan hari ini hari ibu, Maknya mati pada hari ibu.
    Pernah juga dia sebagai ibu terima hadiah hari ibu dari anak-anaknya, tetapi dia tak pernah beri apa-apa hadiah kepada ibunya, malah pada hari ibu dia tak pernah pulang pun jumpa ibunya, termauklah pada hari ini, hari ibu yang kebetulan menjadi hari kematian Maknya.

    7:
    Dia berteluku di pusara ibunya dan menangis kuat, teman sejamaah yang datang bersamanya juga ikut sama menangis, entah betul-betul menangis atau hnya sengaja dibuat sebagai tanda simpati atas kesedihan yang ditanggungnya.
    “Ajaran siapa pula yang awak anuti ni?”
    Dia dan teman sejamaah merenung suaminya.
    “Pemimpin parti Islam awak tu tak beritahu ke, orang Islam tak boleh meratapi kematian, apatah meraung macam yang sedang awak lakukan sekarang ni?”
    “Yang mati Mak saya”
    “Saya tau”
    Dia terus menangis
    “Kalau awak menangis sampai air mata yang tumpah banjirkan kawasan perkuburan ni pun Mak awak tak akan hidup kembali. Sepatutnya awak kena menangis melihat betapa Mak awak yang sudah tua awak biarkan tanpa ditanya khabar tentang sakit demamnya, apatah lagi menghiburkan hatinya. Bagi awak parti awak tu lebih penting dari Mak awak”
    Bebelan suaminya dirasakan bagai jutaan anak panah sedang menembusi badannya.
    “Awak boleh anggap saya tidak penting, boleh tidak uruskan makan minum dan pakai saya, tak pedulikan saya dan awak minta saya jangan pedulikan hal awak. Juga awak boleh biarkan anak-anak awak diletak entah pada tangga nombor berapa dalam hidup awak dengan parti dan pimpinan utama parti tu pula awak letak pada nombor paling utama. Tetapi awak kena ingat, awak tak boleh buat begitu pada Mak awak. Kalau dia pergi dengan hati yang terguris, tak ada syurga untuk awak walaupun bila mati nanti awak dikapan dengan bendera parti Islam yang awak megahkan tu”
    Tidak seperti biasa, kali ini dia tidak berani menyanggah dan menyergah suaminya. Setelah kehilangan Maknya, dia tidak mahu akan kehilangan suami pula. Maknya pernah kata, syurga bagi seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami.
    Maknya sering berpesan, dia tak payah balik ziarahinya kalau tanpa izin suaminya, kalau sampai menyusahkan suaminya, kalau kerana ziarahnya tugas harian suaminya tergendala.
    Maknya menyangka dia jarang balik ziarah kerana suaminya tidak izinkan, walhal suaminya sering ajak dia pulang tetapi dia yang enggan kerana tidak mahu ketinggalan menyertai aktiviti parti.
    Apakah Maknya pergi dengan membawa hati yang terguris kerana sikapnya, kerana kealpaannya mempedulikan tentang susah senang dan sakit demamnya?
    Kalau Maknya hembuskan nafas terakhir dalam keadaan terkilan terhadapnya, apakah dia akan berpeluang mencium bau syurga?
    Dia akan tanya pada pimpinan utama partinya walaupun sebagai seorang lepasan sekolah agama, suaminya pun mampu memberi jawapan bagi pertanyaan seumpama itu, cuma suaminya orang tidak panggil tok guru!

    ------------------

    Tajuk cerpen dan penulis asal ada kt bawah ni:

    ----------

    PESAN MAK
    Oleh
    RAMLI ABDUL HALIM
    meli_industry@yahoo.co.uk

    Read more...

    LDP: Jangan percayakan kata2 Mahathir!!

    >> 16 September 2009

    Mahathir tipu..

    Ramai lebai-lebai PAS sokong kenyataan Mahathir


    Mereka berkata;

    "Cakap Mahathir ada betulnya"
    "BN akan tumbang? Saya setuju kenyataan beliau"
    "LDP boleh tumbang, BN juga akan tumbang"

    --------------------
    Dan jangan lupa, INI juga kenyataan Mahathir yg serius & ada benarnya..
    "Anwar tidak boleh jadi PM"
    "Jangan jadikan Anwar sebagai PM"
    "Dia (Anwar) tak layak (jadi PM)"

    Dr. M menilai terlalu lama.. Dia tahu siapa Anwar.

    Hari ni 16 September, Selamat Ulang Tahun kepada Malaysia Timur (Sabah & Sarawak)

    Kepada Anwar, xda kisah menarik mengenai 916 ke?

    Read more...

    The 1st PM's in Pakatan & Malaysia? - Who?

    >> 15 September 2009

    Who?

    Nearly 70 per cent of those polled who believe that PR's lack of a clear candidate for the PM's is its biggest weakness are Malays, 13 per cent Chinese and 18 per cent Indians.
    (Vox Malaysia)


    I think that there are a number of candidates that can lead Malaysia into a new era of efficient administration and one that is corrupt free.

    These candidates are the best currently to become the Prime Minister of Malaysia.

    Candidates who can become the next Prime Minister of Malaysia would be as follows;

    1. Lim Kit Siang
    2. Lim Guan Eng
    3. Tian Chua
    4. Jeff Ooi
    5. Loh Gwo Burne
    5. Elizabeth Wong
    6. Hannah Yeoh

    I believe that eventually, Pakatan Rakyat will choose Lim Kit Siang after an exhaustive search and hours of consultation or syura led by PAS.

    Lim Kit Siang has worked doubly hard after Abdullah Ahmad Badawi's initial landslide win to shatter Malay unity and at the same time ensure that Non Malays vote for the Opposition.

    Lim has worked his magic to ensure that political power in Malaysia will forever fall into the hands of non Malays.

    Gaining control of political power for the Non Malays, in addition to 90% of the economic pie which is already in the hands of Non Malays in Malaysia plus the fact that 36 of the Top 40 richest people in Malaysia are non Malays, Lim is indeed the Superstar!

    Kit Siang wins the competition hands down.

    He is Prime Minister material. A wily politician that even Machiavelli will honour.

    Lim Kit Siang should rule until he is in his 80s and then he should hand over power, Lim Kit Siang knows when to let go unlike other politicians and the best candidate to be Prime Minister next is obviously the only intelligent one around, Lim Guan Eng.

    Lim Kit Siang can then be a Minister Mentor. His vast experience in splitting the Malays is valuable.

    With the support of Lim Kit Siang, Lim Guan Eng can then concentrate on total annihilation of all opposition and to consolidate their power.

    But Lim Guan Eng is not that bad, he will allow the the Oppositin to win 2 or 3 seats in Parliament.

    Malaysians will no longer be able to enjoy chewing gum and if Malaysians want to spray graffiti, there will be a designated area at a local park that they can go to spray all the nonsense that they want.

    Lim Guan Eng is democracy. Just like Lim Kit Siang.

    Congratulations Anwar and Tok Guru for all your efforts in making Malaysia an efficent administration and a corrupt free country.

    Many Malays forget to thank the two of you for all your efforts in ensuring that political power is also given to the Non Malays.

    I hope both of you sleep well at night. Again, thank you.

    However, for Lim Kit Siang and Lim Guan Eng to be the next two Prime Ministers of Malaysia, Malays need to continue fighting.

    Malays, please fight, please blame each other for everything and please prove who is the better Muslim!

    Malays, please fight as our future, the future of Malaysia depends on your community breaking up!

    Malaysia is currently lagging far behind in its implementation of democracy and the US and the Western World are disappointed with us.

    China has had a few non Chinese Prime Ministers throughout their modern history [they were born in China though, these Prime Ministers]and India too, their last 3 Prime Ministers have been non ethnic Indians [they were born in India and this is an important criteria]

    What great nations China and India have proven to be in modern history.

    I am sadden by the fact that Malaysia has not yet chosen to follow the example set by the 2 countries.

    Malays, please continue to fight. Please.

    Lim Kit Siang and Lim Guan Eng will never forget the Malays and they will make sure that once that they are in power, the first President of Malaysia will be a Malay [most likely, one of our recent Prime Ministers] and they will also make sure that former Prime Minister's face will be printed on all ringgit notes in future to forever honour his contributions towards making Malaysia a better nation during his tenure as Prime Minister.

    Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and all of their supporters, thank you for fighting for freedom of speech for Malaysians.

    That led me to post this one.

    ----
    Sekarang DAP menubuhkan kawasan Melayu DAP sendiri, jadi kelompok Melayu Muslim berpecah 4.

    1. Umno
    2. PAS
    3. PKR
    4. Melayu DAP

    Di Singapore, idea memecahkan Melayu digunapakai supaya suara Melayu menjadi kecil, lemah, gagal bersatu dan mudah di pecah perintah. Bugis, Jawa dan lain-lain, dipecah-pecahkan dari kelompok besar Melayu.

    Read more...

    Politik Jepun: Mampukah BN bertahan?

    >> 14 September 2009

    Di Malaysia.

    Satu parti tu ada (berdaftar dalam satu parti besar);
    1. Melayu
    2. Cina
    3. India

    Satu lagi lawan dia (tidak berdaftar sebagai kesatuan - akan ada cantas mencantas bila berkuasa gamaknya)
    1. Cina, India, Melayu
    2. Melayu, Cina India
    3. Cina, India, dan (baru tarik ahli melayu sikit2)

    Tapi di jepun;
    1. Orang Jepun
    2. Orang Jepun
    3. Orang Jepun
    4. Orang Jepun
    5. Sipi2 je bangsa lain.

    Sebab tu mereka blh tukar kerajaan, sebangsa..

    ~Sekadar melawak~

    Read more...

    Software al-Quran Percuma

    >> 10 September 2009

    Baru kaba (10 hari nok abis poso baru kaba) ado software al-Quran percuma.

    Download je lah, dop kisohlah parti mana-mana bagi, janji blh guno, pree, molek & sedap

    ambo muat turun dos, ada part last dop muat turun lagi.

    Buleh masuk ke blog dio terus

    http://mediamayabn.blogspot.com/2009/08/perisian-al-quran-percuma.html

    Selamat menggandakan ibadat di 10 malam ramadhan terakhir.

    Assalamualaikum...

    Read more...

    Kena salahkan BN lagi ke?

    >> 08 September 2009

    Berita dari BH

    Aziz diminta beri bukti ada yang akan keluar pakatan

    ALOR SETAR: Pemuda Pas Kedah meminta Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Bharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir membuktikan dakwaannya bahawa beberapa orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat akan keluar dari gabungan itu.

    Ketuanya, Ahmad Yahya, berkata Abdul Aziz mencetuskan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Kedah dengan dakwaannya itu.

    "Kenyataan beliau menyebabkan kita terfikir bahawa Adun yang didakwa akan meninggalkan parti sama ada dirasuah atau dipaksa atau dibeli oleh BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz itu di sini hari ini.

    Baca seterusnya

    **************

    Dia (Aziz) kata, ADUN akan lompat kerana...;

    1. Di rasuah

    2. Di Paksa

    3. Di beli

    4. Tidak yakin lagi dengan perjuangan yang semakin terpesong dari landasan asal (sy tambah) tapi Aziz tak sebut (no 4) ni.

    ***************

    Zulkifli Nordin dalam blognya menyebut;

    Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Radzhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera.

    Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Radzhi adalah atas dasar prinsip ... Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan (Rakyat) supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari.

    Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Radzhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar.

    Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar.

    Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato' Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

    Baca lagi

    *****************

    PKR yang tidak berjuang atas dasar agama seperti PAS dah sedar.. PAS bila nk sedar. Dah jauh ter'gelechah' rel tu.

    Read more...

    PRK Negeri Selangor?

    >> 06 September 2009

    Saim ambo dari PAH dok kijo di S.Alam ata sms satni.

    "Khalid bunyi katonyo nok bubar DUN Selango, ngundi semula dos set slango, make sekut pulok..bia tok les ngundi sini pong, blh jgk gatong dero"

    Ntah betul, ntah tak.. sama2 la tunggu (tapi bunyi kerajaan PKR selangor tenat)

    Bes tak jadi MB mr Khalid?

    Read more...

    ~Kubu Permatang Pasir

    >> 25 Ogos 2009

    Sekejap lagi pusat pengundian akan di tutup;

    Saya katakan Permatang Pasir Kubu mustahak bagi Pembangkang.


    Antara orang/parti penting utk mempertahankan Permatang Pasir;

    1. Anwar (PKR) = Ketua Pembangkang, Parlimen Permatang Pauh
    2. PAS = Satu-satunya kerusi PAS adalah DUN P.Pasir
    3. DAP = Memerintah P.Pinang

    Ketiga-tiga mereka ini perlu (amat perlu) kepada kejayaan mempertahankan N11 serta majoriti yg diperoleh masa PRU12.

    Anwar dengan isu pelikknya, banyak flip flop, ADUN PKR melompat.
    PAS dengan isu arak di selangor dan babi di kedah
    DAP dengan kegagalan pemerintahan di P.Pinang, isu dengan PAS yg tak pernah habis2.

    BN hanya menyerang & perlu menang di P.Pasir, jika menang..itu bermakna ketiga-tiga kelompok di atas, boleh di lebelkan 'bermasalah'.

    Kasian...

    Read more...

    1 Pas, 1 Malaysia

    >> 24 Ogos 2009

    Pas Baru sasar menang (menang juga) satu undi ( 1U).

    Baca sini

    Kali ni nada Pas Baru berlainan dari nada di MU.

    Di MU, kerana terlebih riak, Allah bayar 'cash', menang tapi malu dengan mendapat 65 undi.

    Di bulan Puasa ini, nada Pas Baru tidak se-riak mana, baguslah kalau camni, amalkan sikap sebegini di lain-lain bulan juga.

    Sy sasar 183

    Mahfuz kata,

    "Semuanya ada dalam poket saya sekarang ini, saya sudah tahu berapa jumlah undi bakal diterima calon Pas, berapa undi calon BN serta berapa majoriti bakal dimenangi calon kami.

    Kalau begini nadanya, memungkinkan Pas Baru 'tenat' utk menang. Sebab tu letak 1 undi. Atas taro ore kelate kato (atas pagar-tak tau jatuh sebelah mana).

    Tapi kalu 'aura' Pas Baru kuat, kemungkinan Mahfuz letak paling koman pun 2,5++ undi (separuh dari PRU12).

    Lain macam je nada Pas Baru,

    Moral : Jangan durhaka cakap To' Guru, To' Guru kata jangan menyerang peribadi lawan. Ente serang juga...

    Bagi saya, jika BN berjaya mengurangkan undi Pas Baru sebanyak 2,5++ undi, itu telah dikira kejayaan dan TPM akan di 'tahniahkan' sekali lagi.

    Read more...

    PAS: Hilang sokongan Melayu?

    >> 15 Ogos 2009

    Terbaca dalam Harakah, PAS buat U-turn pulak, tukar balik!! Dulu Islam sahaja, skrg kena tukar, Melayu dan Islam (ayat Umno selalunya ni).

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menyatakan bahawa kemenangan Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.
    Satu ayat yg menarik, nampaknya Melayu & Islam (atau PAS) P.Pinang seperti di tindas teruk.

    Baca lagi;

    "Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini.
    Memang jelas sangat, PAS hanya seperti 'melukut di tepi gantang'. Ada pun tak apa, tak ada pun tak apa'. atau bahasa kasar sikit; 'ada pun tak berguna, tak ada lagi molek, menyusahkan je'.

    Gara-gara hampir2 di malukan di kubu kuat sendiri (M.U). PAS kt situ menang, tapi nazak. Calon PRK kt negeri2 lain tambah majoriti (ada tu kurang undi Melayu, tapi undi kaum lain bertambah).

    Lagi

    "Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya

    Nampak sangat Melayu Islam P.Pinang terpinggir, Latok Sli Anwat tala buat itu kilija ka, tolong2 Melayu ka? Patut la olang pakat-pakat kata, Latok Sli pelosak kaum sendili, memang betut la.

    PAS oh PAS, bila nk balik kepada perjuangan asal?

    Nk tunggu ISA digantikan dengan Hudud, tapi Tok Nik kata kena tunggu 30 tahun lagi. Tu pun kalau DAP setuju.

    Read more...

    PAS: Pelik tapi benar

    Perangai Pas pelik tapi benar

    *BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

    *Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

    *Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

    *Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

    *Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

    *Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

    *Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

    *Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

    *Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

    *Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

    *Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

    *Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

    *Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

    *Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

    *Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam) <--tempat awam

    *Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

    *Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit. (Siap ber'take beer' lagi)

    *Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

    *Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

    *Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

    Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

    *Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

    *Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.


    abe MIE-

    Hafal benda nie ni la nak bercakap dengan penyokong PAS yang bodoh, suruh dia jawab.

    Sumber : abe MIE


    -----------------------

    Desperado kata;

    NIK AZIZ DAN "ESCAPISM"

    Soalan : Apa pendapat Tuan Guru mengenai gambar bogel ADUN di Selangor?

    TGNA : Itu hak peribadi beliau, bogel la...!

    Soalan : Tapi yang tukang amik gambar tu orang Islam...

    TGNA :.................(special effect - bunyi cengkerik di waktu malam)

    Soalan : Apa ulasan Tuan Guru mengenai beberapa pemimpin DAP yang menghina agama Islam?

    TGNA : DAP hina Islam pasal dia bukan beragama Islam, yang lebih hina adalah orang Islam yang menolak Islam!

    DES : Kan dah kata dah...itu pasal la DAP naik tocang, pasal ada yang tukang backingnyer....nasib ko la Hassan Ali...lepaih ker la jawatan tu dari terus tanggung dosa...


    Ambo kato; guano pula dengan ore yg hino nabi kito, hok lukih gambar nabi tu? Tok Nik nk royat bendo samo ngan supo hok tok nik ulas utk DAP ko?

    Read more...

    GMI-Pengajaran Buat Semua Ummat Islam

    >> 02 Ogos 2009



    Baca lah pengajaran di atas. Orang Islam di perkuda kan, dan orang Islam menjadi mangsa. Mungkin ada pemimpin2 pembangkang yang akan tunjuk muka, tapi sampai bila bantuan akan di salur? Setahun? Dua Tahun? Kalau ditakdirkan lumpuh tu tidak sembuh, siapa yang susah? Paling sedih, bini cabut ikut jantan lain sebab suami lumpuh, masa tu la menyesal tak sudah. Usah di sumpah seranah kpd Anwar lah pada masa tu. Menyesal tak sudah. Ingat, anda di guna sepenuhnya, tapi bila dah jadi camni.. dibaling cam taik cicak la. jengok pun tak apatah lagi menghulur sumbangan.

    Apa kat Sinar Harian?

    Pakatan (Pembala) Rakyat anggap perhimpunan berjaya

    (Ni ayat anwar kencing)
    Anwar berkata, tindakan polis terhadap perhimpunan aman merupakan satu tindakan yang tidak dijangka.

    Menurutnya, tindakan yang tidak dijangka ini telah menyebabkan ramai yang ditahan dan juga terkena gas pemedih termasuk beliau namun perhimpunan ini tetap menepati matlamatnya.

    Macam la perhimpunan haram yang lepas2 polis buat tak tau.

    (Ni ayat pengerusi GMI)
    “Kita akan dibincangkan kemudian untuk menghantar di hari lain, biar keadaan bertenang dulu,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya masih menganggap perarakan yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka.

    Dia kata nk hantar kemudian hari, tau pulak berfikir waras. Sinar Harian kata yang datang tu 15,000. Belum cukup matlamat 100,000. Berjaya ke? Atau nama je 100,000.

    Saya kata gagal, sebab mereka tidak secerdik kumpulan Pro-ISA. Pro ISA berjaya menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

    Baca sini

    Memang, kecerdikan mengatasi kebodohan & kejahilan, lebih2 lagi orang melayu yang berugama Islam yang mahu terus di perkuda kayu kan oleh DAP.

    Takkan ketiga tiga pemimpin pembangkang tu tidak cerdik seperti Azam.

    Apa agenda mereka sebenarnya?

    Siapa yang rugi? Siapa yang senang di perbodohkan?

    Jawapannya anda sendiri boleh fikir.

    Fikir dengan akal, bukan dengan kepala lutut.

    Read more...

    Keadilan apa yang hendak di tuntut?

    >> 18 Julai 2009

    Beberapa perkara menarik membabitkan kematian Teoh:

    1. Teoh adalah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.

    2. Teoh ditemui mati selepas kira-kira lapan jam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.

    3. Teoh dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang semula keesokan harinya bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.

    4. Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati. Apa berlaku antara 6 pagi dan 1.30 petang? Kenapa beliau tidak pulang?

    5. Teoh memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan dan hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan. Apakah ada tekanan terhadap Teoh? Dan

    6. Paling penting, komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dirampas adalah milik atau dalam kawalan Teoh yang bersedia menjadi saksi.

    Persoalan ini bermain di kepala orang biasa tetapi polis mungkin mempunyai banyak lagi persoalan lain.

    Apa jawapan mereka yang disiasat? Apapula yang ada dalam komputer riba dan CPU?

    Kenapa DAP dan PKR menjadikan isu kematian ini sebagai yang paling utama sehingga tidak menyatakan langsung isu rasuah atau penyalahgunaan peruntukan yang menyebabkan Teoh turut disiasat?

    Bolehkah DAP dan PKR Selangor mengalih isu siasatan oleh SPRM dengan kematian Teoh?

    Juga, mungkinkah Teoh yang mempunyai ‘banyak maklumat’ menerima padah kerana sebelum ini mendiang dikatakan mempunyai ramai musuh dalam DAP?

    Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, kita serahkanlah perkara ini kepada pihak berkuasa kerana sebagai orang biasa, telahan dan andaian kita tidak sampai ke mana-mana.

    Namun satu lagi yang pelik ialah Kerajaan Selangor mahu mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh .

    Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

    Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

    "Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

    Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

    Persoalannya apakah ada milage untuk PKR dan DAP dalam isu kematian Teoh? Wajarkah perhimpunan diadakan pada ketika bukti sedang dikumpul dan siasatan sedang dijalankan.

    Kerajaan Selangor tidak payah memberitahu SPRM atau mana-mana pihak bahawa proses penyiasatan penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

    Yang penting ialah kenapa Teoh ‘membunuh diri’ atau ‘kenapa dia dibunuh”?

    Apakah ia ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan peruntukan dan ada pula pihak yang berusaha menutupnya?

    Ini kerana jika benar ada kes, SPRM tidak akan melepaskan mereka ini dan kesannya besar kepada kedudukan kuasa politik di Selangor.

    Kes ini jika dikaitkan dengan isu ‘underworld’ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada rantaiannya.

    Wee membuat dakwaan wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

    Cuma masa akan menentukan apakah apa yang cuba diselakkan oleh Wee akan berjaya atau sebaliknya.


    Cerita selanjutnya klik sini!...

    Read more...

    Neraka untuk Umno?

    >> 13 Julai 2009

    Saya timbal balik antara dua cerita;

    KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

    "Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

    "Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

    Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

    Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

    Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

    "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

    "Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

    "Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.


    Sumber : Harakah

    .......................................................
    Cerita 2:

    Juga saya tertarik dengan cerita seorang yang sangat alim pada zaman Nabi Musa sehingga Nabi Musa pun merasa baginda tidak sehebat orang alim itu dalam beribadat kepada Allah walaupun beliau seorang nabi, untuk diteladani.

    Kerana kehebatan ibadat orang alim berkenaan, maka Nabi Musa mengambil keputusan untuk berjumpa orang alim berkenaan yang menjadikan sebuah bukit yang terasing dari orang ramai dalam beribadat supaya kerja-kerja ibadatnya tidak terganggu.

    Hari pertama Nabi Musa pergi, baginda tidak dapat bercakap dengan orang alim berkenaan kerana orang alim itu asyik bersembahyang dan Nabi Musa tidak ada kesempatan untuk mencelah, malah salam baginda pun tidak dibalas, mungkin orang alim berkenaan tidak dengar kerana terlalu khusuk melakukan ibadah.

    Setelah beberapa hari pergi dan balik, barulah Nabi Musa berkesempatan bercakap dengan orang alim berkenaan. Nabi Musa terus memberi salam sebaik sahaja orang alim itu memberi salam tanda menamatkan sembahyangnya.

    Menyedari bahawa yang datang berjumpanya adalah Nabi Musa, orang alim itu meminta maaf kerana ketidak-perasanannya untuk memenjawab salam dia kena memberi layanan yang sepatutnya, malah kena paling segera diberikantkepada seorang nabi, seorang pesuruh dan utusan-Nya.

    Semasa Nabi Musa memohon diri untuk pulang, orang alim itu yang tahu Nabi Musa boleh berdialog dengan Allah secara langsung , meminta agar Nabi Musa bertanya Allah sama ada dia sebagai orang alim dan banyak beribadah akan masuk pada syurga mana.

    Nabi Musa lantas memenuhi permintaan orang alim itu. Baginda bertanya Allah pada syurga mana orang alim itu akan ditempatkan nanti. Alangkah terkejut Nabi Musa bila Allah memberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya adalah ahli neraka.

    Bila ditanya kenapa orang sealim itu, seorang yang banyak habiskan masa dan usianya beribadah kepada Allah menjadi ahli neraka, Allah menjawab kerana ibadat orang alim itu tidak ikhlas, sebaliknya dia mengharapkan syurga sebagai bayaran kepada kerajinan dan kekemarukkannya beribadah.

    Nabi Musa yang datang berjumpa semula orang alim itu kemudiannya telah memaklumkan tentang jawapan Allah kepada pertanyaan orang alim itu yang yang disuruh baginda tanya. Dalam keadaan sedih Nabi Musa memberitahu bahawa dia (orang alim) bukan ahli syurga, tetapi ahli neraka.

    Tidak ada kerunsingan atau kegundahan ditunjukkan oleh orang alim itu bila diberitahu sedemikian oleh Nabi Musa, malah kerja-kerja ibadahnya tetap diteruskan dengan rajin kemaruk. Malah kepada Nabi Musa diikrarkan, walaupun disenaraikan sebagai ahli neraka, dia tetap akan teruskan amal ibadatnya hingga akhir hayat.

    Bila ditanya oleh Nabi Musa kenapa dia (orang alim) boleh tetap ceria menerima perkhabaran itu, maka dijawab dia redha dengan ketentuan Allah. Kalau Allah dah tentukan dia ahli neraka, maka dia kena redha, dia tidak ada upaya untuk merubah suratan dan takdir-Nya. Namun sebagai hamba-Nya, ibadah tetap akan diteruskan kerana beribadah kepada Allah adalah tugas hamba kepada-Nya.

    Nabi Musa kemudiannya diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu yang telah mati selepas tidak lama Nabi Musa memaklumkan tentang dia adalah ahli neraka, telah mati sebagai ahli syurga.

    Apabila Nabi Musa tanya kenapa pula orang alim itu yang tersenarai sebagai ahli neraka boleh masuk syurga, Allah menjawab kerana orang alim itu redha dengan ketentuan Allah dan terus juga beribadah walaupun sudah dimaklumkan dia adalah ahli neraka.

    Maknanya kerana redha dengan ketentuan, maka balasannya adalah syurga selagi tidak berputus asa dan bertindak berhenti dari melakukan amal ibadah sebagai tanda kecewa dan putus asa dengan suratan dan takdir-Nya.


    Sumber/baca lagi di : MKJ

    Molek juga baca : Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?
    Dan
    molek juga baca : Nik Aziz Meraban

    ...............................................


    1. Saranan saya: Beribadatlah walaupun apa orang kata.. Syurga Neraka adalah ketentuan Ilahi

    wassalam....

    Read more...

    Ust Nasharuddin sakit...

    Kenyataan Tok Nik bila dia 'tahu' Nasha sakit;

    Gambar Nasha kat sepital, mustahil keluarga dia tak kasi tau pemimpin Pas yang lain yang dia sakit sampai Tok Nik tak tahu. Mungkin 'berita' tu disekat atau mungkin flip-flop (nk buka cerita bila dekat2 nk mengundi).


    "Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah (sakitnya) orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate.Kalu (kalau) saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu.

    Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasaruddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan anggota Parlimen Bachok, berikutan mempertahankkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Nasaruddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manik Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya.



    1. Seramai-ramai pemimpin yang 'berwibawa' Pas..sorang pun tak bagitau yg Nasha sakit & tak dapat datang ke Manek Urai.. Walhal mereka bersama-sama berada (berkampung) di Manek Urai. Mustahil talian telefon atau henpon tiada di situ.

    2. Nampaknya Nasha akan diberikan 'M.C' untuk tidak datang ke Manek Urai semula (gamaknya la).

    3. Kasian kat Nasha.. sorang pun tak 'care' dia.. Walhal dia Timbalan Prasiden.

    4. Sabarlah Nasha.. penyokong tetap sokong Ustaz..


    Wassalam..


    Sumber; Berita harian (12/7/09) dan sini

    Read more...

    Ustz Nasaruddin..Dimanakah anda?

    >> 07 Julai 2009

    Nasharuddin tiada dalam senarai ceramah


    Di Manakah Nasharuddin?


    KUALA KRAI – Ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai terus menjadi tanda tanya apabila Nasharuddin tidak diletakkan sebagai penceramah dalam mana-mana ceramah mereka.

    Ketua Pengarah Operasi Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden tersebut disebabkan Kelantan adalah ‘istimewa’ dan tidak sama dengan kawasan-kawasan lain.

    “Beliau mungkin ‘segan’ nak datang sini sebab Manek Urai lain daripada yang lain, jadi beliau tidak disenaraikan dalam ceramah kita disini.

    “Pengundi-pengundi di Manek Urai kebanyakkannya kuat beragama, jadi kita fokuskan kepada pemimpin agama kita,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas disini hari ini.

    Pada hari kedua kempen pilihan raya, Pas meletakkan barisan penceramah seperti ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Husam Musa.

    Pada pilihan raya kecil sebelum ini, Nasharuddin sentiasa berada di barisan hadapan penceramah tetapi di Manek Urai beliau masih belum kelihatan semenjak Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih ingin meneruskan cadangan kerajaan perpaduan baru-baru ini.

    Ditanya kenapa hanya poster Muryidul Am Pas sahaja yang kelihatan di Manek Urai, Fatah menjawab jentera pilihan raya Pas tidak meletakkan sebarang gambar Timbalan Presiden tetapi hanya meletakkan gambar Presiden dalam kawasan kampung dan bukan dijalan besar Manek Urai.

    “Kita tidak meletakkan gambar pemimpin lain sebab dalam konteks Manek Urai, Tok Guru Nik Aziz ‘lebih’ berbanding dengan pemimpin lain dalam Pas,” katanya.

    Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku Kelantan turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan calon Barisan Nasional (BN) lebih bermutu dari calon Pas.

    “Ia hanya helah BN, kerana sejak dahulu lagi Pas meletakkan calon mengikut kesesuaian kawasan yang dipertandingkan.

    “Ada tempat kita meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan ada kawasan tidak, kita buat begitu mengikut kehendak penduduk disitu,” katanya. <--Pelik ni, orang manek urai tak perlukan yang berpendidikan ke?

    Sementara itu, calon Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah pula menjelaskan kempen pilihan raya Pas berjalan lancar dan mengikut perancangan.

    Menurutnya, pengundi dikawasan ini amat menyanjungi wakil rakyat Pas sebelum ini, Ismail Yaacob kerana berjaya menarik hati penduduk Manek Urai.

    “YB (Yang Berhormat) dahulu amat baik dan mesra dengan rakyat setempat, jadi walaupun tidak serupa, saya harap dapat dekat menjadi macam beliau.

    “Saya juga berharap penyokong YB dahulu akan menyokong saya juga pada kali ini,” katanya.

    Sumber : Sinar Harian



    Ulas ;

    1. Dia kata nk hantar tokoh agama berceramah...tapi Husam tu lebih hebat dari Nasha ke?

    2. Ada sumber mengatakan, Nasha di 'cuci', TGHH juga sepatutnya di 'cuci', tapi sebab dia Presiden & kalau dia juga di 'cuci', rakyat akan nampak kepincangan dalam Pas.

    3. Yang di hantar berceramah nampaknya banyak dari Team Erdogan (kumpulan anwar-Pas).

    4. Adalah mustahil pemimpin tertinggi Pas jadi 'segan' untuk berjumpa rakyat...

    5. Tidakkah anda berasa pelik?

    Read more...

    Guan Eng yang hebat

    >> 06 Julai 2009

    Guan Eng minta Pusat selesai isu ambil alih tanah

    GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah di Kampung Buah Pala, di sini.

    Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengakui tidak mampu mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

    "Kerajaan Pusat wajib berganding bahu dalam hal ini memandangkan pihak sebenar perlu bertanggungjawab terhadap isu ini dan Kerajaan Negeri rela mengetepikan persengketaan politik demi masa depan penduduk kampung berkenaan.

    “Saya sudah menulis surat bukan saja kepada Perdana Menteri, malah Menteri di jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk membantu membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd," katanya pada sidang media, semalam.

    Guan Eng berkata, walaupun Kerajaan Negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan diluluskan untuk pembangunan

    Beliau meminta penduduk dan media tidak lagi menyalahkan Kerajaan Negeri.

    Pada sidang media sama, pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), V Ganavatiram berkata, beliau mahu penduduk kampung memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri terdahulu yang meluluskan pembangunan di kampung itu.

    “Saya menggesa penduduk untuk tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman, sebaliknya memfokuskan sebagai isu tuntutan hak asasi penduduk kampung kerana kaum lain juga turut terlibat.

    “Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan perkara ini dan jangan mempolitikkan, fikirkan masa depan kira-kira 300 penduduk kampung,” katanya.

    Mengenai tindakan seorang lagi pemimpin Hindraf, S Uthayakumar yang cuba mengelirukan pemikiran penduduk, beliau berkata, Hindraf kini dilihat mula berpecah-belah dan tindakan Uthayakumar juga melambangkan beliau mempunyai agenda tersembunyi dengan mengeksploitasikan masalah yang dihadapi penduduk.


    Sumber : sinar harian

    Ulasan;

    1. Bila GE (Guan Eng) 'gagal' dan tak mampu dalam menangani masalah rakyat, dia 'tembak' orang lain pula untuk sama-sama bermasalah macam dia.

    2. Dia 'tembak' kerajaan pusat, bila kerajaan pusat gagal dalam isu ini, terlepas la dia.. makan dia boleh menyalahkan kerajaan pusat (hebat).

    3. Dan konco-konco mereka pula menyalahkan kerajaan asal (BN).

    4. Tu la..masa PRU jangan terlalu manis bertutur kata dan berjanji.. kang dah kena. Bila dah kena mula la melalak salahkan itu ini.

    5. Sama juga dengan kerajaan perpaduan, salahkan Najib.. macam la najib tu leh kontrol Haji Hadi untuk 'membuahkan' kerajaan perpaduan. Maka idea anwar suruh salahkan kerajaan pusat.

    6. Mereka (pakatan haram) ini beria-ia mahu memerintah Malaysia, tapi banyak masalah yang timbul dan tak sepatutnya berlaku.. tapi 'keburukan' dan 'kelemahan' mereka itu..mereka akan salahkan orang lain, kerana mereka mahu menampakkan pakatan haram mereka ini baik, sucess, hebat, akrab dsb walaupun 'tenang di permukaan tapi bergelora di dasar'.

    7. Camni ke nk memerintah? (kalau mereka memerintah) Harga minyak gagal diturunkan, sudah tentu mereka akan salahkan kerajaan asal.

    8. hik hik hik..

    Read more...

    PM tak payah buang masa layan kerenah Nik Aziz

    PM tak payah buang masa layan kerenah Nik Aziz

    ATAS asas dua perkara yang mahu ditanyakan oleh Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak sebelu debat antara keduanya diadakan membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan mempunyai fahaman, pendekatan yang songsang atau songaja disengsangkan dalam berpolitik.

    Pertanyaan pertama ialah kenapa Umno tolak Islam dan memilih kebangsaan serta kalau Umno mengaku dia Islam, kenapa nak lawan Pas. Di sini saya nampak kesongsangan kefahaman dan ianya bukan disengajakan.

    Yang mengatakan Umno menolak Islam adalah Pas, khususnya Nik Aziz sedangkan hakikatnya Umno bukan pun begitu. Kalau Umno tolak Islam, sudah tentulah wajah dan warna Islam tidak ditonjolkan langsung.

    Kalau tolak Islam Umno tidak akan wujudkan PERKIM, menginisiatifkan penubuhan OIC, tidak akan wujudkan menteri yang khusus menjaga hal ehwal Islam, tidak akan wujudkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Institut kefahaman Islam (IKIM) dan akan merobohkan masjid, surau madrasah, bukannya membinanya.

    Pas yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, apa yang Pas buat selain dari siang malam memperttidakkan keisalaman orang lain dan seolah-olah cukup yakin bahawa nama masing-masing sudah tersenarai sebagai ahli syurga tanpa ada sekelumit rasa gundah apakah orang Pas sudah benar-benar layak untuk jadi ahli syurga.

    Apakan Pas pernah bertanya apakah sumbangan Pparti kepada rakyat di negeri-negeri yang Pas jadi kerajaan?Buat sebuah masjid (masjid dengan rekabentuk binaan Cina) di Rantau Panjang sampai sekarang tak siap-siap.

    Yang jelas, malah orang Pas tidak boleh nafikan ialah sejak sebelum menjadi kerajaan lagi sehingga menjadi kerajaan di beberapa buah negeri, Pas terus menadah uncang memohon sumbangan dari orang ramai, dari penarik beca, buruh, penoreh getah dan nelayan yang sepatutnya diberi bantuan.

    Wang yang dimasukkan ke dalam uncang itu pula antaranya digunakan untuk membayar imbuhan kepada penceramah dan membayar gaji kakitangan yang bertugas di pejabat Badan Perhubungan Pas yang hidup penuh bergaya jauh melebihi kemampuan hidup penderma.

    Oleh itu pada pendapat saya, Pas dan Nik Aziz menggunakan pelbagai taktik, teknik dan putarbelit supaya Umno ditolak oleh rakyat adalah ibarat sama-sama jual tapai di satu tempat, bila Nik Aziz mendapati tapainya tidak laku dijual, maka disuruh Umno lerat (buang) tapai sendiri dengan mentelengkupkan besennya.

    Tetapi bukan semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan sebagaimana pemimpin dan orang Pas yang boleh ditaksubkan oleh pelbagai kepecayaan sehingga mereka tidak ubah seperti orang mabuk tuak masam yang jalan terhuyung hayang sampai boleh langgar tiang, tidur dalam selut lembik pun dirasakan sudah tidur di atas tilam empuk.

    'Sedangkan Pas terang-terang Islam' sebagai hujah Nik Aziz untuk Umno tidak patut tentang Pas bagi saya adalah kata-kata dyang terukir dari kesongsangan fahaman Nik Aziz dan orang Pas yang berjaya ditaksubkan yang menganggap Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam.

    Biasalah sebagai pemilik barang atau produk yang mahu menjual barang atau produknya, maka akan dipermolekkanlah dengan menggunakan pelbagai taktik dan teknik tetapi belum tentu barang/produk yang dijual semolek yang didakwa. Orang ramai berhak membuat penilaian berdasarkan pemilikan ilmu masing-masing.

    Kerana itu bukan semua rakyat negara ini memperakui sebagaimana yang Nik Aziz memperakui kesucian dan keislamikkan Pas, sebaliknya majoriti rakyat negara ini menolak Pas dan memberi kemenangan kepada Umno. Antara yang memberi majoriti kepada Umno itu ada berjuta yang lebih berilmu dan lebih alim dari Nik Aziz.

    Nampak terang lagi bersuluh betapa riak, takbur, sombong, bongkak, songsang pemahaman dan seakan menganggap tidak ada orang lain yang lebih hebat darinya apabila satu lagi yang kononnya mahu ditanya kepada Najib ialah kenapa Umno mahu lawan Pas.

    Sebenarnya bukan Umno yang lawan Pas tetapi Pas 'lah yang melawan Umno kerana selain dari Umno wujud lebih awal dari Pas, yang menjadi kerajaan di pusat sejak lebih 50 tahun yang lampau adalah Umno bersama rakan-rakan sekomponen dalam, bukannya Pas.

    Maknanya Umno tidak ada keperluan untuk Umno melawan Pas tetapi Pas 'lah yang berkeperluan melawan Umno. Bagaimanapun nampak sangat dalam imej suci dan title ulamaknya yang dijaja ke mana-mana, Nik Aziz memutar-belitkan hakikat dan fakta.

    Oleh itu pada saya adalah lebih bijaksana jika Najid tidak tidak membuang masa melayan cabaran debat Nik Aziz dan surat yang dihantar bukan sahaja tidak perlu direkodkan penerimaan, tetapi wajar dibakul-sampahkan saja sebagai sampah sarap.

    Sebenarnya tidak perlu untuk menghormati mana-mana individu yang tidak reti hormati orang lain tetapi menuntut orang menghormatinya. Pihak polis patut mengambil tindakan segera terhadap laporan yang dibuat oleh terhadap Nik Aziz yang menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.

    Bagi saya Nik Aziz secara tidak langsung telah menghina dan menyakiti hati lebih sejuta ahli Umno yang rata-rata adalah beragama Islam dan tidak akan ada pintu syurga akan terbuka untuknya tanpa memohon dan menerima maaf dari ahli-ahli Umno yang dihina dan digurisi hati mereka dengan tuduhan dan pelabelan yang melampau.

    Tulisan asal : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/07/muncul-kembali-258_05.html

    Read more...

    Umno Mesti berdepan dengan saya

    >> 28 Jun 2009

    Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?

    MURSYIDUL Am Pas, Tok Guru Nik Aziz melenting dan mengamuk sakan sehingga membuat kenyataan dalam keadaan berang mahu menyaman Utusan Malaysia dan juga saya yang menulis di ruangan Pendapat akhbar berkenaan pada 16 Jun yang mengulas tentang ungkapan memastikan nasihatnya didengar yang kononnya beliau tidak kata begitu tetapi telah dilapor dengan niat jahat.

    Ekoran lentingan dan ngamukkannya itu, gagasan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas dibatalkan dengan penggagasnya sendiri tidak menyokong gagagasan itu. Pelik tapi benar.

    Tentulah Tok Guru Nik Aziz bangga sakan kerana semua orang Pas, termasuk Presidennya terpaksa 'tunduk menguku' kepada apa yang dimahukannya.

    Hari ini Tok Guru Nik Aziz dalam cabarannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak antaranya dilaporkan berkata: "UMNO mesti berdepan dengan saya sebagai pemimpin Islam, Perdana Menteri sebagai pemimpin sekular, maka kita berdebat.....". Mudah-mudahan tidak akan berbangkit soal salah lapor lagi bagi setiap patah yang saya petik semata-mata untuk lari dari keperluan bertanggungjawab terhadap apa yang dikata.

    Pada pendapat saya 'mesti berdepan dengan saya' sama juga dengan 'mesti didengar' , membawa maksud sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun.

    Nampak sangat betapa angkuh, sombong, riak dan bongkaknya bila seseorang mengucapkan demikian.

    Secara tidak langsung sebenarnya ada bibit-bibit 'over perasan' bahawa takah ketokohan beliau sama dengan Perdana Menteri.

    Tidak hairanlah kalau gagasan Presiden mengenai kerajaan perpaduan ditolak kerana apa pun yang Pas mahu, yang pimpinan Pas nak gagas dan sarankan tidak boleh menduhului beliau, tidak boleh tidak dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

    Saya secara peribadi, malah saya yakin rakyat negara ini yang tidak terkatup pemikirannya tanpa mengira fahaman politik, kaum dan anutan agama sudah mendapat jawapannya kepada pertanyaan kenapa gagasan kerajaan perpaduan ditentangnya.]

    Juga boleh diteka jawapan kepada pertanyaan kenapa Timbalan Presiden Pas yang menang jawatan itu hasil majoriti undi perwakilan boleh dianggap menjadi sampah sarap dalam Pas kerana menyokong gagasan itu.

    Menyamakan perdebatannya nanti sama seperti secara amalan nabi-nabi, contohnya Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad s.a.w. berdepan dengan Abu Jahal adalah juga menunjukkan betapa takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riaknya beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

    Yang pasti yang secara Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w.nya adalah beliau dan Pas 'lah bagi beliau manakala yang secara Namrud, Firaun dan Abu Jahalnya adalah Dato' Seri Najib dan Umno.

    Sekali lagi nampak sangat betapa takbur, angkuh dan riaknya beliau, bahana terlalu anggap diri tersangat tokoh dari segala tokoh gara-gara diuji dengan anugerah kuasa dan kedudukan oleh Allah.

    Macam mana pun saya yakin jika Pedana Menteri menyahut cabaran itu, pelbagai alasan dan syarat yang tidak munasabah akan dikenakan supaya cabaran perdebatan itu tidak akan menjadi kenyataan yang nantinya akan diletakkan pada batu jemala Umno di atas tidak menjadi kenyataan cabaran perdebatan itu nanti.

    Tetapi lebih baik bagi Dato' Seri Najib biarkan cabaran itu sebagaimana Si Luncai dibiarkan terjun dengan labunya.

    Perdana Menteri atau mana-mana anggota kabinet dan pimpinan Umno atau pun BN tidak perlu buka langkah silat apabila gendang yang dipalu awal-awal lagi sudah pun sumbang.

    Tidak akan ada apa hasilnya yang akan diperolehi jika Umno berdebat atau berbincang dengan pihak yang telah menganggap Umno sama dengan komunis, seruapa ajaran sesat Ayah Pin, sama dengan Namrud, Firaun dan Abu Jahal kerana pihak yang membuat anggapan itu terlalu yakin bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas, malah seolah-olah pemimpin Pas sudah ada senarai nama dalam syurga macam para sahabat yang menerima anugerah rodhiallahu-anhu.

    Bagi saya 'Pak Had Ceton Tembus' pun nampak betapa terkatupnya pemikiran politik Nik Aziz oleh daki angkuh, sombong, riak, takbur dan bongkak apabila beliau berkata sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini, rakyat belum mendapat jawapan mengenai dasar Umno.

    Bagi saya, bukan rakyat yang belum mendapat jawapan, tetapi Nik Aziz dan pentaksubnyalah yang ketinggalan 'beca roda tiga' dalam perkara tersebut.

    Harus diketahui dan diterima hakikat bahawa Umno bukannya tentang Pas kerana Umno itu sendiri lahir lebih awal dari Pas, tetapi Pas 'lah yang tentang Umno.

    Sebenarnya sejak tahun 1951 lagi Umno melawan tentangan Pas terhadapnya. Ini suatu fakta yang tidak boleh dipinda dan tidak mungkin terpinda kalau pun usaha dibuat oleh mana-mana pihak sekali pun.

    Umno melawan tentangan Pas kerana Pas perasan dan melabelkan Pas itu Islam dan Islam itu Pas yang pada saya kalau itulah yang menjadi pegangan orang Pas, ianya boleh rosakan akidah sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Pas dan Islam adalah dua item yang berbeza. Pas tidak cukup suci untuk disama-tarafkan dengan Islam. Saya mohon alim ulamak, termasuk para mufti membantu saya memberi hukum dalam soal ini.

    Harus diingat bahawa yang Umno tolak adalah Pas, bukannya Islam. Hanya Pas yang anggap Umno tolak Islam kerana tolak Pas.

    Lagi pun Mana tahu apa yang Pas labelkan macam-macam terhadap Umno betul-betul selari dengan Islam dan yang Pas label terhadap Pas sendiri pula memang betul macam tetak dengan golok dari penilaian Allah dan Rasul-Nya.

    Apakah halal Umno dilabelkan sama dengan komunis atau sama dengan ajaran sesat Ayah Pin atau dengan melabelkan Umno memusuhi Islam dan hukum hakam semata-mata kerana melawan tentang Pas terhadapnya?.

    Saya amat bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tok Guru Nik Aziz tidak perlu meminta maaf kepada Umno bila beliau menyamakan Umno sama seperti komunis dan ajaran sesat Ayah Pin atau pun apa-apa juga pelabelan dan tanggapan yang memisahkan Umno dari Islam, sebaliknya beliau kena minta ampun dari Allah.

    Cuma kalau saya boleh nasihatkan orang Umno, jangan sekali-kali ikut rentak berparti politik dan bepolitik terkatup fikiran macam Nik Aziz dan pentaksub-pentaksubnya yang anggap diri sendiri sahaja yang betul tanpa mengambil falsafah dari tundingan jari yang mana ketika sebatang jari dituding ke arah orang lain, empat batang jari lagi tertuding ke arah diri sendiri.

    Berparti politik dan berpolitiklah secara rasional dan profesional serta sentiasalah berdoa memohon petunjuk dari Allah agar apa yang dilakukan menjadi kerja ibadah.

    Manakala kepada orang Pas pula, saya juga mengambil peluang ini mengajak anda semua agar berpolitik secara rasional dan profesional dan elakkan dari berparti politik dan berpolitik secara taksub dan seakan memBERHALAkan sesama manusia.

    Rujuklah al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak untuk semua perkara.

    Buka telinga untuk mendengar dengan fikiran dan dada yang lapang hujah dari ulamak yang dilabelkan sebagai ulamak Umno dan ulamak tanpa berparti politik, jangan hanya dengar sebelah pihak, yakni dari ulamak Pas sahaja sebagai pendukung dan penyokong Pas.

    Kena ada rasa bimbang kalau-kalau apa yang kita sangka perbuatan ahli syurga sebenarnya perbuatan ahli syurga dan sebaliknya.

    Dengan itu kita tidak akan leka dan hanyut dengan keyakinan kerana terpengaruh dengan apa yang kita rasa selari dengan Islam yang dikatakan oleh orang yang dianggap alim tetapi pada masa yang sama ada dia kepentingan politik bagi parti politik yang didukung.

    Sumber/Tulisan asal : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/06/muncul-kembali.html


    Pendapat saya :

    1. Kan lebih molek kalau bertemu empat mata dan berbincang secara 'bermesyuarat'. Kerana kalau 'debat', tentu ada pangkah memangkah, hendik menghendik atau diselit dengan perkataan 'makihamun'. Kalau berdebat, tentu ada yang nk menang disertakan oleh sorakan pemyokong fanatik.

    2. Saya tengok, cara Tok Nik sama seperti cara Husam nk lawan dengan Khairi

    3. Atau Tok Nik lebih suka 'membuka keburukan' lawan di khalayak ramai?

    4. Mungkin sudah tiba masanya Tok Nik bersara dari arena politik.. molek terus berceramah agama tanpa ada 'politik' lagi.

    5. Cara Tok Nik ni blh membuatkan pengikut 'pening'.

    Wassalam

    Read more...

    Label

    Bermula 19/7/2010

    Pengiklanan Sahaja

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP