.

Anwar Masih Berteka Teki

>> 06 April 2009

Anwar masih berteka-teki

SUNGAI PETANI - Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gemar berteka-teki apabila tidak mengumumkan ‘kejutan’ yang didakwa amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam kelmarin.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas calon Pakatan Rakyat (PR) menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

“Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).

“Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua,” katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihan raya kecil tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2628388.asp

-------------
1. Sama juga isu pelaburan 1 trillion, dengan syarat dia kena jadi PM dulu...
2. Tak pasal2 Saifuddin dapat malu... gempaq lebih, biasa la..anwar
3. Sinar Harian kata 3000 yang datang, B/Harian kata 7000, Agenda daily kata 7000

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP